Skip to main content

Makanan Rutin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sejak seminggu dua ni, saya asyik makan nasik je masa tengahari. Kalau dulu saya jarang makan sebab biasanya pagi-pagi saya makan nasi lemak untuk kumpul tenaga. Kerja saya kan berat. Mungkin mood memasak tu datang kot. hehehe. Saya baru je lepas makan ni. Ni lah lauknya. Biasa-biasa saja. Yang pasti wajib ada cendawan. Ni masakan nak cepat sebab lepas ni saya nak pergi ke farm balik. Tadi saya dah siap bancuh 10 tong tapi belum sempat nak bagging.

Bila dah makan cendawan hari-hari ni macam rasa muak lak. Tapi boleh makan jugak. Kalau tak masak sayang membazir. Saya masak ni pun guna cendawan yang tak berapa cantik untuk dipek. Nak makan bukan tak boleh, tapi tak sedaplah orang tengok macam tak elok je rupanya. Mana diorang tahu yang cendawan tu bukannya rosak pun.

Ni rupa sup cendawan dari dekat...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tadi sebelum balik saya singgah kedai untuk beli satu lagi dapur 3 lingkar. Jadi sekarang saya ada 4 dapur. Saya juga ada belikan 'T' yang disambung pada tiub gas tu. Am kata leh jimatkan gas. Saya akan cuba hari ni. Hari ni saya akan kukus 4 tong serentak yang berisi lebih kurang 450 beg media. Sebelum pergi farm jap lagi, saya perlu singgah pejabat pos untuk poskan 2 pasang kain pada adik saya di Terengganu. Saya mintak dia jahitkan baju untuk saya konvo nanti. Saya tak pasti baju mana saya hendak pakai lagi. Satu saya mintak mak CD yang jahit. Bermakna semua ada 3 pasang baju. Tak pernah saya buat baju sebanyak ni. Saya sebenarnya hanya akan tempah baju bila waktu raya sahaja. Jadi ni bukan kebiasaan saya lah. Saya pun pelik kenapa la saya tiba-tiba rambang mata ni nak tempahbanya-banyak baju lak. Biarlah... sekali-sekala...

Ok, saya pegi dulu...

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi