Skip to main content

Konvo..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari ni saya tak buat banyak kerja sangat. Hanya menjalankan kerja-kerja rutin menuai dan menyiram. Hari ni saya kerja setengah hari sahaja lah. Sebenarnya tadi saya sepatutnya berjumpa dengan sesorang yang diperkenalkan oleh boss 'penasihat' saya. Kami patut bertemu untuk membincangkan tentang projek cendawan yang akan dibuat di PD dan saya kemungkinan diminta untuk menguruskan projek tersebut dari A - Z. Bukan jadi pengurus, tapi untuk tempoh pembinaan dan juga urusan yang berkaitan seperti mengajar, membekalkan barang-barang keperluan penanaman cendawan dan sebagainya. Tapi pertemuan itu tidak berlaku seperti yang dirancangkan. Mungkin lain kali agaknya. Hanya boss dan penasihat tak bergaji saya je yang datang. Nampaknya mungkin akan ada peluang bisnes yang lain dari boss dia lak... :)

Selepas pertemuan tadi, saya pergi mencari kain untuk baju konvokesyen saya 12 Ogos ni. Sudah ada kain yang sediaada. Mak yang bagi. Dari bulan 5 lagi tapi saya belum sempat menempahnya. Tapi warnanya ungu sama seperti baju konvo saya masa ijazah pertama dulu. Ingat ingin mencari kelainan. Saya suka warna hitam. Saya belum pasti lagi antara ingin memakai baju hitam atau ungu. Tadi saya cari di PKNS Bangi, tapi tak ada. Saya ingat sekejap lagi saya nak ke Nilai 3. Petang ni saya perlu hantarkan kain tu pada cd di Ampang. Sehelai lagi saya kirimkan pada adik saya di kampung. Lupa lak saya adik saya tu tukang jahit :).

Akhirnya selepas 4 tahun, saya konvo juga. Dulu saya pernah putus asa dengan master saya ni. Tiap-tiap malam saya bermimpi yang saya akan gagal kerana tidak mampu habiskannya. Kadang-kadang tu saya harap saya akan eksiden supaya saya dapat tangguhkan master saya. Bukan kerana master itu susah, tapi saya banyak main-main dulu. kalau tak dah lama habis. Tapi selepas bertungkus lumus tanpa sesiapa pun di sisi, saya berjaya juga menyiapkan tesis master saya tu. Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya jalan. Seronoknya saya di saat saya mengetahui saya lulus viva bulan November tahun lepas, selepas hampir setahun menunggu untuk oral test. Kejayaan saya dalam master ni saya tujukan pada 2 orang tonggak utama yang merealisasikan impian saya untuk bergelar pelajar master, my lovely sister Normaria Yusof dan juga my forever best friend Ummy Nurleeza Zakaria yang sanggup mengeluarkan hasil titik peluh mereka setiap bulan selama hampir setahun untuk menyara saya belajar di UKM sebelum saya mendapat tajaan biasiswa NSF dari MOSTI. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Saya bertuah kerana ada insan-insan seperti ini dalam hidup saya.

Kata-kata akhirnya.... YAHOOOO!!!!!!!!!!! SAYA KONVO JUGAK AKHIRNYA!!!!!!!!!!

p/s: Juga tidak lupa pada penasihat saya... kejayaan saya ni untuk dia juga...

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi