Skip to main content

Pekerja Baru

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Petang semalam ada dua orang minah indonesia datang bekerja di farm saya. Terlupa saya ambil gambar diorg bekerja. Tapi hasilnya diorg dapat siapkan lebih kurang 200 beg bermula jam 2 hingga 6 petang. Cukuplah tu untuk semalam. Hari ni saya bercadang untuk buat 10 bancuhan yang juga bersamaan dengan 200 lebih beg. Mungkin kalau dah buat beg ni sampai malam saya di farm. Sebab beg semalam belum dikukus. Ada lebih kurang 200 lebih beg belum disuntik. Banyak juga kerja menanti saya harini. Tong dram beum dicuci lagi. Banyak beg yang belum sempat saya rehatkan. Ada yang sudah sebulan saya buka tapi belum rehat. Tak sempat...hehehe...

Bulan puasa ni insyaAllah saya akan ada pekerja tetap sebab minah indonesia tu nak bekerja. Diorg tak bekerja masa bulan puasa sebab kedai makan tempat diorg bekerja sekarang memang tak dibuka sepanjang bulan puasa. Tapi saya masih perluka seorang pekerja tetap juga nanti. Senang saya nak buat marketing dan juga lain-lain perkara. Kalau tak memang susah la sebab bila kadang-kadang saya perlu keluar, farm pasti tidak terjaga.

Oklah, sampai sini dulu. Saya nak ke farm. Salam...

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir