Skip to main content

Penat!!!!

2, 3 hari ni saya agak kepenatan. Sampaikan selera makan saya berkurang dan jika saya makan saya akan muntah semula. Hari ni seharian di farm saya tidak sentuh makanan sedikit pun. Hanya minum air kosong 2,3 gelas untuk hilangkan dahaga. Saya sampai di rumah tadi hampir jam 10 malam. Makan kek 2,3 keping dan kebetulan rakan serumah tinggalkan nasi untuk saya. Makanlah nasi satu senduk dengan lauk sayur kobis campur cendawan dan separuh ekor ikan goreng.

Sekejap lagi saya akan ke sana balik untuk menyuntik benih. Saya perlu mandi bersihkan badan untuk menjaga agak tidak berlaku sebarang pencemaran sewaktu menyuntik benih. Syukurlah ada 2 orang student UKM akan datang kerja membancuh dan mengisi beg pagi esok. Jadi tak perlulah saya membancuh malam ini. Kalau tak mungkin saya pengsan kot. Saya memang tak boleh lakukan semua seorang diri kerana terlalu banyak kerja yang menanti. Ada berbaldi-baldi cap yang belum dibasuh. Dan kerja merehatkan beg juga kadangkala tertangguh kerana saya dahulukan kerja-kerja lain. Beg-beg yang dijangkiti kulat juga banyak yang belum diasingkan dari rak.

Saya memang memerlukan pekerja sambilan 2 hari sekali untuk membancuh dan mengisi beg. Niatnya untuk membuat iklan di UKM tapi belum sempat-sempat juga saya lakukannya. Mungkin minggu depan saya akan ambil masa untuk buat semua tu. Akaun juga kadang-kadang tidak dikemaskini. Banyaknya kerja saya. Nasib baik sem ni saya tidak menerima tawaran mengajar lagi di UPNM. Kalau tak memang teruklah saya.

Hari ni pengeluaran cendawan memang agak mengejutkan. Lebih 5kg. Untuk sehari. Berbeza berbanding selasa lepas kerana saya tidak membuat tuaian pada hari isnin. Cendawan yang terhasil juga agak besar. Benih cnc ni memang begini agaknya. Esok mungkin tuaian tidak sebanyak hari ni kerana kebanyakkan beg sudah saya rehatkan. Masih ada 4 petak yang perlu saya tutup esok. Tadi saya hanya sempat mengoreknya sahaja. Cendawan yang dituai kebanyakannya dijual pada staff MPOB petang tadi. Thanks pada Abeli yang tolong mencari pelanggan untuk saya.

Pada orang tu yang cakap nak kerja sambilan, thanks banyak2. Lain kali saya bayar upah yer. Dulu hanya belanja makan cendawan goreng je. Thanks sebab memahami. Tapi saya memang benar-benar kepenatan. Kudrat hawa memang berbeza dengan adam. Tapi dah ini jalan yang saya pilih, akan saya teruskan dengan lebih bersungguh-sungguh walau penat macam mana pun. Last words, lama tak tengok kamu la... :)


Hasil tuaian hari ini...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hari ni pun dapat cendawan gergasi...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Comments

Jamil Hj.Ramli said…
Sis,
Tak cari peralatan moden yg boleh bantu output produksi. Harapkan kudrat dan cara manual memang tidak berbaloi kalau nanti ada permintaan sahingga 200kg sehari.
Anonymous said…
pasni nak cari.. modal tak cukup lagi..
Jamil Hj.Ramli said…
Sis,
Ada pergi kusus mana mana tak?
Kalau nak bench mark member ada buat kat pedas. Mula dulu 10k media dgn kelusan bangunan 15'x40' kerana permintaan tinggi dia sewa tanah dan bena dua bangsal 30'x50' setiap satu untuk diisi dengan 30k media satu bangsal. masa sy datang baru terisi 20k media satu bangsal dan satu lagi dlm pembenaan.sehari 1k media dia boleh buat dengan peralatan semiauto.Tak dpt isi penuh bansal dia sebab org beli media dia rm1.30 satu dia jual.Sy plan nak buat gak tapi masih mencari tempat sebab nak buat part time.
Anonymous said…
bape harga? kalau bawah 1.5k akk mampu lagi beli...

pergi banyak kursus.. upm, private.. belajar ngan org.. banyak gak buat lawatan.. lebih dari 10 pengusaha cendawan...
Jamil Hj.Ramli said…
Contact member sy ni... dia tauke...
Yazid 019-6846371. Cakap kat dia Jamil Subang bagi no# ni...
Niza said…
Nak part timer buat akaun? Maybe akak boleh tolong :) Tapi kat mana ni ye? 019-2381530

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi