Skip to main content

Aktiviti Sepanjang Minggu

Minggu ni antara minggu yang menyeronokkan sejak saya bergelar usahawan tani. Terlalu seronok! Walau ada jugak satu peristiwa yang tak seronok. Tapi part tak seronok tu biarkan saja lah. Minggu ni saya pusing-pusing Bangi, Sepang, Serdang dan Balakong untuk menjual cempedak. Sambil tu juga saya buat marketing untuk cendawan. Dan yang paling best saya mendapat satu pelanggan tetap untuk cendawan saya. Dia ni penjual pisang goreng dan yang sewaktu dengannya la. Banyak jugak dia ambil dari saya, 3 kg sehari. Lebih dari restoran tempat saya biasa hantar cendawan tu. Jadi kesimpulannya memang jual cendawan goreng ni laku kalau kena tepungnya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Saya juga telah berjaya mempengaruhi (macam jahat je bunyinya kan, hehehe) beberapa orang penjual pisang goreng untuk menjual cendawan goreng. Jadi saya sedang menunggu tepung dari Johor yang akan dibawa oleh Am, teman forumer dari forum bicarajutawan ke sini 8hb ni. Lepas tu saya akan edarkan tepung tersebut bersama-sama dengan cendawan segar tersebut. Jadi senang lah diorang nak goreng tak perlu fikir nak cari tepung lain lagi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Peristiwa yang menyeronokkan saya pada minggu ni lagi ialah saya telah menjual cendawan segar berjumlah 50kg dalam masa 2 hari sahaja iaitu pada hari jumaat dan sabtu. Untungnya walau tidak seberapa bila tolak minyak kereta dan lain-lain sebab saya membeli cendawan tersebut dari pengusaha yang lain, tapi bagi saya ia satu pengalaman yang cukup seronok. Kalau cendawan saya sendiri memang kayoooo la. Minggu ini sahaja jualan cendawan segar yang telah saya buat hampir mencecah 80kg! Dari sini saya dapat melihat industri penanaman cendawan andai terus diteroka pasti akan memberikan kepada kita keuntungan yang sangat besar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kagum juga saya melihat pelajar-pelajar KUIS yang berniaga bagi menambah duit poket dipesta konvo sempenan konvokesyen KUIS yang ke 10. Pasti kayoo la mereka ni lepas konvo ni sebab dapat jual cendawan goreng dalam masa 2 hari je 50kg! Saya promote jugak cempedak tapi diorang bagitahu tak larat nak goreng. Yelah kalau dah cendawan pun tak cukup tangan. Dan saya dapat resepi yang bagus dari diorang ni untuk buat cendawan goreng. Best jugak diorang buat. Rangup. Saya kecek la sket bagi free kat saya. hehehe...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Sepatutnya semalam saya ada plan untuk melihat tanah di Batang Kali bersama-sama dengan bos sahabat baik saya tu. Saya plan untuk membeli tanah di sana (kakak saya la beli.. hehehe) dan seterusnya membesarkan projek saya jika ada rezeki mendapat loan dari Bank Pertanian di bawah skim siswazah tani yang berjumlah RM100 ribu. Tapi bos dia ada hal lak. Jadi plan tu tertangguh la. Mungkin lain kali. Plan marketing saya juga yang saya rancang sebelum ni sudah saya laksanakan sepanjang saya pusing-pusing jual cempedak. Alhamdulillah syukur saya panjatkan pada Rabb yang Maha Kaya kerana kolaborasi saya bersama abang si penjual cempedak tu nampaknya memberikan saya keberuntungan juga. Sekarang saya sudah mendapat ramai pelanggan tetap cempedak di BBBangi dan sekitar Sepang. Jadi selepas ini, abang tu hanya akan menghantar cempedak ke farm saya di Sungai Ramal dan sayalah yang akan mengagihkan pada penjual-penjual goreng pisang ini. Dan yang paling best juga, bila cendawan saya sudah mula mengeluarkan hasil, abang tu akan membawa cendawan saya ke sana. Lupa pula saya, abang tu datang dari Perak.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penghasilan beg media saya mungkin akan tertangguh selama seminggu kerana habuk kayu hanya akan dihantar esok. Kalau dah ada pun kena tunggu juga selepas beberapa hari untuk menggunakannya. Tapi tak mengapalah, sambil-sambil tu saya boleh melakukan sesuatu pada bangsal saya tu. Banyak perubahan yang saya buat dalam minggu ini. Tugas-tugas mencuci dan memunggah saya lakukan pada jumaat lepas bersama dengan Aripin dan Abdul. Saya sudah mula menggunakan stor saya dulu sebagai bilik suntik. Wah! rasa lapang betul dan juga selesa. Tidak berair dan juga berangin. Lebih bersih sesuai lah untuk proses menyuntik yang perlukan persekitaran yang bersih.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Stok cap, neck saya juga hampir habis. Saya mungkin ada order cap dan neck ni dalam masa yang terdekat memandangkan 5 ribu beg lagi menanti untuk disiapkan. Saya juga telah mencuba menggunakan kertas surat khabar sebagai penutup dan saya rasa ia tidaklah seremeh yang saya fikirkan. Nampaknya tiada masalah kerana saya juga telah belajar cara menyuntik benih jika menggunakan surat khabar yang diikat getah sebagai penutup. Pengalaman lain, buat pertama kali benih yang saya beli rosak. Sebelum ini tidak pernah saya menghadapi peristiwa ini. Benih tersebut ditumbuhi kulat hijau. Bila sudah jadi begini, benih tersebut tidak boleh digunakan lagi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Boring-boring menunggu gas yang perlu dipadamkan jam 2.30 am malam tadi, saya belajar main gitar dengan si aripin. hehehe... Lagu gerimis mengundang. Lama tak main semua key saya dah lupa. Kena asah balik otak yang berkarat ni. Dah setahun beli gitar tak pandai-pandai gak main. Ni lah gitar hitam saya :) Nanti saya ajar orang tu lak yer. Thanks sebab bagi cadangan suruh diorang ajar. Tak terfikir pun.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ini sahaja laporan saya untuk minggu ni. Minggu depan kita jumpa lagi. Banyak lagi yang ingin saya tulis sebenarnya. Tentang cendawan terutamanya. Nantilah ada masa, saya sambung ceritanya.

Comments

Acaii Jawe said…
waaa, bestnye wak jual sampai byk2 camtu..sehari awk bleh kuar brape kilo skrang,huhu..dah lama tak mkn cempadak sejak pokok dah ditebang:(

emm, zakatpun ada bagi bantuan kepada asnaf2 yg menceburi bidang perniagaan..salah satunya cendawan ni..:) tapi byk kat area sabakla..wak, teringin nak mkn cendawan goreng tu:)
Saya kagum dengan usaha anda,saya juga bergiat dalam industri penanaman cendawan,mana tau dimasa depan kita boleh bekerjasama memajukan lagi sektor penanaman cendawan.Di tempat saya ada pengusaha yang selain menjalankan usaha tanaman beliau juga mengusahakan restoran yang menyediakan resipi berasaskan cendawan dan sup cendawannya amat terkenal di Johor.Beliau mengusahakannya di SeeLong,Senai,Johor.Kalau nak tau datanglah berkunjung ke restorannya itu.

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi