Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2007

Terbakar

Fuh.. tajuk cam dahsyat je.. Sebenarnya pergelangan tangan saya disambar api gas tadi masa saya pasangkan api untuk kukus beg media. Wah... bau hangit bulu tangan terbakar kuat.. hehehe... Nampak tak kesan terbakar tu... :)



Lepas kukus tadi saya suntik benih. Dua tong je. Masih ada satu tong yang belum disuntik. Panas lagi. Esok pagi baru boleh rasanya. Saya ingat nak suntik sekali dengan yang saya kukus tadi. Ni gambar tengah menyuntik benih. Tapi ni bukan tangan saya la. hehehe.... cara ni salah sebab mana ntah cap beg tu. Patutnya cap tu tangan kiri pegang, buka sikit je then terus tuang benih ke dalam. Ni gambar awal-awal dulu. Biasalah main-main. Kat beg pun siap boleh lukis gambar... :) Kenangan terindah tu...



Biasanya untuk rekod, saya akan conteng kat whiteboard ni sebelum saya salin balik dalam buku production record. Ni antara kenangan-kenangan terawal saya buat beg di farm saya... Awal-awal dulu rekod untuk 5 hari dah penuh satu whiteboard tu... habis dicontengnya...



Tapi seka…

4 Cerita

Cerita I - Cendawan Sulong

Beg media sulong yang saya hasilkan di farm saya sudah mula menunjukkan hasil. Belum cukup dua bulan ia dah mula tak sabar-sabar untuk keluar dari beg tempatnya berkurung. hehehe. Seronok saya tengok sebab ia menunjukkan kerja tangan saya menjadi. :) Jadi satu petak yang boleh terisi 69 beg saya sudah buka separuh daripadanya. Ada yang belum putih sepenuhnya tapi sudah hendak keluar cendawannya jadi saya bukakan terus penutupnya.

Saya dah buka penutup bagi petak yang pertama... separuh je dulu...



Ni beg yang sudah keluar cendawan dari penutupnya...





Tengok tarikh benih disuntik. 4/6. Belum cukup 2 bulan kan...Putih (maisilium) pun belum sampai ke bawah...



Yang ni pun sama, tak sabar-sabar nak keluar...






Cerita II - Tong Dram


Saje je nak tunjukkan pada semua pembaca blog saya tong dram ni. Kat farm saya ada 4 tong dram yang boleh isi lebih dari 100 beg media bergantung kepada susunan dan juga ketinggian penutup tong itu sendiri. Contohnya kalau pakai tong dram yang d…

Ketensenan Melanda...

Semalam saya sempat bancuh 10 tong habuk kayu sebelum saya bertolak ke rumah sahabat saya untuk mengambil dia dengan tujuan untuk menolong saya melakukan kerja-kerja kat farm saya tu. Rumah dia tu memerlukan saya melalui MRR2 untuk ke sana. Yang tensionnya saya tersekat dalam jem yang panjang... 3 jam!!! Haduiii... Ni gara-gara pokok tumbang kat Ampang. Sepatutnya ambil masa dalam 40 minit je untuk sampai umah dia dari Tol Kajang dengan kereta sport saya tu hehehe. Kalau kereta tak sport maybe dalam 30 minit kot dah boleh sampai. Ingat nak siapkan kerja tu malam tadi tapi dah sampai sana dah 8 lebih bila masa lak saya sempat nak begging 10 tong bancuhan tu malam tu jugak. Tertangguh lagi kerja saya. Saya sempat menangis dalam kereta sebab tension giler (hobi saya memang menangis pun.. hehehe.. dulu masa kat ukm tunggu bas nak balik hostel. 2 jam tak dapat-dapat. Saya menangis gak kat bus stop tu. Sebab tu saya beli motor dari 1st sem lagi. Den tak suka nunggu-nunggu ni). Saya fikir na…

Ceritanya...

Jumaat lepas, ada yang datang kerja part-time sambil belajar. Hilmi dan adiknya. Dapat la 257 beg. Kalau standard saya leh dapat kurang dari 230 beg media sahaja untuk 10 tong bancuhan. Tapi takpelah baru nak belajar balik kata Hilmi, dah setahun tinggal. Thanks yer banyak-banyak. Sampai kul 11 lebih diorang buat kerja.




Cerita hari sabtu lak, saya dan sahabat saya buat beg jugak. Dapat berapalah lupa lak saya tapi 200 lebih jugak lah dengan 10 tong bancuhan habuk kayu. Plan nak buat 15 tong bancuhan tapi tak sempat sebab ada kerja sket dan start pun dah kul 4 petang sebab ada pelawat. Yang ni pun malam siap sebab siang buat kerja-kerja lain kat farm seperti korek, tutup, suntik benih dan lain-lain. Sambil-sambil kawan tu begging, saya masak cendawan goreng dan aktiviti ini dilakukan di farm saya juga. hehehe... Saya goreng sebab orang tu suka sangat makan cendawan goreng. Pakai tepung apa pun, bila saya tanya sedap ke tak, dia jawab sejak bila kalau buat cendawan goreng akan rasa tak…

Bancuh n Bagging

Tajuk kat atas tu rojak. Tapi takpelah.. hehehe... Saya cuma nak cite yang dua hari lepas saya bagging seorang diri. Memang letih giler. Saya bancuh tu sehari sebelum tu iaitu malam sebelum hari saya membancuh. Saya bancuh 165kg habuk kayu, 16.5kg dedak dan 1.65kg kapur. Senang kan ratio dia, 100:10:1. Tapi bukan 165 kg sekaligus. Saya buat 3 kali bancuh. Manual tau! Penattt....

Saya start bagging dalam pukul 8 pagi. Saya siapkan semuanya dalam kul 4 petang. Semua beg yang saya dapat berjumlah 338 beg media. Tapi saya tak sempat kukus hari tu. Baru pagi semalam saya kukus. So petang ni saya boleh keluarkan dari tong dram. Dan suntik benih pagi esok. Saya dah dapat bekalan benih dari Vita. Seorang kawan yang sama-sama berkursus di UPM haritu jualkan pada saya 30 beg benih. Masa pergi vita aritu dia beli 100 beg. Dia dah guna 70 beg. Sekarang dia nak berehat jap sebelum buat beg baru. So yang lebih-lebih tu dia jualkan pada saya dulu. Bagi bancuhan ni, saya perlukan benih dalam 4 ke 5 b…