Skip to main content

Interview

2 Minggu lepas saya sepatutnya menghadiri satu temuduga di Jabatan Pertanian Negeri Selangor di Shah Alam. Temuduga untuk kursus usahawan sejuk beku anjuran jabatan tersebut yang saya pohon bulan 10 tahun lepas. Tetapi selepas hampir sejam saya berpusing-pusing mencari tempatnya saya ambil keputusan untuk pulang sahaja. Saya bukannya tidak bertanya pada orang, tetapi mungkin dah takdir saya tidak juga bertemu tempatnya. Saya balik bukan kerana putus asa tapi saya balik kerana saya tahu matlamat saya yang utama sudah saya temui. Projek cendawan saya tu perlu saya teruskan walau apa jua yang berlaku. Saya pergi juga menghadiri temuduga itu untuk mengasah skill interview saya dan juga ingin mendapatkan sebanyak mungkin info yang boleh tentang bidang pertanian dan keusahawanan ini. Tapi takpelah, saya pulang dalam keadaan yang tidak menyesal.

Hari ini sekali lagi saya mendapat panggilan temuduga. Kali ini sebagai Pegawai Pertanian bagi bidang Kimia. Masih berkaitan dengan minat dan bidang yang saya ingin ceburi sekarang. Saya tak ingin lepaskan peluang untuk pergi menghadiri temuduga ini 26hb Feb nanti. Sudah tidak lama. Andai berjaya, saya serahkan pada takdir yang menentukan ke mana arah saya selepas itu kerana bidang pertanian ini masih dalam matlamat yang saya pegang sekarang. Tapi yang cukup pasti, projek cendawan yang tengah saya rancangkan sekarang tidak akan saya tinggalkan begitu sahaja. Saya akan berusaha untuk memastikan segalanya berjalan lancar walau saya berkerja.

Kebelakangan ini murah saja panggilan temuduga yang saya dapat. Sebaik sahaja saya lulus ijazah sarjana yang saya kejar sejak 4 tahun lepas, tidak putus2 panggilan temuduga yang saya dapat. Minggu lepas, saya sebenarnya ditawarkan kerja di FRIM sebagai pegawai penyelidik. Tapi saya menolak kerana saya sangatkan inginkan perancangan saya ini tidak hanya sekadar di mulut, tapi saya akan realisasikannya.

Andai tawaran demi tawaran yang saya dapat sekarang ini datang sebelum bulan disember lepas, mungkin keputusan saya tidak seperti hari ini. Hari ini saya telah tekad selepas keputusan temuduga pegawai sains jabatan kimia yang saya perolehi akhir bulan disember lepas gagal. Kadang-kadang ada masa saya yakin saya boleh berjaya, tapi hasilnya tidak. Tapi kali ini, untuk perancangan masa depan saya sekarang, saya harap saya akan temui kejayaan kerana saya juga memegang amanah orang bersama2 saya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Saya akan buktikan pilihan saya kali ini tidak silap... InsyaAllah...

Comments

Sharon Ngo said…
Adakah syarikat anda jual beg media matang (50-90%)? Saya memerlukan lebih kurang 100 beg untuk manjalankan kajian. Adakah syarikat anda membekal kuantiti tempahan sekecil ini? Berapakah harga untuk satu beg kalau termasuk kos pengangkutan?
Terima Kasih

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi