Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2007

Aktiviti Sepanjang Minggu

Minggu ni antara minggu yang menyeronokkan sejak saya bergelar usahawan tani. Terlalu seronok! Walau ada jugak satu peristiwa yang tak seronok. Tapi part tak seronok tu biarkan saja lah. Minggu ni saya pusing-pusing Bangi, Sepang, Serdang dan Balakong untuk menjual cempedak. Sambil tu juga saya buat marketing untuk cendawan. Dan yang paling best saya mendapat satu pelanggan tetap untuk cendawan saya. Dia ni penjual pisang goreng dan yang sewaktu dengannya la. Banyak jugak dia ambil dari saya, 3 kg sehari. Lebih dari restoran tempat saya biasa hantar cendawan tu. Jadi kesimpulannya memang jual cendawan goreng ni laku kalau kena tepungnya. Saya juga telah berjaya mempengaruhi (macam jahat je bunyinya kan, hehehe) beberapa orang penjual pisang goreng untuk menjual cendawan goreng. Jadi saya sedang menunggu tepung dari Johor yang akan dibawa oleh Am, teman forumer dari forum bicarajutawan ke sini 8hb ni. Lepas tu saya akan edarkan tepung tersebut bersama-sama dengan cendawan segar tersebut

Motor Untuk diJual

Ada sesiapa nak beli motor tak? Call or sms saya secepat yang mungkin. Ni gambarnya... Ni la motor yang saya rempit masa kunci kete saya hilang selama lebih 24 jam bermula petang semalam... Sib baik tak sempat gi kedai lagi tukar kunci baru. habis 150 beb! Best gak bawak motor ni, tapi ada klac la.. 2 Lejang... Harga boleh dirunding. Yang pasti tak lebih RM1000... murah la tu... very2 good condition... call me asap...

Cempedak Untuk dijual

Sesiapa yang berminat memborong cempedak boleh hubungi saya. Sampel ada di bangsal saya. Harga bergantung kepada gred. Tetapi yang pasti harganya murah. Saya dengar harga cempedak kat Johor mahal. Kalau nak banyak saya boleh hantar. Gambar saya lupa nak ambil. Nanti saya amik k.

Penambahan Ruang di Bangsal

Saya ada buat perubahan sikit di bangsal saya. Saya akan gunakan stor sekarang sebagai bilik suntik dan juga tempat peram sementara beg-beg yang baru disuntik. Bilik suntik sekarang saya akan buat tepat display ataupun mungkin juga tepat peram. Bilik suntik sekarang yang terletak di dalam bangsal tuaian tidak sesuai kerana di dalam bangsal tu selalu basah dan berair. Jadi bilik suntik pun jadi kotor. Jadi saya kena alihkan ke tempat baru yang lebih bersih. Dengan bajet yang dah semakin berkurang, semalam satu hari semuanya siap dibuat. Maksud saya stor tempat menyimpan barang-barang seperti dedak dan kapur. Macam bukan stor je sebab terbuka. Tapi takpelah sebab itu je bajet yang ada. Saya nak buat loan lah dengan ayah sebab modal dah nak habis ni. Tapi duit pampasan ayah pun dah nak habis rasanya. Sian dia anak-anak dia campur menantu dia sekali asyik nak mengikis je. Mungkin boleh tolak dari sewa kedai yang diterima oleh saya secara bergilir-gilir dengan 7 beradik yang lain untuk sat

Lawatan Sambil Belajar Pelajar-Pelajar Seni Layar UiTM Shah Alam

Isnin lepas saya menerima kunjungan dari pelajar-pelajar ini. Ingatkan diorg amik bisnes tapi rupanya seni layar. Dah diorg nak belajar dari a sampai z so terpaksa la diorg yang cantik2 dan comel2 ni membancuh media. Habis la baju lawa diorg tu.. hehehe. Pasal RP tu, akk busy sket, nanti akk emelkan.

Temuduga

30hb Ogos ni saya ada temuduga kat Agensi Nuklear Malaysia. Jawatannya Pegawai Penyelidik. Tak tahu lagi nak pergi ke tak. Tapi saya tak prepare langsung. Kesibukan di farm buatkan saya tak punya waktu untuk study pasal nuklear-nuklear ni. Tengok keadaan lah, kalau rajin saya pergi.

Peta

Saya baru jap tadi lukis peta ni. Nanti kalau rajin saya buat yang cantik-cantik sikit. Kepada yang nak datang farm saya sila rujuk peta ni. Maaf lah tulisan buruk. save gambar ni dan besarkan.. kalau tgk cani mmg tak nampak...

Nasi Goreng Cendawan

Ni la makanan saya sejak semalam... Maksud saya, semalam saya tak makan, terlupa (boleh ke jawab gitu). Saya cuma makan seketul kecik roti coklat sweetie tu. Pagi ni saya bangun dengan badan yang penat sebab tak makan, dan masak nasi goreng. Saya amik gambar setiap step saya buat nasi goreng ni. Tapi jap gi pas makan saya upload gambar k. Ni satu je untuk tatapan supaya ada orang akan terliur. hehehee.. Tak sedap pun sangat, tapi untuk orang lapar macam saya ni boleh la... :) Kaya kan dengan cendawan? hehehe.. kat kedai takleh dapat ni... ;) Tambahan gambar selepas selesai santapan... hehehe... Masa saya masak ni tadi hosmet saya balik ngan kawan dia. Pastu dok kat meja makan, makan nasi bungkus. Kawan dia pelik je, pekes la budak sorang ni sambil masak sambil ambil gambar. hehehe... Ni bahan-bahannya... bawang putih, bawang merah (tapi saya guna bawang besar, boleh je), ikan bilis yang ditumbuk dan juga tidak ditumbuk, cili api, cendawan segar (sudah tentu!), dan juga nasik putih. Ter

Tak Cukup Kukus

Gara-gara tidak cukup kukus, saya terpaksa membuang lebih 200 beg hasil daripada kukusan 3 tong pada pagi lebih kurang sebulan yang lepas. Saya baru sahaja mengasingkan beg-beg tersebut dari rak minggu lepas. Rasa sedih sangat. Iyelah sebab melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dipandang ringan. Masa tu saya kukus 3 tong dram. Saya siap tidur kat farm sebab nak menunggu untuk padamkan gas. Tapi semua gas kebetulan habis serentak pada pagi tu. Masa tu lebih kurang jam 2 - 5 am. Satu tong gas habis kul 2. Masih ada lebih kurang 2-3 jam ia perlu dikukus. satu tong dram lagi pun terpadam sebelum sempat 6 jam dikukus. Ada satu tong tu sempat saya kukus sampai 6 jam. Jadi saya ambil tong gas tu dan gantikan pada tong dram yang kehabisan gas yang pertama tu. Tong yang satu lagi saya kira halal je lah walau tak kukus sampai 6 jam. Dengan harapan, boleh la tu kot. Saya cuma sambung kukus untuk satu tong dram sahaja. Saya bangun jam 6 untuk tutup, gas tu pun dah terpadam. Tak pasti pukul be

Serangga Perosak

Dah lama saya tak masukkan info berguna dalam blog mak tani saya ni. Sebenarnya saya dah taip lama post ni tapi gambar takde jadi saya tak publish lagi. Tadi saya dah ambil gambar jadi saya sambung kisah ni hari ni. Serangan serangga perosak seperti di dalam gambar di atas tu merupakan antara masalah utama penanaman cendawan. Nama saintifik ataupun nama biasa bagi serangga ni saya masih belum mendapat maklumat mengenainya. Bertanya pada orang yang sudah bertahun buat pun belum tentu tahu namanya. :) Nanti lah saya cuba tanya pakar serangga kat UKM. Bila serangga ini mula berkumpul pada insang cendawan, ia akan memberi masalah pada kita sewaktu proses pembungkusan. Apa tidaknya, kita terpaksa membelek satu-satu untuk membersihkannya dan memastikan serangga ini tidak hinggap pada cendawan tersebut. Sekiranya kita termakan serangga ni, rasanya belum ada masalah yang serius. Kira halal lah dah masuk dalam perut tu. Tapi untuk memberikan kualiti yang lebih pada produk kita, kita harus mema

Selamat Hari Lahir Sahabatku Anga

Buat Sahabat.. Anga... Selamat Hari Lahir yang ke 25 (150807). Saya doakan kebahagian jadi milik Anga selamanya. Senyumlah selalu macam dalam gambar tu. Nanti awek muda. hehehe... Semoga panjang umur, murah rezeki, projek cendawan Anga cepat dilaksanakan, jadi usahawan macam saya juga, kawen cepat, dapat baby cepat... hehehe... Pe2 pun... Terima kasih atas segala pertolongan Anga sepanjang saya menjalankan projek cendawan ni. Pertolongan Anga masih diperlukan lagi untuk plan marketing saya akhir bulan ni dan bulan depan...hehehe :) Tolong eh... Kita round BBBangi dengan kete sport saya tu... hehehe...

Convocation Day

12 Ogos 2007, tercatat satu lagi sejarah penting dalam hidup saya. Hari penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Kimia) yang telah saya tunggu sejak sekian lama. Setahun sebelum itu, ia hari bersejarah buat sahabat saya juga. Tinggal setahun lagi kan. Saya sentiasa mendoakan kebahagian jadi milik kamu selamanya. Terima kasih pada semua yang datang meraikan hari bersejarah ini. Buat kakak saya Zarina dan anak-anaknya, Izham Haikal dan Fatin Aqilah, adik saya Noor Zamani, my friend Yah dan juga sahabat baik saya, Anga yang banyak membantu saya dalam projek cendawan ni. Terima kasih yang tak terhingga kerana menceriakan hidup saya pada hari tu. Semoga ijazah sarjana saya ni, walau saya tak dapat mempraktikkan dalam pekerjaan saya sekarang, paling kurang ia menjadi semangat buat saya untuk terus berjaya dalam bidang penanaman cendawan ni. Moga saya akan jadi usahawan cendawan yang berjaya dan cemerlang. InsyaAllah. Saya la ni... Saya dan Anga... Saya, kakak, adik dan anak-anak saudara... Rasan

Raptai

Hari ni agak kelam kabut. Saya ada raptai jam 9 pagi tadi. Tapi saya terlewat bangun. Nasib baik yang suruh saya hantar amik dia gi kerja tu call sebab saya lambat. Malam tadi dia siap-siap bagitahu ambil dia awal hari ni sebab dia ada kelas driving. Lepas ambil dia, saya siap-siap ke farm. Pekerja indo 3 orang tu dah sampai. Saya suruh diorang datang awal. Jam 8 saya nak diorang dah buat kerja. Saya sampai lebih sket kul 8. Sempatlah saya mengajar yang sorang tu buat kerja-kerja di dalam bangsal. 2 orang lagi bancuh media. Saya nak langsaikan kerja-kerja di dalam bangsal yang banyak tertangguh. Beg sepatutnya selepas dituai terus ditutup untuk mengelakkan diserang penyakit. Saya kena lebih berjaga-jaga selepas ni. Biasalah, bukan sengaja tapi masa tidak mengizinkan. Jam 9 baru saya sempat keluar dari farm. Itu pun saya singgah ke Kolej Dar Al Hikmah di Sungai Ramal untuk menghantar beg cendawan yang dipesan oleh seorang kawan saya yang bekerja sebagai pensyarah di sana. Malam tadi ju