Skip to main content

Tungguuuuuuu...........

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Semalam sewaktu saya menghantar cempedak ke gerai seorang kakak di Seksyen 16, saya saja-saja bertanya di mana dia berniaga bulan puasa ni. Dia cakap dia berniaga di tapak pasar malam dekat Shell tu lah. Lepas dia tanya saya, nak tapak ke? Saya tanya lah ada lagi ke? Dia jawab ada. Terus dia call orang yang menjaga urusan tempahan tapak dan memang ada kosong lagi dan dia terus menempah untuk saya. Alhamdulillah syukur rasanya. Tak perlu saya membayar mahal-mahal untuk tapak di dalam UKM yang belum pasti pulangannya. Hari selasa ni saya akan mendapat pengesahan tapak mana yang saya perolehi. Tetapi sebelum tu saya perlu lakukan beberapa urusan untuk proses mendapat tapak tu. Jadi tungguuuuuuuuuuuu..... insyaAllah saya akan berniaga cendawan goreng crispy kat sana. Kalau ada masalah dengan tapak tu pilihan saya yang lain hanyalah di UKM sahaja.

Sedapnya... ni bukan sup cendawan.. sekadar gambar hiasan... heheheh...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Semasa menghantar cendawan dan tepung goreng berempah untuk cendawan yang Am bawa sabtu lepas ke satu restoran milik kawan saya di Seksyen 15(terima kasih banyak-banyak pada Am yang susah-susah belikan untuk saya), saya sempat juga bersembang dengan pemilik restoran tersebut tentang apa yang saya hendak jual di tapak bazar ramadan tu. Sambil tu saya makan sup cendawan dengan kuah soto yang kebetulan memang ada di situ. Restoran orang Johor mesti ada menu ni. Rasanya memang sebijik dengan sup cendawan yang kitaorang bedal semasa lawatan geng-geng forum Bicara Jutawan ke ladang cendawan milik En Azmi di Kempas akhir bulan 5 yang lalu. Suami isteri pemilik restoran tersebut pun sudah teruja untuk membuat menu cendawan gorang dan sup cendawan di restorannya. Harapnya ia menjadi kenyataan lah. Dan saya bagitahu mereka yang saya ingin belajar buat kuah soto tu. Sebab saya nak berniaga bulan puasa ni. Kakak tu bagitahu dia boleh buatkan. Ada masa lagi nak bincang. Kalau tapak tu dah di sahkan saya akan buat follow up dengan kakak tu pasal sup cendawan ni. Mungkin lepas puasa pulak diorang akan buat ia sebagai menu baru di restoran mereka. Hari ni jika ada peluang saya akan ambil gambar sup tersebut untuk diletakkan di sini. Sebenarnya menu yang paling saya suka di restoran ni adalah mee bandung muar. Memang pure rasanya sebab pemiliknya memang orang muar. Cubalah kalau teringin rasa kesedapannya. Restoran Labaian Maharani Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni saja letak, cempedak goreng. Tak menarik sangat rupanya sebab saya goreng tak pandai. heheheh... kalau terliur boleh datang ke farm saya. Saya ada stok yang banyak. Ni buah yang terakhir. Musim dah bis... saya tengah tunggu komisyen saya. Kalau dia tak bagi 3,4 ratus memang saya hentak la kepala abang tu sebab dan riban-riban masuk poket dia seja saya tolong dia jual cempedak ni... hehehe...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kecederaan lagi? Biasalah tu. Dah nak sangat jadi mak tani walau ada ijazah sarjana kimia. hehehe... Saya rehatkan lebih kurang 600 beg dua hari lepas. Tangan saya melecet sebab saya rehatkan beg tersebut dengan mengikatnya menggunakan tali rafia. Jadi inilah hasilnya. Adoiii... sakitnya memang Tuhan saja yang tahu... Tapi saya ni gamble aja... kejap je sakit pastu buat dek dah la.. :)

Mungkin bulan puasa ni saya sudah boleh menjual cendawan hasil tangan sendiri. Sejak jumaat lepas, saya membuka beg sebanyak 69x3=207 setiap hari. Dan ia akan berterusan selama 15 hari. Jadi untuk pusingan pertama ni saya akan buka 3105 beg. Data pengeluaran sehari akan saya update kemudian. Mungkin hasil tidak sebanyak teori iaitu 207x0.05gram = 10.35kg sehari kerana banyak beg yang nampak seperti akan rosak tapi saya buka juga. Saja buat eksperimen melihat hasil yang bakal diperolehi. Betullah kata beberapa orang yang memberi komen di blog saya ni. Beg yang diserang hama masih mengeluarkan hasil. Saya ada memotong bahagian yang diserang hama dan saya biarkan bahagian yang tak serang untuk melihat sekranya ia masih dapat mengeluarkan cendawan. Dan nampaknya memang boleh. Saya tak ambil gambar lagi sebab saya lupa bawa digicam semalam. Nanti saya masukkan pic tu. Memang menarik!

Itu saja untuk saya harini. Doakan untuk saya yea. Pasal tapak bazar tu lah. Harap sangat dapat sebab saya nak tengok pasaran cendawan goreng di Bangi. Terima kasih....

Comments

Anonymous said…
ai..ciannyer luka kt tgn 2.nx tme pkai la sarung tgn..tgn nk pkai lama..hehe..spu ler ubt k.
cedapnyer mkn mee bandong 2..cm knal jer sapa punyer mee 2 + air tembikai laici + air mangga.hehe
oOopss..cm knal jerk tpak tgn 2.
tgn basah coz pgg bekas air kelapa.
hope ur dream will come true..
majulah mushrOm tok Fatisha..
mizz u...
Acaii Jawe said…
slm wak,waaa, nnti kalau niaga kat seksyen 16 tu bagitau ek..lagipun slalu mkn kat situ,ceewahhh...bleh dapat diskaun tak kalau beli nnti,hehe..emm ,kat dlm ukm tu mmg diaorg takde bazaaar ramadhan wak:)

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi