Skip to main content

Tumbang

Hari ni saya siram cendawan saya agak lambat. Last pagi tadi. Lepas tu saya balik rumah. Kul 5 lebih baru saya pergi balik (pergi lambat dek tertidur sebab tiba-tiba rasa sedih.. hehehe). Sampai tadi saya bancuh media dulu sebab si Razak nak belajar buat beg. Saya balik sekejap kul 7.30 untuk amik hosmet saya balik kerja (rutin harian tu. takpelah tolong kawan). Then, saya pegi farm balik. Lepas tu baru lah saya siram beg dalam kul 8 malam. Sedang saya enak-enak menyiram lantai, terkejut saya melihat timbunan beg-beg saya yang sudah sikit memutih bertebaran di atas lantai. Aduss... tumbang rupanya.. Sedihnya rasa sebab saya baru je letak atas rak pagi tadi. Sebelum ni dah 3,4 hari kat bilik suntik. Nasib baik satu petak je yang jatuh dan petak ni pun bukan petak paling atas, tapi pada para yang ketiga. Beg-beg kat petak lain iaitu pada petak di bawahnya dah menunjukkan tanda nak jatuh juga. So saya tolak sket ke dalam. Ni pengalaman kedua beg-beg saya jatuh ke lantai. Tapi yang dulu yang dah pernah harvest. Yang memang dah ringan sangat. Tapi kali ni yang baru saya suntik benih. Jadi agak sedih lah. Saya kutip semula dan nasib baik kurang dari separuh yang pecah. Dari 6 baris, hanya 2 baris je yang pecah.

Jadi kesimpulannya, Jangan lah buat rak tu tinggi-tinggi sangat. Tinggi boleh, tapi bilangan baris bagi setiap ruang petak tu jangan lebih dari 5 baris. Rak saya ni, jarak antara para bawah dah atas adalah 22 inci. Seeloknya 18 inci dah cukup lah. Macam rak mkbahzam, tak gitu? Lagi satu, bila nak buat rak, pastikan kayu para yang di bahagian dalam adalah lebih rendah dari bahagian luar supaya beg tidak menjunam ke bawah. Cara susunan beg juga perlulah sekata. Di mana, bahagian lebihan plastik di bahagian tapak tu berada dalam keadaan melintang. Bukannya menegak. Ni Lutfi Paloh yang ajar. Saya dah cuba memang menjadi. Semoga jadi pengajaran buat semua. Nasib baik saya belum jadi macam Citra yang raknya tumbang. Saya ni bernasib baik sebab hanya beg yang tumbang. Semoga kejadian ni tak berulang lagi.

berterabur kat lantai...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Anak panah tu tunjukkan dari mana beg ni jatuh. Hanya satu je tinggal... Beg2 kat petak kat bawah tu pun dah nak menjunam ke bawah gak tu...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

sib baik para yang kat rak sebelahnya kosong. kalau tak hentam sekali kot...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Yang ni gambar selingan...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Buat dia... saya mintak maaf... tapi memang selera makan saya hilang. Saya balik tengahari tadi untuk makan. Sampai-sampai je saya terus masak nasik. Niatnya nak masak sayur cendawan. Tapi nasik hangit sebab saya asyik duk depan laptop ni. Tiba-tiba lak takde selera bila... Saya makan roti kosong ngan keropok tadi. Tu pun sebab saya nak bancuh media. Takut pengsan je kalau tak makan pe2. Saya baru sampai rumah ni. Saya bancuh 165kg habuk kayu tadi. Pagi esok saya akan begging. Maaf sebab tiba-tiba emosi... Keje baik-baik rini... Saya tak balik tengahari sebab kalau begging ni mesti lama... Bye... sekarang saya lak nak tumbang ni...

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi