Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Wednesday, November 14, 2007

Nak tulis pe yee....

Saya kat rumah kawan saya ni.Saya singgah rumah dia ni pun sebab dia terkunci dari dalam. Dia tak jumpa cari kunci dia. So dia mintak tolong dia belikan saya kunci gril dia. Nasib baik la kat kedai ada jual. Dah singgah ni, saya pun guna jap streamyx dia. Saya dah tulis apa nak update, tapi saya tak bawak la apa yang saya nak update tu sebab tak rancang pun nak update rini.

Thanks pada pembaca blog yang sms saya tanya kenapa lama saya tak update. Ni saya update dah ni. Nanti saya publish pe yang saya dah taip tu. InsyaAllah dalam minggu depan atau 2 minggu lagi saya akan update kalau tak hari-haripun, 3, 4 hari sekali. Saya dah nak sambung streamyx saya. Modal pun dah ada sikit untuk saya start balik buat beg. Minggu ni saya start buat beg baru.

Bangsal saya pun dah siap renovation. Ada la sikit-sikit lagi nak tambah. Nak letak gambar kamera takde. Minggu depan saya balik Terengganu. Gi Kemaman je. Rumah kakak saya kat sana. Saya nak balik ambil laptop dan digicam. nanti boleh la saya letak balik gambar-gambar kat farm saya tu. Nanti boleh la korang tengok ada satu ratus lebih guni depan farm saya yang terisi beribu-ribu beg yang rosak. Dulu kalau saya tengok rasa nak pengsan juga kadang-kadang. Tapi sekarang ok la sikit.

Borang untuk pinjaman MPEB saya dah dapat semalam ke dua hari lepas. Jadi tak sampai 2 minggu lepas saya pergi ujian saringan. Saya tak tahu la bila nak submit. Saya tengok borang tu pun saya susah hati.

K lah.. sampai sini dulu. Nanti saya update lagi.

No comments: