Skip to main content

Terbakar

Fuh.. tajuk cam dahsyat je.. Sebenarnya pergelangan tangan saya disambar api gas tadi masa saya pasangkan api untuk kukus beg media. Wah... bau hangit bulu tangan terbakar kuat.. hehehe... Nampak tak kesan terbakar tu... :)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lepas kukus tadi saya suntik benih. Dua tong je. Masih ada satu tong yang belum disuntik. Panas lagi. Esok pagi baru boleh rasanya. Saya ingat nak suntik sekali dengan yang saya kukus tadi. Ni gambar tengah menyuntik benih. Tapi ni bukan tangan saya la. hehehe.... cara ni salah sebab mana ntah cap beg tu. Patutnya cap tu tangan kiri pegang, buka sikit je then terus tuang benih ke dalam. Ni gambar awal-awal dulu. Biasalah main-main. Kat beg pun siap boleh lukis gambar... :) Kenangan terindah tu...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Biasanya untuk rekod, saya akan conteng kat whiteboard ni sebelum saya salin balik dalam buku production record. Ni antara kenangan-kenangan terawal saya buat beg di farm saya... Awal-awal dulu rekod untuk 5 hari dah penuh satu whiteboard tu... habis dicontengnya...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tapi sekarang dah tersusun sikit... Tapi masih ada selingan-selingan kat tepi tu.. hehehe... Siap dengan notice dari 'penasihat' saya...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Hari ni saya sempat bancuh 11 tong. Sepatutnya 10 je tapi saya terlebih air kena tambah la satu tong lagi. Tapi saya belum sempat bagging sebab tadi ada orang mintak tolong hantar komuter lak. So saya terpaksa balik rumah. Kalau tak mungkin kul 1, 2 pagi karang baru saya sampai rumah. Saya singgah rumah jap. Ingat nak makan. Sebab tadi saya ada masak banyak masa tengahari. Kalau diorg belum makan, saya nak habiskan je lauk dan nasi tu. Saya ingat nak pergi sekejap lagi untuk bagging tapi makcik cakap datang esok jelah. Saya call makcik tadi mintak tolong padamkan api. Tapi nampaknya saya terpaksa pergi jugak sebab saya lupa sesuatu. Saya terlupa nak pek cendawan yang saya dah tuai tadi. Jadi kena pergilah jugak.


Itu sahaja untuk malam ni...

p/s: saya tunggu 'penasihat' saya balas sms saya... Saya akan tunggu...

Comments

Anonymous said…
Klau nak jadi usahawan tani ni kene banyak sabar, usaha gigih na banyak doa Fatisha..banyak cabaran..kalua separuh jalan ...cepat tumbang...semoga Berjaya.....

Azmi:

http://azmidragon.fotopages.com
fatisha said…
azmi...
thanks yer... insyaAllah saya ni akan sabar.. saya nak berjaya gak... tak nak usaha ni sia2...

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir




PROMOSI BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda permintaan cendawan meningkat 100% sewaktu bulan puasa???

Inilah peluang mencari duit raya dengan menjual cendawan kukur @ kulat sisir. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang menggamit nostalgia masa kecil di kampung dan sungguh menyelerakan.

Dengan harga promosi terendah di pasaran. Sila whatsap untuk mendapatkan harga promosi ini.

0126221149

0126962114