Skip to main content

Lamanyerrrrrrrrrr..........

Lama betul tak update blog kesayangan saya ni. Maaf buat semua pembaca blog saya. Kakak saya pun dah bising-bising. Saya takde benda sangat nak bercerita sejak saya berniaga pasar ramadan ni. Biasanya lepas balik berniaga saya terus tidur. Letih! Esok lak saya bangun lambat sikit. Terus pergi farm siapkan barang untuk berniaga then ia berulang-ulang.

Minggu ni masuk minggu ke3 berniaga. Biasalah dah akhir-akhir puasa ni, pendapatan tu makin berkurang. InsyaAllah mulai esok saya nak jual kuih raya lak Tapi belum call lagi kakak tu. Bagi yang datang melawat farm saya, memang tak terurus sikit. Saya pun segan nak bagi orang datang melawat. Beg yang rosak kat sana sini bersepah. Saya belum kumpulkan setempat sebab terlalu banyak. Sejak ramadan ni, saya cuma ada masa untuk asingkan beg yang rosak dari rak. Tapi belum semua lagi. Masih ada. Setakat ni yang saya dah asingkan mungkin sudah mencecah 1000 beg. Tapi tak semua saya buang begitu sahaja. Ada beg yang di makan hama separuh tu, saya buka plastik dari belakang dan hasilnya memang keluar. Banyak. Gambar tak ambil2 jugak. Saya ambil esok. Betul ni. Nanti saya masukkan. So boleh dijadikan panduan kat semua orang. Jangan terus buang beg tu. Koyakkan plastik tu dari belakang.

Jumaat lepas saya dapat ramai pembantu. hehehe... Anga, Jidah datang membantu saya. jadi diorang la yang duduk di gerai dan saya lak mengoreng dan tukang ambil gambar. Saya pun dah dapat anggaran yang hampir tepat pendapatan bagi sekilo cendawan yang digoreng. Lebih kurang RM30 bagi 1 kg cendawan. Tepung yang diperlukan bagi 3kg cendawan lebih kurang 1kg lebih. Sekarang ni saya mengoreng guna resepi lain lak. Masih gunakan tepung berempah batu Pahat dan juga tepung rangup serunding, tapi adalah teknik2nya tu. Kalau nak tahu nanti tanya lah. hehehe...

Saya sedang mencari pembeli beg-beg media cendawan yang hampir boleh dituai. Tunggu tak sampai sebulan dah boleh buka. Kalau ada yang berminat boleh hubungi saya. Saya perlu menjual secepat yang mungkin sebab saya nak gunakan hasil jualan tu untuk kos operasi bulan depan. Seboleh-bolehnya sebelum raya. Kalau nak selepas raya pun boleh.

Malam esok saya janji saya update lagi. Saya masukkan pic-pic dari bangsal cendawan saya tu. Terima kasih ya.

Anga n Jidah.... thanks a lot 4 helping me...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Anga n Aripin tengah layan customer.... Anga tu beg pun tak sempat tanggalkan lagi...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Cukup ke duit tu Anga...?
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi