Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2007

Kursus

Alhamdulillah... Bertuah rasanya dapat mengikuti Kursus Asas Pengeluaran Cendawan di TPU UPM selama 3 hari ini. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Banyak yang saya belajar dan perolehi. Selain dari ilmu juga kawan-kawan yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan juga ingin membantu antara satu sama lain. Selepas kursus, idea bisnes saya sudah semakin bertambah dan saya semakin nampak di mana hala tuju saya dalam bidang ini. Dengan semangat yang diberi saya makin berkobar-kobar untuk menjalankan projek ini. Sekarang rak di belakang rumah sudah berisi hampir separuh. Ia boleh memuatkan 400 beg cendawan dalam satu masa. Minggu ini saya akan dapatkan beg yang saya order sudah lama dulu. Selepas itu saya akan memulakan projek untuk membuat sendiri minggu depan juga. Saya sekarang dalam proses menempah logo dan juga mencari barang-barang untuk proses pembungkusan. InsyaAllah awal bulan 3 saya akan mula menjual cendawan dalam bentuk promotion pack. Saya tidak jadi balik ke Kuantan minggu ini.

Artikel Cendawan

RENCANA UTAMA Cendawan komersial - Alah asap dan bau wangi Oleh FARAH DIBA JAMALUDDIN Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar. Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi. Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan. Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan. Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C. Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adala

Rak & Tong Dram

Hari ini seharian dari pagi sampai dalam kul 2 lebih saya sibuk bertukang. hehehe. Sampai jiran sebelah rumah pun tegur, dia kata " tak sia-sia mak ayah hantar masuk U, bertukang pun boleh". Dan saya pun membalas, "hehehe... semua boleh buat kak. Serba boleh". Walau agak letih, nasib baik kawan ada yang membantu. Kalau tak mati saya angkat rak yang berat bangat tu. Kalau lah saya ada digicam, segala detik akan saya ambil sebagai kenangan. Saya nak simpan gaji ni untuk beli digicam. Senang nak share segala detik saya nak bergelar mak tani. hehehe. Akhirnya siap jugak rak yang saya sudah plan buat sejak balik berkursus sebulan lepas. Rak ni saya dah kira-kia boleh letak lebih kurang 400 beg. Tapi tak tahulah rak tu tahan atau tak. Sebab rak tu ada 3 kaki je kayu 2x4. hehehe.. Saya terpaksa sandarkan pada dinding sebab rak tu tak stabil. Hampir nak tumbang. Pintu pun saya dah siap semuanya. Sekarang hanya tinggal beg cendawan je untuk diletakkan di sana. Tapi saya teng

Mengajar dan Belajar

Minggu ini antara minggu yang mungkin saya tidak agak tertekan bila tiba masa untuk mengajar. :) Yang agak membantu adalah saya sudah menyiapkan nota dari minggu lepas. Dan minggu lepas kelas hanya sekali itupun sekadar sesi tutorial. Mungkin sekarang sudah tiba masa untuk saya membiasakan diri dengan rutin baru saya sebagai seorang pensyarah. Saya akui ini bukan bidang yang saya sukai dan minati. Tapi inilah tugas yang harus saya pikul untuk meneruskan kehidupan. Saya syukur kerana inilah rezeki saya sejak 2 tahun yang lalu. Saya perlu mengajar dan itulah yang akan saya teruskan. Yang penting saya perlu meneruskan rasa cinta saya pada kerjaya ini. Minggu depan saya akan belajar lagi. Kursus penanaman cendawan 13-15 Feb ini di Taman Pertanian Universiti UPM. InsyaAllah akan saya mamfaatkan segala ilmu yang diperolehi nanti dan mengunakan peluang berkursus ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin info tentang projek cendawan. Ini kursus kedua saya bagi penanaman cendawan selepas kursus di

Interview

2 Minggu lepas saya sepatutnya menghadiri satu temuduga di Jabatan Pertanian Negeri Selangor di Shah Alam. Temuduga untuk kursus usahawan sejuk beku anjuran jabatan tersebut yang saya pohon bulan 10 tahun lepas. Tetapi selepas hampir sejam saya berpusing-pusing mencari tempatnya saya ambil keputusan untuk pulang sahaja. Saya bukannya tidak bertanya pada orang, tetapi mungkin dah takdir saya tidak juga bertemu tempatnya. Saya balik bukan kerana putus asa tapi saya balik kerana saya tahu matlamat saya yang utama sudah saya temui. Projek cendawan saya tu perlu saya teruskan walau apa jua yang berlaku. Saya pergi juga menghadiri temuduga itu untuk mengasah skill interview saya dan juga ingin mendapatkan sebanyak mungkin info yang boleh tentang bidang pertanian dan keusahawanan ini. Tapi takpelah, saya pulang dalam keadaan yang tidak menyesal. Hari ini sekali lagi saya mendapat panggilan temuduga. Kali ini sebagai Pegawai Pertanian bagi bidang Kimia. Masih berkaitan dengan minat dan bidang

Pendaftaran Syarikat

Alhamdulillah semalam 5hb Februari 2007 mencatat sejarah baru dalam hidup saya. Sebuah syarikat atas nama "Fatisha Agro Farm" telah selamat didaftarkan. Saya sebenarnya membuat pilihan nama yang pertama adalah Fresh Mushroom Farm tapi nama itu agaknya sudah menjadi milik syarikat lain sebab tu nama yang terpilih adalah nama pilihan kedua. Selepas mengajar di UPNM semalam, saya terus bergegas ke The Mall untuk urusan ini. Setelah 2 jam di sana, urusan pendaftaran telah selamat dilakukan. Tidak susah pun. Kos yang dikeluarkan semuanya berjumlah RM74. RM4 untuk urusan suruhanjaya sumpah dan RM70 untuk pendaftaran syarikat. Semoga dengan terdaftarnya syarikat ini, ia akan lebih menaikkan semangat saya untuk merealisasikan impian masa depan saya ini. Hari ini, saya sempat juga membuat sedikit survey tentang bilangan restoran dan kedai runcit/pasar mini yang menjual barangan basah di kawasan Bandar Baru Bangi ni. Hasil yang saya dapat adalah seperti berikut: -----------------Restor

Hubungi Kami

Fatisha Agro Farm IKS 003 Kilang Bimbingan KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, 23400 Dungun, Terengganu. Emel: fatisha_agrofarm@yahoo.com Pengurus Besar Rusila Bt Yusof 0126221149 Pengurus Pentadbiran Siti Asma bt Ibrahim 0126962114(maxis) 0139746181(celcom)

Kursus & Aktiviti FAF

KAMI MENGANJURKAN KURSUS MENGIKUT TARIKH PILIHAN ANDA... SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT...  0126221149 LOKASI KURSUS: DUNGUN, TERENGGANU.  YURAN: RM250 SEORANG Kursus Anjuran Fatisha Agro Farm Tarikh: 17 Mei dan 31 Mei 2009, Yuran: RM200 Pendaftaran: Sila hubungi Cik Fyda 0176624083 Kursus Anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat Tarikh: 30 Mei 2009(penuh) Yuran: RM85 sahaja Pendaftaran: Sila hubungi penyelaras kursus kolej, Puan Nadia (0142527805) Peserta kursus akan dibekalkan nota yang lengkap, beg media untuk dibawa pulang, makan tengahari dan minum petang. NOTA: Semua kursus dijalankan di Fatisha Agro Farm, Lot 6029 Jalan Masjid, Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang. (Landmark: Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, atau cari perumahan Seksyen 8, BBBangi) KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU TARIKH : 16 FEBRUARI 2009 (AHAD) MASA : 8.30 am - 4.30 pm TEMPAT : LOT 6029, JALAN MASJID, KG SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG. YURAN : RM200 KANDUNGAN KURS

Galeri

Galeri Foto FAF

Produk dan Perkhidmatan

SENARAI PRODUK UTAMA -Cendawan Segar RM1 per 100gram -Tepung Goreng Cendawan RM10 per kg -Plastik PP RM14.00 per kg -Leher,penutup,rehat RM0.15 per unit -Kapur RM1.00 per kg -Habuk Kayu RM0.60 per kg -Dedak RM1.50 per kg -Benih RM5 per beg -Beg Media Matang RM1.30 per beg -Kit Mini Penanaman Cendawan RM65 BUKU Harga: RM13.50 Boleh didapati di kedai-kedai buku utama seperti MPH dan juga di laman web bookcafe. Terbitan PTS Profesional. PERKHIDMATAN -Membekal cendawan di sekitar Lembah Klang dan diluar kawasan mengikut permintaan pelanggan. -Membekalkan bahan mentah untuk penanaman cendawan -Memberi perkhidmatan konsultansi/kursus penanaman cendawan kepada individu, sektor swasta,sektor kerajaan dan juga Institut Pengajian Tinggi Awam -Menerima tempahan steamer/pengukus bersaiz kecil, sederhana dan besar yang boleh memuatkan beg media 360 - 1080 beg -Menerima tempahan beg media siap NOTA: HARGA DIBAWAH ADALAH SAH SEHINGGA 31 JANUARI 2009. SILA TELEFON ATAU EMELKAN

Profile

FATISHA AGRO FARM Syarikat Fatisha Agro Farm adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti penanaman cendawan telah ditubuhkan pada 5hb Februari 2007. Jenis cendawan yang ditanam adalah cendawan tiram kelabu iaitu merupakan cendawan yang paling banyak diusahakan di Malaysia. Syarikat merupakan pengeluar cendawan yang terbesar di Negeri Terengganu. Selain menjalankan aktiviti pengeluaran cendawan segar, syarikat juga memberikan pelbagai perkhidmatan lain berteraskan aktivi yang berkaitan dengan cendawan iaitu: 1. Pembekal beg cendawan (bongkah cendawan) separa matang dan matang. 2. Pembuat dan pembekal mesin-mesin penanaman cendawan seperti mesin pembancuh media cendawan, mesin pengukus beg cendawan,  medin bagging dan peralatan berkaitan. 3. Membekal bahan mentah penanaman cendawan seperti habuk kayu getah, dedak, kapur, plastik pp, benih cendawan dan penutup. 4. Memproses dan mengeluarkan produk hiliran berasakan cendawan seperti popia cendawan,  samosa cendawan, tepung

Belum sempat....

Saya belum sempat mendaftarkan perniagaan cendawan saya dua hari lepas. Tak terkejar rasanya dengan kerja-kerja yang ada sekarang. InsyaAllah minggu depan saya cuba mencari waktu untuk menyelesaikannya. Saya perlukan perdaftaran syarikat ini dengan segera untuk membuat logo syarikat dan yang penting sekali untuk membuat bisnes proposal bagi permohonan tanah. Harap-harap segalanya akan dipermudahkan.