Part 1
Kulat oren atau juga disebut kulat merah atau kulat merah jingga adalah disebabkan oleh kulat Neurospora sp. Kulat ini biasanya menyerang di peringkat awal pertumbuhan maisilium. Tanda-tanda awal yang saya perhatikan sewaktu kulat ini muncul adalah bau kemasaman pada beg media. Selain itu juga, tumbuh kulat yang berwarna putih pada media di dalam beg seolah-oleh maisilium sedang merebak. Tetapi sebaliknya ia adalah serangan kulat neurospora. Contoh gambar kulat ini adalah seperti di bawah. Kulat ini biasanya akan tumbuh pada penutup beg dan juga keluar melalui span yang digunakan untuk menutup lubang pada cultivated cap.
Sekiranya beg media diserang kulat neurospora ini, cara terbaik hanyalah mengasingkan beg-beg yang dijangkiti kulat tersebut dan seterusnya musnahkannya. Cara pencegahannya pula adalah dengan membersihkan ruang-ruang rak dengan dettol 10% ataupun klorok. Semasa menghadiri taklimat cendawan oleh Pn Normah di WismaTani khamis lepas, saya berpeluang bertanyakan tentang hal ini kepada beliau. Beliau meminta saya menerangkan gerak kerja saya dan juga melukis gambar bangsal cendawan saya. Daripada lukisan, Pn Normah bertanya itu dan ini pada saya. Hasilnya, banyak sebab yang boleh dijadikan alasan mengapa serangan kulat itu berlaku. Kemungkinan kedudukan bangsal saya yang tidak sesuai, pengudaraan udara di dalam bilik suntik dan juga cara saya meletakkan benih di dalam beg media. banyak info berguna yang saya perolehi sepanjang 3 jam menghadiri taklimat tersebut. Info tentang kulat oren akan saya sambung di masa akan datang.
kulat oren yang keluar dari span pada lubang cultivated cap
tanda-tanda awal kulat oren. keputihan pada media habuk kayu.

Comments
sekadar berkongsi
MFR