Skip to main content

Nasi Goreng Cendawan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni la makanan saya sejak semalam... Maksud saya, semalam saya tak makan, terlupa (boleh ke jawab gitu). Saya cuma makan seketul kecik roti coklat sweetie tu. Pagi ni saya bangun dengan badan yang penat sebab tak makan, dan masak nasi goreng. Saya amik gambar setiap step saya buat nasi goreng ni. Tapi jap gi pas makan saya upload gambar k. Ni satu je untuk tatapan supaya ada orang akan terliur. hehehee.. Tak sedap pun sangat, tapi untuk orang lapar macam saya ni boleh la... :)

Kaya kan dengan cendawan? hehehe.. kat kedai takleh dapat ni... ;)

Tambahan gambar selepas selesai santapan... hehehe... Masa saya masak ni tadi hosmet saya balik ngan kawan dia. Pastu dok kat meja makan, makan nasi bungkus. Kawan dia pelik je, pekes la budak sorang ni sambil masak sambil ambil gambar. hehehe...


Ni bahan-bahannya... bawang putih, bawang merah (tapi saya guna bawang besar, boleh je), ikan bilis yang ditumbuk dan juga tidak ditumbuk, cili api, cendawan segar (sudah tentu!), dan juga nasik putih.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Tertinggal, telur...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tumis macam bese lah... bawang putih, bawang besar...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Then masukkan ikan bilis, cili...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lepas tu telur, kacau sampai rata...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Garam secukup rasa...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Nasi putih...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kicap pun boleh kalau suka...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Last sekali baru lah cendawan segar...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

SIAP!!!

Comments

Acaii Jawe said…
waaa, sedapnye wak nasik goreng cendawan tu...mmg best sgt byk cendawan camtu, peberet tu,hehehe..:) wak, nape sampai tak mkn camtu..takkan diet sampai camtu skali? org makan nasik lebih 4 kali sehari tak gemok2pun,hehheee

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi