Hari isnin lepas saya seharian tidak ke farm kerana ada sesuatu yang tak dapat dielakkan. Hari selasa pagi saya bergegas ke farm. Akibatnya, cendawan gergasi terhasil. Begitulah kalau tinggalkan cendawan yang manja ni lama-lama. Baru 24 jam. Belum balik raya seminggu. Tapi nasib baiklah pengeluaran cendawan dapat dikawal. Jadi jangan lah risau kalau nak balik kampung lama-lama. Hasil kutipan haritu adalah yang terbanyak pernah saya dapat, 5kg lebih kurang. Sms orang tu, orang ni.. semuanya terjual.. Restoran tempat saya hantar cendawan pun dah bising sebab saya tak hantar lama. Saya kena ingat pasni, 3 hari sekali saya kena hantar walau diorg tak call. So kalau sesiapa nak merasa makan cendawan saya, sila lah ke Restoran BBB, di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi untuk merasa cendawan keluaran farm saya. Di jamin segar. InsyaAllah bulan ogos ni pengeluaran cendawan dari farm saya akan ditingkatkan kepada 5-10 kg sehari. Lepas raya baru target saya 15-20kg. Saya ingat nak bukak gerai la masa bulan ramadan ni. Jadi jangan lupa singgah ke gerai saya sekiranya ingin berbuka puasa dengan cendawan goreng dan sup cendawan.
Pengeluaran cendawan di farm saya sekarang hanya sekitar 2,3 kg sehari. Masih sedikit sebab saya lebih bergantung pada beg-beg cendawan yang saya beli dari Johor buat masa ni untuk menampung permintaan di samping cendawan hasil tanaman saya sendiri yang saya pindahkan dari rumah dulu.
Pasal pekerja parttime saya masih mencarinya. Jadi kalau ada sesiapa yang nak keje boleh sms saya. Jumaat lepas ada 2 orang yang datang bekerja. Dapat lah diorg buat 300 beg lebih dari kul 9.45 mlm sampai 2.15 pagi. Hari ni saya seorang dapat buat 300 beg lebih jugak. Tapi saya dah bancuh siap-siap dari malam tadi. Saya bancuh 165kg habuk kayu. Rasa nak patah tulang belakang. Nampak gayanya makin kurus la saya. Pagi tadi baru saya begging. Senang sket. Next bancuh malam esok dan saya akan begging hari sabtu pagi. Kaalau ada sesiapa nak datang keje or tolong boleh lah. hehehe...
Tak banyak yang saya nak share. Itu je kot. Nanti saya tulis lagi.

Comments
Nak tanya sket; cendawan tu patutnya kutip 24hrs earlier ke? Kalo lewat dia jadi besar tu ye? Tapi ok gak sebab banyak hasilnya heheh. Takde effect pada medium tu ke? Ye le sbb dah jadi gergasi, takut dia mencekik makan medium tu lebih dari biasa so medium tu cepat 'expired'... saya assume je... tapi kalo tak effect kira bagus le tu sbb besor2 cendawannya...
Saya yang dari JPM tu,
Putrajaya.