Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Monday, October 1, 2007

Cerita di FAF

Hari ni saya bangun awal. Semata nak buat suatu perubahan pada farm saya... yang penting pada diri saya juga. Farm agak tidak terurus kebelakangan ni sejak saya berniaga. tak sempat nak buat sesuatu kat farm. Hari ni saya bangun awal, pergi buat kerja kat farm. Asingkan beg rosak. Letak pada satu rak yang lain. Lepas tu korek beg untuk dapatkan tuaian. 8hb ni saya dapat tempahan 20kg. Saya harap dapat jual melalui hasil farm saya sendiri. Baru malam tadi saya iklankan saya nak jual beg, alhamdulillah hari ni saya dapat jugak jual. Kakak yang nak 20kg tu nak beli 1000 beg. 8hb ni jugak dia ambil.

Sebenarnya dah lama kakak tu nak beli. Sebelum saya start buat bangsal lagi. Tapi saya ni ada tabiat suka menangguh. Yelah duit banyak lagi masa tu. Sekarang bila modal sudah habis, barulah saya teringat kat kakak tu. Saya memang rancang nak call dia lepas balik farm tadi. Masuk je kereta, saya cek dulu sms kat henfon. Kakak tu sms! Saya tunggu sampai rumah then saya call dia. Dan itulah urusan yang berjaya saya dapat harini. 8hb ni 20kg cendawan dipek 200gram dan 1000 beg cendawan. Alhamdulillah... orang kata ni rezeki yang tak disangka-sangka. Rezeki sebelum raya. Tapi ni duit untuk farm saya. Rasanya ni raya paling sengkek buat saya kot. Sebab bulan 9 saya takde gaji lah... hehehe...

Orang fikir buat cendawan ni mudah... semua senang... Tapi sekarang baru saya rasa sendiri. Susahnya!!!! Mungkin sebelum ni apa yang saya selalu tulis di sini hanya cerita tentang gembira-gembira sahaja. Tapi siapa tahu, dah banyak airmata ni mengalir... Saya sorang-sorang kat sini... Merantau... tanpa saudara... dah la sejak kebelakangan ni saya ada masalah dengan tuan tanah... pening saya fikir. Kadang-kadang tu rasa macam nak pindah je. Tapi saya kuatkan hati ni.

Satu lagi yang orang tak tahu, minggu lepas saya eksiden. Biasanya saya selalu bernasib baik tapi kalini nasib baik tu tak menyebelahi saya lagi... Tapi saya tak bagitahu kat sorang pun ahli keluarga saya kecuali pada sesorang yang tolong pinjamkan saya duit untuk bayar ganti rugi pada kereta yang saya langgar tu. Mula-mula saya nak claim insuran, tapi mak budak yang saya langgar tu telefon saya marah-marah. Kata saya nak lari lah... Apa boleh saya cakap lagi... Terpaksalah ganti. Saya eksiden pun sebab nak pergi ke farm ada orang menunggu saya untuk beli beg. Kalau tak mungkin saya tak bangun lagi tidur waktu tu. Dan saya juga eksiden kerana sedang membalas sms sesorang tentang urusan bisnes cendawan juga. Tapi orang kata benda dah nak jadikan kan... Takkan nak salahkan benda lain plak. Inilah dugaan yang saya hadapi sorang-sorang kat sini. Kalau tengok kereta saya, memang boleh tahu saya eksiden. Sebab saya tak sempat nak baiki banyak-banyak lagi sebab saya perlu guna kerana untuk berniaga. Dan satu sebab lagi bajet kurang. Nasib baik saya eksiden hari selasa. Hari saya cuti. Kereta sempat masuk bengkel satu hari je. Esok terus saya guna untuk berniaga. Masa saya pergi berniaga tu pun plat kereta depan masih tak pasang lagi sebab bengkel tu tak sempat nak kerjakan kereta tu habis-habis sebab saya nak cepat. Gril depan pecah tak ganti, lampu sisi, cat pecah sebab bekas ketuk. Takde seribu dua, memang macam tu jelah kereta saya sampai bila-bila.

Orang tengok saya buat bisnes macam-macam. Jual cempedak, berniaga pasar ramadan, jual kuih raya, jual tepung, ni yang terbaru saya jual sos kuih udang Alor Gajah. Kalau ada siapa nak beli boleh order. Sedap cicah dengan cendawan goreng. Tapi saya buat semua tu untuk tampung hidup. Duit komisyen cempedak tu macam indah khabar dari rupa. Saya ni pun satu lagi.. bengap kot.. tak mintak terus... Sekarang baru tahu... Komisyen tu tak terbayar sampai sekarang. masa saya terbuang.. tenaga... macam tu je... Orang mungkin boleh ambil kesempatan sebab fikir saya ni mudah digula-gulakan... Tapi tengoklah lain kali... jangan harap lah!

Saya baru bermula tak sampai pun setengah tahun. Nak merangkak pun belum kalau diibaratkan bayi. Orang fikir saya kuat semangat, bangga, kagum dengan saya... tapi bagi saya tu belum... Masih jauh lagi... Semangat saya tu memang kuat, kalau tak saya tak sampai ke tahap ni. Tapi kadang-kadang tu ia ada masa jatuh. dan saya cuba bangkit. Selalunya kan, bila saya pergi interview, kalau di tanya tentang diri saya, saya selalu jawab, i love to work under presure... hahaha... sebab tu lah saya... Bila saya tertekan, terdesak, saya sanggup buat apa sahaja untuk keluar dari masalah. Kadang-kadang ia bagus, tapi ia juga menunjukkan saya ni suka bersenang lelang bila saya tahu saya selesa... Tapi bila tiba keadaan yang buat saya tertekan, barulah saya buat kerja laju-laju. Tapi bukan selalu lah begitu. Kadang-kadang... bukan banyakkkkk.... macam cerite p.ramlee nujum pak belalang tu.... hehehe....

Entri kali ni banyak cerita sedih. Sebab saya nak bercerita tentang kehidupan sebenar seorang penanam cendawan sepenuh masa macam saya. Hidup cari makan di tempat orang. Orang suruh balik kampung buat kat Terengganu, saya degil nak buat kat Selangor ni. Sekarang biar lah saya tanggung sendiri. Dan itulah risiko yang saya perlu hadapi sebab inilah pilihan hidup saya. Ada ijazah sarjana muda teknologi kimia, ada ijazah sarjana sains kimia, tapi saya nak jadi penanam cendawan... jadi kenalah saya terima pe saja kerana ini lah yang telah saya tetapkan sejak dulu... Saya dah habiskan puluh-puluh ribu duit kakak... Duit ayah pun dah dekat sepuluh ribu jugak... Ramai yang simpan harapan pada saya... Kakak ayah, sahabat-sahabat saya, kawan-kawan... Saya kena teruskan jugak... Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri saya jugak... Dan saya tak kan pandang ke belakang lagi... Moga Allah permudahkan kerja saya...

Terima kasih buat sahabat yang sentiasa bersama saya... walau dari jauh... sampai tak makan risaukan saya... maafkan saya sebab tak pernah faham...

Rasanya sampai sini dulu. Nanti tulis banyak-banyakkan, saya nangis lagi... Cukuplah... Doakan untuk saya yer... Terima kasih....


Ni beg cendawan rosak... Jumlahnya dalam 1000... yang dalam bangsal banyak lagi...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Cap yang tak tercuci.... tak sempat....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni beg cendawan yang di makan hama. Kat belakang masih keluarkan hasil... Tapi bila terlalu banyak keluar, ia jadi kecik-kecik. Jadi saya cadangkan pecahkan sikit je plastik kat belakang tu. Buat lubang je sikit. Saya pernah buat dulu. Hasilnya cantik.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni rak yang saya asingkan beg-beg yang elok. Yang rosak saya tinggalkan je kat situ.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni beg yang dulu saya beli kat Johor. Masih keluarkan hasil...dah kali ke 6 tak silap. Cendawannya memang tak lawa lah.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Ni hasil dari beg sendiri. Besar-besar cendawannya. Tapi saya tak pasti guna benih mana. Antara belih saya beli dengan En. Khairudin, benih Vita atau belih saya beli dengan Khalid Citra.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

7 comments:

bidadarindu said...

Seorang teman pernah berkata,
Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Kamarulizar said...

teruskan usaha... ada hikmah di sebalik nyer...

Anonymous said...

Apa pulak tuan tanah kedaung tu nak ngan awak?

Eksiden lagi? Awak sabar je le... and jangan ulang kesilapan yang sama @ berSMS semasa memandu...

Teruskan usaha, jangan putus asa, sbb awak dah banyak juga benda yang establish dlm 'industri' cendawan ni, cuma nak cari kekuatan nak teruskan atau sangkut di tengah jalan.

Selamat Maju Jaya.

Wish said...

Fatisha try concentrate one thing at a time..memang kadang2 kita pikir nak perbagaikan usaha dan dapat kan some income in the mean time, tapi u tak cukup tenaga pekerja kejar yang sana yang sini cicir nanti..lagi satu dalam pertanian kita kena ada volume dan supply yang berterusan untuk survive, sebab customer bila dah ok ngan kita akan buat repeat order..so make sure we are able to meet their demand...good luck sis

nizamsky said...

Teruskan usaha, kalau boleh saya sendiri nak jadi macam awak tapi keadaan dan masa tak mengizinkan. Jangan risau, awak berada dalam track yg betul iaitu 'mind your own business'. Bisnes akan dapat pulangan dlm masa yg lama, yg penting ada perancangan dan matlamat. Kuatkan semangat, dapatkan nasihat drp orang yg berpengalaman / mentor. Fokus kepada cendawan saja dulu buat masa ni tapi sebagai usahawan, kena tahu sikit kepada perkara yang banyak. Good luck and cheers!

striker said...

takpe.., Allah dah janji lepas susah ada senang kak..

moga akak sentiasa tabah, kuat & cekal.. & kejayaan akan jadi milik akk jugak nnt, amiin =)

salam aidilfitri, maaf zahir & batin :)

asasjey said...

cadangan saya....
anda sepatutnya menumpukan kpd
cendawan anda... & yg b'ktan
antaranya tepung greng serta
supply tabung cendawan tu
jika dah terurus segalanya, baru
fikir yg sampingan....