Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2007

Bussines Proposal/ Rancangan Perniagaan

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan apa yang saya nyatakan di atas, sila sms pada saya di talian 0126221149. Kalau dulu saya bagi free, tapi sekarang ni saya kenakan bayaran kerana ia sebenarnya perkara yang berharga. Semua benda memerlukan duit sekarang, jadi inilah masa yang paling sesuai. Jadi sila sms saya yer. Bagi yang nak hantar emel, jangan emel ke fathiah_amsyar@yahoo.com. sebab saya lupa passwordnya. :)

Selamat Hari Raya

Lama tak masuk blog saya ni... Ada sebab sebenarnya... Selamat hari raya buat semua pembaca blog saya.. Terima kasih sebab masih singgah sini walau lama saya tak update... Oleh kerana semua benda memerlukan duit atau wang sekarang, jadi saya sepatutnya menggunakan kelebihan ilmu yang ada pada saya untuk menjanakan pendapatan darinya memandangkan cendawan saya agak bermasalah kerana kira-kira 4 ribu beg telah rosak akibat keadaan persekitan yang tidak sesuai. Dengan pembakaran terbuka yang tuan tanah lakukan walaupun saya telah memberitahunya berkali-kali bahawa cendawan sensitif kepadanya. Begitu juga dengan masalah hama. Jadi mulai selepas raya ni, sesuatu perlu saya lakukan untuk meneruskan kesinambungan FAF untuk bulan-bulan yang mendatang. Untuk itu, post seterusnya akan menyatakan projek saya seterusnya. Selamat Hari Raya buat semua!!!!!!!!

Cerita di FAF

Hari ni saya bangun awal. Semata nak buat suatu perubahan pada farm saya... yang penting pada diri saya juga. Farm agak tidak terurus kebelakangan ni sejak saya berniaga. tak sempat nak buat sesuatu kat farm. Hari ni saya bangun awal, pergi buat kerja kat farm. Asingkan beg rosak. Letak pada satu rak yang lain. Lepas tu korek beg untuk dapatkan tuaian. 8hb ni saya dapat tempahan 20kg. Saya harap dapat jual melalui hasil farm saya sendiri. Baru malam tadi saya iklankan saya nak jual beg, alhamdulillah hari ni saya dapat jugak jual. Kakak yang nak 20kg tu nak beli 1000 beg. 8hb ni jugak dia ambil. Sebenarnya dah lama kakak tu nak beli. Sebelum saya start buat bangsal lagi. Tapi saya ni ada tabiat suka menangguh. Yelah duit banyak lagi masa tu. Sekarang bila modal sudah habis, barulah saya teringat kat kakak tu. Saya memang rancang nak call dia lepas balik farm tadi. Masuk je kereta, saya cek dulu sms kat henfon. Kakak tu sms! Saya tunggu sampai rumah then saya call dia. Dan itulah urusan