Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2007

Lamanyerrrrrrrrrr..........

Lama betul tak update blog kesayangan saya ni. Maaf buat semua pembaca blog saya. Kakak saya pun dah bising-bising. Saya takde benda sangat nak bercerita sejak saya berniaga pasar ramadan ni. Biasanya lepas balik berniaga saya terus tidur. Letih! Esok lak saya bangun lambat sikit. Terus pergi farm siapkan barang untuk berniaga then ia berulang-ulang. Minggu ni masuk minggu ke3 berniaga. Biasalah dah akhir-akhir puasa ni, pendapatan tu makin berkurang. InsyaAllah mulai esok saya nak jual kuih raya lak Tapi belum call lagi kakak tu. Bagi yang datang melawat farm saya, memang tak terurus sikit. Saya pun segan nak bagi orang datang melawat. Beg yang rosak kat sana sini bersepah. Saya belum kumpulkan setempat sebab terlalu banyak. Sejak ramadan ni, saya cuma ada masa untuk asingkan beg yang rosak dari rak. Tapi belum semua lagi. Masih ada. Setakat ni yang saya dah asingkan mungkin sudah mencecah 1000 beg. Tapi tak semua saya buang begitu sahaja. Ada beg yang di makan hama separuh tu, saya b

Enam Ramadan Yang Muram

Hari ni jualan saya agak menurun... dan terlalu merudum! hehehe... tapi masih boleh tersenyum sebab hari ni saya mencuba. Saya mencapai tahap keboringan yang teramat sangat harini sampai saya dapat round pasar tu sebanyak 3 kali! Sepatutnya hari selasa dan sabtu saya tak berniaga kerana saya tiada tapak yang tetap. Kerana pada hari tersebut ada pasar malam, so saya tidak boleh berniaga di atas tapak tersebut. Jadi... saya cuba la berniaga bawah pokok depan flat tempat kakak yang cadangkan saya berniaga tu. Dan akhirnya ia bagi saya pengajaran... its ok la... Lain kali, hari sabtu dan selasa saya jadikan hari saya mengurus bangsal je. Hari-hari sebelum ni jualan memang memuaskan lah. Yang paling best hari ahad lepas. Memang dasat lah! Nak-nak sebab orang yang menolong saya hari tu pandai... hehehe... Jualan saya hari tu memang lebih dari hari pertama. Tapi cendawan yang digoreng kurang dari 9kg! Camner tu... Tu maknanya dia letak elok-elok la. Macam saya ni pemurah sikit letak banyak. C

Hari Pertama

Alhamdulillah... Syukur saya panjatkan pada Rab Yang Maha Esa kerana sambutan yang saya terima hari ni. Walau tak lah banyak mana jualannya iaitu hanya lebih kurang 9kg, tapi cukuplah tu sebab bila ia sudah digoreng harganya meningkat sehingga 3 kali ganda dari cendawan mentah. Tu kalau cendawan beli tau. Kalau tanam sendiri mungkin juga dari kos cendawan tu, kalau jual boleh sampai ke 5 kali ganda. Jadi semua orang ada kalkulator kan... kira lah berapa saya dapat hasil jualan rini... hehehe... Tak banyak sangat tapi cukuplah untuk orang yang maintanence rendah macam saya ni... hahaha... Hampir separuh dari cendawan yang dijual adalah hasil dari farm saya sendiri. Dan selebihnya saya membelinya dari pembekal cendawan yang lain. Gerai saya agak terbelakang. Ramai yang lalu lalang betul-betul yang berdekatan dengan Shell. Tapi gerai saya berhampiran dengan Maybank dan betul-betul di hadapan Ambank. Jadi kurang la sikit kalau orang malas berjalan tu. Kalau memang orang kaki pusing pasar 2

Bazar & Cendawan

Saya mulakan dengan huruf B so BAZAAR... Malam tadi saya ke balai raya di Seksyen 16 atau Fasa 1 untuk uruskan tentang tu. Alhamdulillah segalanya setel. Tapak gerai cendawan goreng saya di depan Ambank. Jadi silalah singgah sekiranya berkunjung ke sana. Menu saya adalah cendawan goreng dengan tepung ranggup serunding dan juga tepung berempah dari Batu Pahat. Itu sahaja dalam pemikiran sekarang yang saya boleh buat untuk esok. Hari lain mungkin ada lagi tapi saya dah tak sempat nak fikir lagi. Ada housemate dah menawarkan diri untuk buat cream of mushroom. Tapi hujung minggu sahaja la. tengok dulu cane nanti sebab hari sabtu mungkin ada malasah sikit nak cari tempat berniaga sebab itu tapak pasar malam. Hari lain memang dah ada tapak depan Ambank tu. Ni la tempat urusan malam tadi... Tuan Haji tengah sibuk buat resit tu... Kakak tudung hijau tu jiran saya masa berniaga nanti. Dia jual otak2. Ayah dia nma Yusof gak, tuan haji ingat kitaorang adik beradik. Kakak yang tengah garu kepala

Tungguuuuuuu...........

Semalam sewaktu saya menghantar cempedak ke gerai seorang kakak di Seksyen 16, saya saja-saja bertanya di mana dia berniaga bulan puasa ni. Dia cakap dia berniaga di tapak pasar malam dekat Shell tu lah. Lepas dia tanya saya, nak tapak ke? Saya tanya lah ada lagi ke? Dia jawab ada. Terus dia call orang yang menjaga urusan tempahan tapak dan memang ada kosong lagi dan dia terus menempah untuk saya. Alhamdulillah syukur rasanya. Tak perlu saya membayar mahal-mahal untuk tapak di dalam UKM yang belum pasti pulangannya. Hari selasa ni saya akan mendapat pengesahan tapak mana yang saya perolehi. Tetapi sebelum tu saya perlu lakukan beberapa urusan untuk proses mendapat tapak tu. Jadi tungguuuuuuuuuuuu..... insyaAllah saya akan berniaga cendawan goreng crispy kat sana. Kalau ada masalah dengan tapak tu pilihan saya yang lain hanyalah di UKM sahaja. Sedapnya... ni bukan sup cendawan.. sekadar gambar hiasan... heheheh... Semasa menghantar cendawan dan tepung goreng berempah untuk cendawan yang

Bazaar Ramadan

Saya sekarang tengah menghitung-hitung untuk membuka gerai kat bazaar ramadan di dalam UKM di atas tapak pesta konvokesyen yang saya plan untuk membuka gerai dulu tapi tak jadi. Sewanya agak mahal dan saya memkirkan tentang pulangannya itu bakal menguntungkan atau tidak. Tapi itulah peluang saya berniaga kan? Ada tapak dengan sewa RM400 tapi tanpa bumbung dan elektrik. Kalau berbumbung, RM1000 selama 3 minggu. Saya tak pasti lagi nak ambil yang mana satu. Apa yang nak dijual selain cendawan goreng pun belum difikirkan lagi. Tapak seluas 20 x 10... agak besar juga. Saya mungkin akan menggunakan tepung goreng Serunding teman forumer dari Bicara Jutawan sebab rasanya memang sedap sekali. Dua hari lepas saya berpeluang berkunjung ke gerainya untuk membeli tepung tersebut. Sebelum ni saya hanya menunggu tepung dari Am Pontian yang akan berkunjung ke farm saya sabtu ni. Tapi kawan saya dari Melaka memerlukan tepung tersebut lebih awal untuk dijual pada pesta konvokesyen kolejnya. Jadi bila

Sepanjang Minggu...

Maaf lama tak update. Kakak saya sms tanya tadi, jadi saya cepat2 on laptop nak update. Bukan sebab takde masa langsung, tapi terlalu banyak benda saya nak cakap saya tak terupdate. hehehe... sori ye kak... Masuk bulan september ni saya nak start pengeluaran untuk beg yang saya buat sepanjang bulan 6 dan 7 dulu. Walau banyak yang rosak iaitu hanpir separuh tapi takpelah saya mulakan dengan mana yang ada dulu. Sekiranya permintaan tak mencukupi saya akan ambil daripada pengusaha yang lain. Lubang tu dah ada. Hujung minggu lepas ialah hasil terbanyak yang pernah saya dapat sejak beberapa minggu yang lepas. Dah berapa minggu saya tak buka beg dengan banyak sekaligus. Saya dalam proses mengasingkan beg-beg yang rosak. Jadi pengeluaran tu saya bekukan dahulu. Untuk menampung permintaan, saya membelinya dari pengusaha lain. Saya buka lebih kurang 300 beg minggu lepas dan hasil yang saya dapat hampir 10kg. Tak semua beg mengeluarkan hasil. Secara teorinya saya boleh mendapat hasil 15kg iaitu