Skip to main content

Patutkah...???

"S*** bleh tk lain kali ckp awl kalau tk bleh anta k.***, sng k.*** nk mntk tlong abng k.***"


Itu bunyi sms yang menyakitkan hati saya malam tadi. Sudah berapa kali dia macam ni. Saya kah yang patut membuat laporan padanya setiap kali saya tidak dapat hantarnya pergi kerja? Kerana kadang-kadang saya ada hal tidak dapat balik ke rumah. Selama ni tidak pernah sekali saya bersungut sejak saya menjadi penghantar dan pengambilnya pergi kerja selama sudah hampir 8 bulan bermula Januari lalu. Selama ni, kalau tidak dapat mengambil atau menghantarnya, saya dengan baik hati akan mengsms dia untuk memaklumkn hal tu. Tapi malam tadi saya hanya lambat sedikit memberitahunya. Dia pun biasanya bukan akan tanya saya. Tapi oleh sebab pagi ni dia hendak pergi awal ke tempat kerja dia terpaksa bertanya pada saya. Kalau tak, dia dengan selambanya menganggap saya ni akan menghantar dan mengambilnya setiap hari.

Seletih mana pun saya, kalau tiba-tiba dia telefon mintak saya mengambilnya hatta dari driving school pun saya akan pergi mengambilnya. Pernah juga saya jalankan kerja rutin saya tu tapi tiba-tiba dia suruh orang lain datang ambil dia. Patutkah? Kalau sudah tahu tak nak saya ambil, kenapa tidak maklumkan pada saya.

Kadang-kadang saya terlambat. Kadang-kadang juga saya tidak terjaga waktu pagi dan henfon saya mati kehabisan bateri. Tiba-tiba dia emo bila terpaksa menumpang penjual nasi lemak berhampiran untuk pulang ke rumah. Apa salahnya kalau dia simpan satu nombor telefon teksi, boleh dia hubungi bila keadaan terdesak. Tapi dia hanya cari jalan pintas. Saya sendiri ada motor. Dia bukan tidak boleh menunggang motor. Boleh saja dia gunakan motor saya ke tempat kerja. Tapi alasan dia, dia takut masa di bulatan.

Kalau lah hanya ada satu perkataan tambahan pada sms tersebut iaitu 'TOLONG' saya mungkin tidak semarah ini. Saya geram dengan manusia-manusia macam ni. Saya terpaksa mengatur hidup saya kerana orang lain yang tidak mahu berusaha untuk tolong diri sendiri. Kalau banyak kerja di farm, saya tetap akan balik sekejap untuk tolong hantar dan ambilnya dari tempat kerja. Kadang-kadang bila saya balik, tengok-tengok dia sudah pergi. Apa perasaan saya, tak pernah kah dia fikir? Kalau dia boleh suka-suka hati macam tu, lagilah saya boleh suka-suka hati tak maklumkan pada dia.

Kalau ikut rasa sakit hati, saya malas dah menolong dia. Tapi saya bukan jenis manusia begitu. Saya akan menolong selagi saya terdaya. Saya tahu dia tidak berkenderaan, bila dia meminta tolong, saya menurut saja. Tapi sejak saya jalankan projek cendawan ni, banyak masa saya di luar. Kadang-kadang saya terlalu banyak kerja. Dulu yer, saya di rumah sebab saya hanya kerja 2 hari seminggu. Saya tidak minta lebih-lebih. Kenapa dia tidak faham saya sendiri ada kerja. Saya sendiri tidak faham kenapa ada manusia macam dia ni. Selama ni saya ikhlas menolong, tapi dia sendiri tidak tahu berbudi bahasa. Ikut hati saya nak pindah dari rumah tu. Rumah anak makcik sebelah je dengan farm saya tu kosong. Haritu dia ada tanya saya samaada nak sewa di situ atau tak. Kalaulah saya ni ada kerja lain selain cendawan ni, memang dah lama saya pindah ke situ.

Satu lagi cerita, tadi saya terlanggar van masa jem kat MRR2 pagi tadi. On the way saya pergi jumpa CD untuk bagi kain untuk saya tempah baju konvo saya di Tesco Ampang. Nasib baik sikit je. Van tu pun tidak brhenti. Paniknya saya Ya Allah... memang tak boleh nak dibayangkan.

Ni muka saya marah....

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Untuk pelukis gambar ni... nsa sgt2115...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

Anonymous said…
Kesiannn heheh... memang tak patut... memang tak patut... Anyway awak sabar je le... don't take things to hard, marah sikit2 tu biasa le, jangan dalam2 sgt... biasa le manusia byk org byk ragamnya.. kang segala jasa ikhlas awak tu nanti jadi sia2 pulak tak dpt pahala... susah jugak idup ngan org ni, byk sgt songelnya, tapi takkan nak idup ngan cendawan je, cendawan pun byk gak songelnya hehehe... ok lah awak ni easily stressed kot, or you must have stressed out yourself too much ngan kerja2 kat farm agaknya... anyway, bykkan bersabar...

apaapajelah
Anonymous said…
apaaapaaje....
sebenarnya saya luahkan marah saya dengan menulis je... hehehe.. kejap je.. saya tak puas hati so saya nulis. Tadi mcm biasa saya amik dia balik kerja... Bialah dia tu... saya hanya tolong mana yang patut je... tapi satu lagi yang saya pelik kena dia ni kurang diberi ajaran kot... she never say thanks... mmg tak patut... saya bukan mintak duit minyak pun, kalau cakap tima kasih kan sejuk hati saya...
Anonymous said…
Not courteous enough to say thank you... tsk tsk tsk that's bad. Next time tell her "Do you mind saying tahnk you today?" hehehe mcm2 org dlm dunia ni...

apaapajelah
PakTani said…
Sabarlah.... Dalam dunia mmg ramai org mcm tu.... Apabila sudah kehilangan..barulah terasa kerugian...Bertani ni memerlukan kesabaran tahap tertinggi dalam semua aspek Fatisha..InsyaAllah.. satu hari nanti Fatisha akan berjaya mengawalnya...Elok jugalah diluahkan daripada disimpan... Cheer up ok?!

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi