Skip to main content

Eksperimen EM

Kerja saya makin bertambah sekarang... nak-nak bila saya tengah dalam proses menaikkan balik farm saya sejak mengalami kejatuhan sebab kerosakan beg yang begitu tinggi. Alhamdulillah walau kerja banyak saya dah ada pembantu. Dah 4 hari berturut-turut minah indo si yanti bantu saya di farm. Dia baru berpindah ke Kg Sungai Ramal Dalam ni tak sampai 2 minggu pun. So masih takde kerja. Saya dapat dia pun sebab saya mintak minah indo yang penah kerja dengan saya dulu yang kerja kat Gerai Hijau bersebelahan farm saya tu carikan pekerja. Orangnya rajin... jadi mudahlah kerja saya... Dalam bangsal pun dah clear. Dia dah susun cantik-cantik dan saya sudah start penghasilan beg baru. Saya target dalam masa sebulan saya nak dapatkan 5000 beg.

Sekarang saya sedang cuba guna EM dalam penghasilan beg. Nampaknya ada juga kesan. Saya buat 3 jenis beg. Satu tanpa em, dengan em dari pembekal 1 dan em dari pembekal 2. Nampaknya em dari pembekal 1 menunjukkan perkembangan positif dimana maisiliumnya lebih cepat tumbuh dari pembekal 2. Dan beg tanpa em menunjukkan perkembangan di mana ia lebih baik dari menggunakan em dari pembekal 2. macam mana tu?

Mungkin juga ada sebab-sebabnya. Sekarang masih dalam minggu yang pertama perkembangan maisilium. Jadi saya tak boleh nak buat kesimpulan yang lebih lanjut. Saya akan update nanti bersama-sama gambar.

Saya juga nak beli em dari pembekal 3.. Tapi belum sempat lagi nak berjumpa dengan pembekalnya. nantilah, dia kata nak datang farm amik RP... Nanti jangan lupa bawak yer.

Saya juga guna EM bagi setiap aspek yang saya buat di farm. Sembur disekeliling bangsal, untuk matikan kulat hijau (walau tak berapa berkesan), dan juga sebelum menutup beg yang sudah dikorek. Hasil untuk semburan pada beg yang sudah dikorek nampaknya positif. Beg yang menunggu untuk dibuka 10hari lagi tidak diserang kulat hijau yang melampau. Tapi ni pun semua dalam eksperimen la. Ada kawan saya yang guna kata takde apa2 perubahan. Apa-apa pun perkembangan lanjut dalam entry akan datang.

p/s: to my sis... tolong pos kabel boleh? saya nak letak gambar la...

Comments

Anonymous said…
nak tanye em dari pembekal2 yang berlainan tu lain2 brand ke? aci tak nak tau em dari pembekal 1 tu ape brand? tq

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi