Skip to main content

Perkembangan Terbaru

Dah lama sangat saya tak update blog ni. Hari ni saya terbuka hati nak update selepas mewarwarkan blog ni pada student-student saya di UPNM. Progress projek saya alhamdulillah setakat ni saa dah berjaya menyelesaikan masalah utama saya yang dah berbulan-bulan tu. Tanah dah dapat. Tanah kawan ayah. Walau sempit sket, takpelah.. Dalam masa 3 tahun saya kena usahakan projek ni semaksimum yang mungkin.. InsyaAllah lepas ni saya akan update progressnya. Saya sebenarnya baru je balik dari berjumpa dengan tukang rumah. Ingatkan dah boleh start minggu ini bagi pembinaan bangsal. Tapi tukang tu banyak kerja buat masa ni. Masih ada 2 kerja menantinya. Dia bagi saya tempoh paling lewat 15 hari mendatang untuk memulakan kerja-kerja membina bangsal. Takpelah, sementara ni saya setelkan masa untuk korek telaga dan juga selesaikan urusan-urusan saya yang berkaitan dengan UPNM.

Hari ni hari terakhir saya mengajar di sana. Selepas ni saya akan tumpukan pada projek tanaman cendawan saya yang insyaAllah sekiranya bangsal dapat disiapkan menjelang akhir bulan ini, bulan 5 ni saya dah boleh jalankan kerja-kerja di bangsal.

Buat student saya...
Dalam masa seminggu saya akan letak carry mark korang... dan juga saya akan cuba dapatkan sedikit maklumat untuk membantu u all nak jawab dalam final nanti.. Yang penting studi yer..

Comments

ime aiman said…
hehe, insyaAllah bisnes pn akn bjya. rgi pn lwt bgtau blog ni, klu x pnuh ngn komen sy. hehe.
toyol_4371@yahoo.com said…
mem
nk carry mark...
nk soalan jgk..
gud luck bisness eyh..
doakan ktorg exam sok..
azt said…
assalamualaikum puan...
tq kerna m'jar kami...
gud luck 4 ur projek...
kalo bley tambah ler carry mark kami...hehehe...bye...syang pn

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir




PROMOSI BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda permintaan cendawan meningkat 100% sewaktu bulan puasa???

Inilah peluang mencari duit raya dengan menjual cendawan kukur @ kulat sisir. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang menggamit nostalgia masa kecil di kampung dan sungguh menyelerakan.

Dengan harga promosi terendah di pasaran. Sila whatsap untuk mendapatkan harga promosi ini.

0126221149

0126962114