Skip to main content

Hari Pertama

Alhamdulillah... Syukur saya panjatkan pada Rab Yang Maha Esa kerana sambutan yang saya terima hari ni. Walau tak lah banyak mana jualannya iaitu hanya lebih kurang 9kg, tapi cukuplah tu sebab bila ia sudah digoreng harganya meningkat sehingga 3 kali ganda dari cendawan mentah. Tu kalau cendawan beli tau. Kalau tanam sendiri mungkin juga dari kos cendawan tu, kalau jual boleh sampai ke 5 kali ganda. Jadi semua orang ada kalkulator kan... kira lah berapa saya dapat hasil jualan rini... hehehe... Tak banyak sangat tapi cukuplah untuk orang yang maintanence rendah macam saya ni... hahaha...

Hampir separuh dari cendawan yang dijual adalah hasil dari farm saya sendiri. Dan selebihnya saya membelinya dari pembekal cendawan yang lain. Gerai saya agak terbelakang. Ramai yang lalu lalang betul-betul yang berdekatan dengan Shell. Tapi gerai saya berhampiran dengan Maybank dan betul-betul di hadapan Ambank. Jadi kurang la sikit kalau orang malas berjalan tu. Kalau memang orang kaki pusing pasar 2,3 round macam saya dulu-dulu kalau ke pasar ramadan, memang akan jumpa la gerai saya tu. Mungkin sekiranya dapat lokasi yang lebih strategik, saya boleh jual lebih 10kg.

Kakak yang tolong saya singgah ke gerai sebaik je orang sudah berbuka puasa. Saja datang tengok macam mana sambutan cendawan goreng saya. Dia juga ada bagitahu, dekat gerai dia ada tapak kosong. Kalau nak boleh cuba mintak. Mungkin saya akan cuba tanya esok. Gerai kakak tu memang kat bahagian depan yang ramai orang. Bagus jugak saya cuba beralih ke sana. Tapi tengok lah dulu sebab saya pun suka tempat sekarang.

Letih juga tadi berniaga sebab saya yang jaga gerai dan mengoreng. Aripin hanya bancuh sahaja. Sepanjang meniaga dari jam 2 lebih hingga 7 lebih tu saya tidak duduk pun. Berdiri je... memang tak sempat duduk pun... Letih sangat! Tapi bila tiba time berbuka, dapat minum air, makan cendawan goreng, saya dah kenyang. dan itu sahajalah menu berbuka saya hari ni.

Selain dari jual cendawan goreng, saya juga menjual tepung sekali. Dan saya akan jual kuih raya juga. Tapi meja dah cukup penuh dengan barang-barang tu je. Tengok keadaan lah. Ada rezeki saya tambah menu. Harini saya jual cendawan goreng yang dah diracik yang dijual dalam cup dan bekas polystrene tu dan juga yang dicucuk pada lidi. Ramai yang suka beli yang dalam polystrene la. Tak sangak plak saya. Sebab Aripin cakap dia target ramai yang beli yang kat lidi tu. Tapi sangkaannya meleset sebab saya jual yang dicucuk tak lebih pun 50.

Esok saya harap sambutan akan sebaik harini dan seboleh-bolehnya hendak lagi lebih baik dari hari ni. Saya target untuk jual 10kg sehari tapi tak sampai. Mungkin selepas ni saya dapat capai target tu. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan permudahkan urusan saya. InsyaAllah....

Persiapan untuk berniaga...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Saya ngan aripin tengah cucuk cendawan kat farm ni... siap awal-awal...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aripin ada gak masa nak duduk-duduk sambil dia racik cendawan... saya memang tak duduk langsung... salah satu sebab lupa beli kerusi... hehehe...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni la gerai saya... simple je... saya banyak dapat idea dari gerai serunding... thanks ter serunding, kalau sama tu kira halal la yer... hehehe... memang copy dari gerai dia pun...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Menarik tak? hehehe... Jangan lupa yer singgah, gerai cendawan Fatisha Agro Farm... No 443.... dengan menunya Cendawan Goreng Special... Rangup & Berempah!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

Anonymous said…
Teruskan usaha, pasti anda berjaya, Insyaallah..

cendawanglobal
fatisha said…
thanks yer!
nafnaf said…
congrats . saya selalu jenguk blog ni,seronok tgk perkembangan dari stat buat bangsal ke jual cendawan. keep up the work, insya allah akan lebih berjaya =)

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir