Skip to main content

Tak Cukup Kukus

Gara-gara tidak cukup kukus, saya terpaksa membuang lebih 200 beg hasil daripada kukusan 3 tong pada pagi lebih kurang sebulan yang lepas. Saya baru sahaja mengasingkan beg-beg tersebut dari rak minggu lepas. Rasa sedih sangat. Iyelah sebab melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dipandang ringan. Masa tu saya kukus 3 tong dram. Saya siap tidur kat farm sebab nak menunggu untuk padamkan gas. Tapi semua gas kebetulan habis serentak pada pagi tu. Masa tu lebih kurang jam 2 - 5 am. Satu tong gas habis kul 2. Masih ada lebih kurang 2-3 jam ia perlu dikukus. satu tong dram lagi pun terpadam sebelum sempat 6 jam dikukus. Ada satu tong tu sempat saya kukus sampai 6 jam. Jadi saya ambil tong gas tu dan gantikan pada tong dram yang kehabisan gas yang pertama tu. Tong yang satu lagi saya kira halal je lah walau tak kukus sampai 6 jam. Dengan harapan, boleh la tu kot. Saya cuma sambung kukus untuk satu tong dram sahaja. Saya bangun jam 6 untuk tutup, gas tu pun dah terpadam. Tak pasti pukul berapa. Jadi yang ni saya kira halal jugak. hehehe...

nampak tak 2 ruang kosong tu? itulah tempat letak yang tak cukup kukus tu, semua habis!!!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

proses pengasingan...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Beg-beg media yang rosak akibat tak cukup kukus saya asingkan pada suatu rak khas...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tapi secara teorinya mana boleh ganti-ganti begitu. Waktu kukusan sepatutnya dikekalkan secara berterusan. Sebabnya, wap itulah yang akan membunuh kuman-kuman pada beg media. Jadi tak boleh nak main sambung-sambung. Kalau memang pun dah kukus 3 jam, gas habis. Tak boleh tunggu dalam 2,3 jam lepas tu untuk sambung kukus. Kena kukus terus. Itulah yang terjadi pada saya waktu tu. Oleh kerana pagi-pagi buta, jadi saya ambil tindakan yang tidak lojik itu. Sekarang siapa rugi? Saya jugak... Lepas ni kena hati-hati. Pastikan kukusan tidak kurang dari 6 jam secara berterusan. Kalau dah kukus 6 jam, memang confirm cukup. Kurang jam boleh, tapi pandai-pandailah sendiri buat eksperimen.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Saja letak gambar kat atas ni. Ni koleksi tong dram saya yang terbaru. Ada 5 bijik. Sekarang kapasiti pengeluaran beg sehari sudah mencapai 500 beg. Jadi saya memang memerlukan banyak tong dram untuk proses pengukusan. Nak beli steamer yang harga RM4k tu belum mampu. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki saya nak beli steamer dan juga mixer yang jumlah harganya adalah RM10k. Ada sapa-sapa nak derma tak? hehehe...

Comments

Anonymous said…
Kagum saya tengok gambar-gambar cam botol-botol & drums tuh. Tak sangka, budak baru grad pun berani meniaga / bukak farm sendiri. I guess orang muda zaman skrg jenis berani-berani kot. Tahniah! Tabahkan semangat dan teruskan berusaha jadi usahawan wanita Islam yang berjaya.

SKB
fatisha said…
hai skb...
thanks yer... boleh saya tahu ni siapa? takdelah berani sangat.. tapi sebab dah tekad... lagipun nak tunggu makan gaji takde orang nak gajikan.. baik saya yang bagi orang makan gaji.. hehehe... jadi kena jadi bos lah.. :)
Anonymous said…
awak dah survey ke kat kedai2 besi yang boleh buatkan custom made punya steamer. Rasanya tak sampai 4k kalo kena gayanya. Bukan apa, kena kreatif sikit bab steamer ni, kalo nak dptkan yg sebijik sama mcm yg pertanian punya tu, memang kalah le kita... tapi awak ni pompuan kira susah jugak nak ke ekdai2 besi survey hehe,... awak ngejah le ngan mano2 saing... ok begheh.

apaapajelah
Anonymous said…
salah satu cara untuk memastikan yang bongkah di kukus secukup rasa dengan mengira tempoh pengukusan bermula dari penghasilan wap/stim dari tong drum.Sekiranya EM dicampur semasa penghasilan media, seelok-eloknya beri masa kepada kuman baik menjalankan tugasnya sebelum dikukus.

sekadar idea,
MFR

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir