Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Friday, May 18, 2007

Kisah Atap Yang Panjang

Suatu kisah di awal pembinaan bangsal...

Kisah mencari-cari atap untuk bangsal saya memang kisah yang panjang. hehehe. Sampaikan dari Johor ke Terenganu saya meminta pertolongan. Orang Johor, banyak membantu mencari di mana saya boleh dapatkan atap zing gelum. Tapi sudah dekat 10 kedai hardware saya mencari tetapi tak jugak jumpa. Tokei kedai pun tak tahu apa itu zing gelum atau zing aluminium. Tanya orang Terengganu pula. Akhirnya dari dia saya mendapat no telefon pembekal zing gelum dari Muar Johor. Selepas berurusan 2, 3 hari. Bertanya harga dan macam-macam, saya ambil keputusan untuk tidak jadi membelinya. Terlalu mahal. Jadi, saya hemtam saja lah... saya guna atap asbestos. Kadang-kadang rasa bimbang dengan risiko tapi saya terpaksa juga. Tapi kebimbangan sedikit hilang bila wak berkali-kali bagitahu, asbestos tidak panas. Lagipun kawasan tapak saya berangin, agak sejuk. Jadi.. teruskan saja dengan atap asbestos dari saya pening kepala fikir bajet lari.

Dari tiang 8 kaki, saya naikkan ke 10 kaki. Jadi saya harap cendawan di dalam bangsal tidak terlalu panas kerana atap asbestos tidak sesejuk zing gelum atau atap nipah. Untuk mencari atap nipah memang sudah terlambat. Kami iaitu saya, makcik, pakcik dan juga wak tergelak dengan kisah atap ni. Banyak perkara sebenarnya yang berlaku sepanjang kisah mencari zing gelum. Pakcik dan makcik juga bersungguh-sungguh sehingga sanggup membawa saya mencarinya di Nilai. Yang lebih buat saya ingin tergelak bila saya fikir tentang atap ni sebab masalah untuk bangsal saya di Terengganu ialah ayah saya belum ada masa membuat bangsal, tapi atap nipah sudah lama tersedia. Tapi kat sini pula, saya dengan masalah atap yang tak sudah-sudah. Kadang-kadang saya fikir baik saya ambil je atap nipah yang ayah saya beli tu bawak ke sini. tapi itu kos juga. Biarlah... semua ni jadi suatu kenangan yang tak mungkin padam.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

siap juga akhirnya bumbung beratapkan asbestos ni...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us