Skip to main content

Convocation Day

12 Ogos 2007, tercatat satu lagi sejarah penting dalam hidup saya. Hari penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Kimia) yang telah saya tunggu sejak sekian lama. Setahun sebelum itu, ia hari bersejarah buat sahabat saya juga. Tinggal setahun lagi kan. Saya sentiasa mendoakan kebahagian jadi milik kamu selamanya.

Terima kasih pada semua yang datang meraikan hari bersejarah ini. Buat kakak saya Zarina dan anak-anaknya, Izham Haikal dan Fatin Aqilah, adik saya Noor Zamani, my friend Yah dan juga sahabat baik saya, Anga yang banyak membantu saya dalam projek cendawan ni. Terima kasih yang tak terhingga kerana menceriakan hidup saya pada hari tu.

Semoga ijazah sarjana saya ni, walau saya tak dapat mempraktikkan dalam pekerjaan saya sekarang, paling kurang ia menjadi semangat buat saya untuk terus berjaya dalam bidang penanaman cendawan ni. Moga saya akan jadi usahawan cendawan yang berjaya dan cemerlang. InsyaAllah.


Saya la ni...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Saya dan Anga...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Saya, kakak, adik dan anak-anak saudara...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Rasanya anga lebih sesuai pakai jubah ni dari tuannya.. hehehe.. nak tunggu anga lak pakai jubah ni yang real...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir