Skip to main content

Bancuh n Bagging

Tajuk kat atas tu rojak. Tapi takpelah.. hehehe... Saya cuma nak cite yang dua hari lepas saya bagging seorang diri. Memang letih giler. Saya bancuh tu sehari sebelum tu iaitu malam sebelum hari saya membancuh. Saya bancuh 165kg habuk kayu, 16.5kg dedak dan 1.65kg kapur. Senang kan ratio dia, 100:10:1. Tapi bukan 165 kg sekaligus. Saya buat 3 kali bancuh. Manual tau! Penattt....

Saya start bagging dalam pukul 8 pagi. Saya siapkan semuanya dalam kul 4 petang. Semua beg yang saya dapat berjumlah 338 beg media. Tapi saya tak sempat kukus hari tu. Baru pagi semalam saya kukus. So petang ni saya boleh keluarkan dari tong dram. Dan suntik benih pagi esok. Saya dah dapat bekalan benih dari Vita. Seorang kawan yang sama-sama berkursus di UPM haritu jualkan pada saya 30 beg benih. Masa pergi vita aritu dia beli 100 beg. Dia dah guna 70 beg. Sekarang dia nak berehat jap sebelum buat beg baru. So yang lebih-lebih tu dia jualkan pada saya dulu. Bagi bancuhan ni, saya perlukan benih dalam 4 ke 5 beg. Satu beg benih tu leh suntik dalam 70-80 beg media. Kalau takde yang tumpah dah terer menyuntik benih, 4 beg benih tu dah cukup untuk bancuhan ni yang boleh hasilkan kurang dari 350 beg media. Tapi kalau banyak tumpah dan 5, 6 beg benih tak cukup lagi.

Pagi ni saya pergi agak lambat sket sebab kawan yang saya biasa hantarkan pergi kerja tak balik rumah. Semalam saya sepatutnya ambil dia baik kerja tapi saya ada hal sikit jumpa kawan untuk bincangkan tentang quotation yang saya perlu siapkan harini. Mesti dia tumpang rumah abang dia. Saya dah bangun pagi tadi nak hantar dia pergi kerja, tapi tengok-tengok dia takde. Jadi saya sambung tidur balik. hehehe.. Kalau tak belum pukul 8 saya dah sampai farm sebab saya hantar kawan saya pergi kerja dalam 7.30. Harini lepas saya suntik benih, saya ingat nak bancuh beg baru. Tapi ada orang nak datang kerja parttime petang ni. So bolehlah saya buat kerja-keja lain dulu. Masih banyak beg yang belum saya rehatkan sampaikan beg tu asyik keluar je hasilnya. Sebab saya hanya korek tapi tak sempat tutup.

Sekarang ni, jadual saya buka dan tutup beg juga masih dalam proses pembelajaran kot. hehehe... Sebabnya selalu masa lari. Saya buat jadual, hari khamis mesti keluar banyak sebab biasanya hari jumaat saya dapat tempahan banyak sket cendawan. Tapi selalunya pagi jumaat atau tengahari jumaat tu baru nak besar cendawan tu. Tapi takpelah, belajar sikit-sikit. Tap timing tu dah tak jauh sangat dah. K, lah sampai sini dulu. Ni ada sedikit gambar yang ingin saya kongsi.


8 pagi- timbunan habuk kayu yang kadang2 buat saya sesak nafas.. hehehe.. boleh habis ke ni...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

10.15 pagi- dah hampir separuh...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

11.25 pagi- sket je lagi...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

11.40 pagi- habis dah! total time dalam 3 1/2 jam lah proses untuk isi sahaja.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

2.40 petang- beg siap dihentak dan kiraan mula dibuat... semua 338 beg...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

3.15 petang- siap letakkan leher. cultivated cap belum letak. lupa lak nak amik pic.. hehehe
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi