Skip to main content

Laporan Untuk Pemegang Saham Utama

Saya tujukan entry ni untuk my lovely sis Zarina Binti Yusof. Dia ni lah yang bagi modal kat saya hampir RM30k untuk buat bisnes cendawan ni. Saya nak masukkan beberapa gambar di farm yang terbaru. Saya baru ambil ni tadi. Saya terpaksa balik awal kerana tidak berapa sihat. Niat untuk buat beg hari ni tapi tak larat. Saya hanya sempat siram beg dan juga buat tuaian dan juga pembungkusan hari ni. Lepas tu saya tido sampai tengahari kat bilik saya kat sana. Sekarang dah sampai umah pun.

Sekarang sudah 6 rak di bangsal saya terisi. Tapi tak semuanya penuh la. Dah isinya semua lebih kurang 5000 beg media.

Kakak pun dah lama tak datang sejak farm siap dulu. Sekarang saya dah buat satu bilik suntik. Lepas tu banyak perubahan yang berlaku juga kat bangsal ni. Saya buat tempat cuci barang-barang kat sebelah stor tu. Lantai saya dah licinkan. Tempat mengukus juga saya dah buat menggunakan tapak batu-bata. So tak perlu saya susun bata lagi untuk lapik tong dram. Yang lain-lain tu sis tengok sendiri lah yer. Bulan 8 ni saya konvo boleh la tengok live.

Setakat ni saya belum jual lagi beg yang saya buat sebab agak banyak juga yang rosak. Tapi sejak saya mengambil langkah berjaga-jaga kebelakangan ini, peratus rosak sudah berkurangan. Jualan beg mungkin akan dibuat mulai bulan ogos ni. Tapi saya kena pastikan sekurang-kurangnya separuh bangsal ini terisi dulu sebelum saya membua jualan beg media tu.

Jadi sis.. Jangan risau yer.. Saya akan buat yang terbaik untuk kita semua.. Saya tahu duit sis tu banyak dah habis.. Tapi saya akan gunakan sewajar yang mungkin.. Terima kasih..


Ni beg cendawan yang budak ukm buat 2 hari lepas
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


nampak tak bawah tong dram tu? kan dah pakai pelapik bata yang disimen.. dulu takde kan? lantai pun dah simen tu...
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


ni kembar angah anak makcik yang tolong... dapat kukus 3 tong dram...
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


ni rupa dalam bilik suntik yang baru buat tu sis...saya belum angkut lagi beg ke rak walau dah suntik sabtu lepas.. keje banyak...
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


nilah antara hasil kerja tangan saya kak... letih saya buat ni kak. dah riban2 ni... dah 4 rak pun... :) Sebelah kanan 4 rak.. sebelah kiri 2.. tapi tak semua penuh lagi lah... Yang rosak belum asing semua lagi tu...
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


tapi kat belakang tu banyak lagi rak kosong...
Free Image Hosting at www.ImageShack.us


InsyaAllah dalam masa 2 bulan saya cuba penuhkan bangsal ni paling kurang dengan 10ribu beg media. Semoga segala usaha saya dipemudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi