Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2007

My Lovely Dad

Hari ni saya tidak ke farm. Saya hanya tinggalkan pesan dan jadual kerja pada pekerja saya sepanjang ketiadaan saya. Saya ke KLIA hari ni untuk menyambut ayah pula dari Mekah. Sebelum ke KLIA, saya singgah di rumah cendawan UPM untuk membeli belih. Stok benih saya selalu kehabisan sekarang. Entah bila saya berpeluang berkunjung ke Vita Agrtech di Tanjung Sepat untuk membeli benih. Saya hanya dapat membeli 3 beg benih sahaja dengan harga RM9 kerana saya tidak membuat sebarang kiriman sewaktu mereka ke Tanjung Sepat minggu lepas. Mungkin lain kali saya perlu kerap menelefon mereka untuk bertanya bila lagi mereka akan ke sana. Saya sampai di KLIA jam 12.00 tengahari. Saya terpaksa tunggu hampir 4 jam sebelum ayah saya keluar di pintu menunggu. Terlalu letih. Sepatutnya flight tiba pukul 12.50pm tapi delayed. Syukurlah ayah selamat pulang. Tercapai juga hasratnya untuk menjejakkan kaki ke Mekah di tapak laluan dan perjuangan Rasulullah junjungan besar kita. Semoga dia menunaikan apa yang d

Sibuknya saya...

Maaf... Lama saya tidak singgah ke blog sendiri... Tak sangka, banyak mesej-mesej yang ditinggalkan kawan-kawan. Maaf sangat-sangat yer. banyak perkara yang saya ingin kongsi sejak saya memulaka projek ni. Tapi memang saya tidak berkesempatan mengadap pc kerana terlalu letih bila sampai di rumah. Saya keluar pagi seawal jam 7.30 biasanya. Hantar eman serumah ke tempat kerja dan kemudiannya terus ke farm saya di Kampung Sungai Ramal dalam, Kajang. Lebih kurang 10 minit dari rumah saya di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Yang paling saya ingin kongsi, masalah yang datang sejak saya memulakan pengeluaran di tapak baru saya ni. Kulat oren yang paling jelas kelihatan seba warnanya terlalu terang dan juga sama dengan logo syarikat saya. hehehe. Masalah kulat oren atau merah hanya dapat dikawal dengan mengasingkannya sahaja dan terus membuangnya. Itu sahaja jalan yang saya tahu setakat ini. Puncanya saya tidak jelas. Tapi setakat yang saya perhatikan, masalah tempat simpanan habuk kayu yang terl

Siap Juga Akhirnya...

Niat saya untuk membuat post setiap hari sepanjang pembinaan bangsal saya selama 3 minggu itu. Tetapi masa benar-benar tidak mengizinkannya. kadang-kadang tu diri sndiri juga malas. Alhamdulillah bangsal cendawan saya siap juga akhirnya setelah tiga minggu proses pembinaannya. Sekarang, Wak Karto, Marsin dan si Jalil kadang-kadang juga datang sebab masih ada perkara-perkara minor yang saya perlukan lakukan pada bangsal tu. Jadi hari ni kesempatan yang ada ni saya nak update gamba-gambar yang ada. Saya agak letih sebenarnya. Sudah 4 hari saya sibuk membancuh habuk kayu tu. Beberapa hari yang terdahulu ada sahabat yang membantu, tapi hari ni dan semalam saya sendiri. Setakat ni saya masih belum ambil pekerja. Saya amat-amat memerlukannya sebenarnya. Mungkin minggu depan saya usahakan sebab isnin ni saya balik kampung. Selepas balik saya akan tumpukan sepenuhnya pada cendawan saya. Sedikit gambar farm saya untuk dikongsi bersama...