Skip to main content

Enam Ramadan Yang Muram

Hari ni jualan saya agak menurun... dan terlalu merudum! hehehe... tapi masih boleh tersenyum sebab hari ni saya mencuba. Saya mencapai tahap keboringan yang teramat sangat harini sampai saya dapat round pasar tu sebanyak 3 kali! Sepatutnya hari selasa dan sabtu saya tak berniaga kerana saya tiada tapak yang tetap. Kerana pada hari tersebut ada pasar malam, so saya tidak boleh berniaga di atas tapak tersebut. Jadi... saya cuba la berniaga bawah pokok depan flat tempat kakak yang cadangkan saya berniaga tu. Dan akhirnya ia bagi saya pengajaran... its ok la... Lain kali, hari sabtu dan selasa saya jadikan hari saya mengurus bangsal je.

Hari-hari sebelum ni jualan memang memuaskan lah. Yang paling best hari ahad lepas. Memang dasat lah! Nak-nak sebab orang yang menolong saya hari tu pandai... hehehe... Jualan saya hari tu memang lebih dari hari pertama. Tapi cendawan yang digoreng kurang dari 9kg! Camner tu... Tu maknanya dia letak elok-elok la. Macam saya ni pemurah sikit letak banyak. Cendawan yang digoreng pada hari ahad memang kurang dari 8kg. Mungkin 7kg pun tak habis rasanya. Tapi jualannya dapat berganda-ganda dari harga cendawan mentah. Memang hari tu agak seronok. Nasib baik hari tu berniaga 3 orang. Saya mengoreng, Aripin membancuh dan kawan saya yang sorang tu, Pink melayan pelanggan. Thanks yer buat awak yang datang jauh-jauh dari Melaka sebab nak menolong saya. Sambil-sambil tu dia bawak jugak order cendawan fresh nak bawak balik kolej.

Jualan semalam juga kurang dari hari-hari sebelum ni. Jadi banyak jugak cendawan yang terpaksa dibawa balik. Hopefully jualan hari esok lebih baik dari hari-hari sebelum ni lah. Tapi saya belum mendapat sentuhan yang sebenar dalam membancuh tepung ni untuk jadi ranggup. Kadang-kadang jadi. Kadang-kadang tu tak. Aripin ni lah punya kerja. Buat tak konsisten. Tapi ada suatu yang saya pelajari. Kalau nak best dan ranggup, bila bancuh terus goreng. Jangan simpan cendawan yang dah dibancuh lama-lama. Nanti ia akan berair dan buat tepung tu jadi basah balik. Sebaiknya goreng semasa cendawan tu masih relai satu-satu. Kalau biar lama-lama ia akan basah dan melekat antara satu sama lain. Tapi hari ahad lepas, saya ada mengoreng menggunakan tepung campuran Serunding dengan tepung berempah dari Batu Pahat. Dan hasilnya memang best! Ranggup sangat sampai waktu berbuka walau dah lama digoreng. Saya dah cuba buat balik harini tapi tak dapat pulak sama macam tu. Nampaknya kena cuba banyak-banyak kali lagi.


Seronoknya mengoreng... :) ingat eh... gerai saya depan ambank!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aripin pun lebih-lebih plak... dok tayang cendawan yang dicucuk...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

my customer, aripin n my fren from melaka, Pink...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sempat jugak dia bergaya.. heheheh...aripin cakap semalam, Pink takde customer pun takde... hehehe.. dia ni daya penarik kot... :) hehehe...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sibuk layan customer tu.. sian lak dia... cendawan goreng... cendawan goreng.. sore kua tak tu??? jangan silap pulangkan duit baki lagi eh.. :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dok jauh, so kena la hantar balik... jumpa lagi nanti.. all da best for your study k. Take care pink!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

some1 said…
hukhukhuk..
this is really2...SHOCK!!
anyway..thanx 2 u vry2 much..
mga ptemuan yg DIA aturkn, akn mbuahkn hasil yg baik tok slamanya.
insyallah berkat doa & restNya..
luv n miz u much..
"pcya pd hati,..ikhls dr sanubari.."
newrin said…
cuba try letak ais dlm bancuhan tepung, sebab slalu utk kasi benda ranggup, ada chef2 yang mix kan tepung dgn ais..sebab bila sejuk, masuk ke dlm minyak yg panas akan jd sgt ranggup..

just my two cents
dol said…
Why don't u cuba buah cucur udang + cendawan. Sedap. Saya dah cuba last weekend. Kalau nak sedap lagi tambah skit lada putih dalam tepung..
Anonymous said…
Nak tambah lagi satu, wife saya buat cendawan goreng tepung hanya guna tepung biasa sahaja, tapi dicampur dengan telor + sedikit lada hitam + lada putih. Sedap dan ranggup....

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir




PROMOSI BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda permintaan cendawan meningkat 100% sewaktu bulan puasa???

Inilah peluang mencari duit raya dengan menjual cendawan kukur @ kulat sisir. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang menggamit nostalgia masa kecil di kampung dan sungguh menyelerakan.

Dengan harga promosi terendah di pasaran. Sila whatsap untuk mendapatkan harga promosi ini.

0126221149

0126962114