Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2007

Hari Ketiga

Saya sampai awal. Makcik kebetulan ada di dapur. Saya datang membawa kopi, gula dan susu yang belambak-lambak di rumah. Dari pagi kelmarin lagi saya berjanji untuk membawa semua barang-barang itu ke rumah makcik. Tapi petang semalam apabila saya pergi ke tapak projek, saya masih lupa untuk membawanya. Saya bawakan kopi, susu dan gula itu untuk makcik menyiapkan air minuman pada pekerja yang membuat bangsal. Makcik dan pakcik memang baik orangnya. Dia lah yang menyediakan minuman untuk mereka yang bekerja itu. Saya tidak meminta tapi dia yang menawarkan diri. Kata makcik, "Makcik boleh sediakan air. Tapi nanti kamu bawalah kuih atau apa-apa untuk mereka makan. Kalau dulu makcik penah bagi kuih, nasi lemak, mee dan juga roti canai". Syukurlah sebab makcik dan pakcik banyak yang membantu. Tanpa mereka, saya tak tahu bila saya boleh memulakan projek ini.



Hari ni saya letakkan sedikit gambar-gambar yang diambil dalam proses pembinaan bangsal. Gembira dapat berkongsi dengan rakan-r…

Hari Kedua

Hari ni saya bangun awal. Bangun untuk ke tapak projek dan juga untuk pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalankan rutin pemeriksaan saya yang biasa. Ada dua rutin baru yang perlu saya biasakan mulainya hari ini dan juga hari-hari yang mendatang. Tapi yang utama ialah tentang projek tanaman cendawan saya. Temujanji di HKL hanyalah empat bulan sekali. Hari ini juga kebetulan rakan serumah perlu ke tempat kerja lebih awal dari biasa juga. Saya ni kan penghantar dan pengambilnya pergi dan pulang dari kerja. Itulah rutin saya sejak empat bulan lepas. Sejak sahabat baiknya mendapat tawaran KPLI. Jadi, patahlah kakinya sebab dia tiada lesen memandu. Jadi saya menjadi pengganti untuk menghantar dan juga mengambilnya. Biasanya setiap hari saya bangun awal untuk menghantarnya ke tempat kerja andainya dia bekerja syif pagi. Kalau dia bekerja syif malam, saya bangun awal pagi untuk mengambilnya pulang ke rumah. Tapi selepas itu saya boleh menyambung hobi saya itu (tidur). Tapi kini, say…

Satu Permulaan

Mungkin hari ini adalah hari permulaan kepada segalanya. Permulaan kehidupan seorang siswazah tani yang baru hendak bangkit demi sebuah kehidupan. Hari ini sepatutnya hari pertama bangsal cendawan saya dibina. Tapi hujan yang berterusan sejak pagi menghalang hasrat itu.

Ceritanya...
Saya mengharung rintik-rintik hujan dengan bermotosikal ke tapak projek. Singgah di kedai makan untuk sarapan dan juga membeli makanan untuk pekerja. Sampai di tapak, pakcik dan makcik duduk di beranda rumah merenung hujan yang masih rintik-rintik. Saya pula hampir kebasahan. Mereka ajak saya ke dapur untuk minum. Paku 2 1/2 inci dan 3 inci serta benang kontrak yang saya beli semalam bersama dengan 3 bungkus mee goreng dan 3 jenis kuih saya bawa bersama ke dapur mengikut makcik.

Sambil minum kami bercerita. Saya tanya, Wak datang ke hari ini? Makcik kata, kalau sudah hujan, pasti Wak tidak dapat datang. Saya hubungi Wak untuk pengesahan. Iyelah, makanan sudah dibeli. Membazir kalau tidak dimakan. Wak bilang, …

Perkembangan Terbaru

Dah lama sangat saya tak update blog ni. Hari ni saya terbuka hati nak update selepas mewarwarkan blog ni pada student-student saya di UPNM. Progress projek saya alhamdulillah setakat ni saa dah berjaya menyelesaikan masalah utama saya yang dah berbulan-bulan tu. Tanah dah dapat. Tanah kawan ayah. Walau sempit sket, takpelah.. Dalam masa 3 tahun saya kena usahakan projek ni semaksimum yang mungkin.. InsyaAllah lepas ni saya akan update progressnya. Saya sebenarnya baru je balik dari berjumpa dengan tukang rumah. Ingatkan dah boleh start minggu ini bagi pembinaan bangsal. Tapi tukang tu banyak kerja buat masa ni. Masih ada 2 kerja menantinya. Dia bagi saya tempoh paling lewat 15 hari mendatang untuk memulakan kerja-kerja membina bangsal. Takpelah, sementara ni saya setelkan masa untuk korek telaga dan juga selesaikan urusan-urusan saya yang berkaitan dengan UPNM.

Hari ni hari terakhir saya mengajar di sana. Selepas ni saya akan tumpukan pada projek tanaman cendawan saya yang insyaAllah …