Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2007

Pengukus (Steamer)

Ni gambar pengukus baru saya. Pengukus ini boleh memuatkan 420 beg dengan 30 bakul yang boleh terisi 14 beg media cendawan setiap bakul dengan saiz plastik 6"x13". Spesifikasi adalah dinyatakan seperti di bawah.

Saiz = 3.3'x3.7'x4.0'
Muatan = 420 beg
Harga biasa = RM1700

Harga promosi sah sehingga 29 Februari 2008 = RM1500

Sesiapa yang ingin menempah boleh lah menghubungi saya untuk tujuan itu. Tempahan boleh disiapkan dalam masa kurang dari 2 minggu.






Steamer

Kalau haritu cerita tentang mixer, harini tentang steamer pula. Saya nak promosikan satu steamer dalam 2,3 hari lagi.... Boleh isi 400 beg dan harganya kurang dari RM2000... Saya akan membuka tempahan untuk steamer tu nanti.

Mini Mixer

Hari ni cukup 35 hari usia mini mixer saya... :) Saya baru beli bulan lepas. Tapi sejak beli dah macam-macam jadi... Tali kipas (eh ke panggil tali pe?) tercabut lak, skru longgar la. Tapi nasib baiklah seorang peserta kursus saya yang datang ke farm membayar yuran kursus kerja membaiki mesin. Jadi dia la tolong baiki pe yang patut. Alhamdulillah dah ok. Tak ada masalah setakat hari ni.

Tapi bagi saya... Satu kekurangan mesin ini... Ia tidak berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan. Dah la boleh isi maksimun haya 20kg sahaja. Saya fikir ia boleh ringankan beban kerja saya yang membancuh secara manual sejak sekian lama, tapi terpaksa juga guna manual untuk ratakan balik. Sebabnya ia memang tidak rata. Dulu Lutfi Terengganu, yang saya anggap sebagai mentor saya pernah bagitahu saya tentang mesin ni. banyak kali saya tanya dia. Bukan sekali. Jawapannya masih sama. Tidak rata... Tapi saya beli jugak sebab ramai yang kata ok. Dia yang ada dua mesin ni pun masih gaul secara manual.

Tapi…

Cerita Sana Sini...

Telur Dadar Cendawan

Pernah dengar nama telur ni? mesti tak kan.. hehehe... Ni resepi baru saya. Cuma tambahkan dalam campuran telur, bawang dan cili... Pasti Sedap!!!






Semua Boleh!


Sejak buat bisnes sendiri ni, banyak perkara yang saya belajar dari pemerhatian. Terbaru, apa-apa kerja yang saya rasa saya boleh buat, akan saya buat sendiri... contohnya ni... saya baiki lantai yang landai.. Ia buat air bertakung... Jadi saya tambahkan simen untuk naikkan sedikit lantainya... Buat sendiri je... Asal jadi dah... :)




Kenduri

Semalam saya sempat ke kenduri kawan baik saya, Lin di Rembau. Dulu dia ni rakan serumah saya juga. Bila pergi Rembau teringat yang Along ( Hidup seorang petani) pernah cakap, kat Rembau sewa tanah setahun RM100 je. Dulu mana tahu yang Rembau ni takdelah jauh sangat dari KL. Tapi takpelah.. dah buat kat Kajang ni. InsyaAllah bila dah nak besarkan nanti saya akan sewa tanah yang jauh-jauh sikit. Takpun saya balik Terengganu je buat kat tanah ayah.

Lupa nak bagitahu... Si LIN …

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Solat Raya
Saya tak balik beraya kat kampung di Terengganu walau ayah ada buat kenduri pindah rumah baru. Buka sengaja tapi banyak sangat kerja kat sini. Pagi tadi sempat juga saya pergi solat hari raya walau terlepas rakaat yang pertama. Pas solat, sempat lagi ambil gambar tu. Lepas tu baru pergi beraya rumah tuan tanah dah pergi ke farm saya buat kerja dalam keadaan berbaju kurung! Ramai datang solat beraya walau Bandar Baru Bangi lengang harini. Kan bagus kalau setiap hari macam tu masjid penuh.. betul tak?

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua... maaf segala salah silap....

Dah balik dah....


hehehe...


member.. tumpang umah tak balik raya... kalau tak sorang2 saya kat umah...


Plastik PP Baru Yang Lama
Saya dah beli plastik pp ni dah lama. Tak silap bulan 6. Tapi saya tak pernah gunakannya. Kenapa? Sebab plastik ni takde tapak. Plastik biru ni lebih tebal. Dan harganya juga lebih murah. Sebab tempat beli pun jauh. Kawan saya kat Johor yang tolong belikan. Semalam saya kehabisan plastik ya…

Chiller

Mungkin dah tiba masa saya mencari chiller. Bukan mungkin lagi... wajib... Masalah juga kalau asyik menumpang peti sejuk orang lain. Terpaksa... Kalau ikut hati memang tak nak lah menyusahkan orang. Tapi bila dah jadi isu, baik saya bertindak dari sekarang.

Saya nak mencari chiller yang macam ni. Second hand je lah dulu. Ada sesiapa tahu kat mana saya boleh mencarinya? Satu, dua kedai tu saya tahu ada. Tapi harganya agak mahal. Saya nak mencari yang harganya kurang dari RM1000. Senang sikit nak simpan cendawan kalau kebetulan haritu tiba-tiba je cendawan keluar banyak. Dan kita boleh simpan stok untuk esok atau hari-hari seterusnya. Dengan kaedah pembungkusan yang betul, seminggu lebih dalam chiller pun boleh tahan lagi.

Atau ada sesiapa yang rasa nak jual peti sejuk yang pakai kat rumah tu kat saya pun boleh. Sementara tu baik saya pakai mana yang ada. Haritu Dah ada yang nak jual peti sejuk second hand kat saya dengan harga RM100 je. Model lama, agak buruk, tapi masih berfungsi dah k…

Penaja Kursus

Tak sangka, kursus yang bakal saya adakan ini mendapat tajaan bebarapa pihak. Terima kasih yang tak terkira saya ucapkan. Mungkin ini rezeki bagi saya dan juga peserta kursus juga sebab bila ada penaja, barang-barang untuk kit yang akan saya bagi juga telah bertambah kuantitinya. Nanti saya akan letakkan senarai lengkap kit yang akan diberi.

Bukan dalam bentuk peralatan, kesudian mengiklankan kursus saya di laman blog kawan-kawan tu juga saya anggap sebagai tajaan terutama pada Bob Jutawan Tani yang siap buat banner untuk tu. Ramai yang datang ke blog saya dari sana... Terima kasih yea banyak-banyak.

SENARAI PENAJA

Jutawan Tani - untuk iklan yang eksklusif

Nature Agro - untuk tajaan EM

Mentah Resources - untuk tajaan dedak, kapur, set penutup, plastik pp, plastik pembungkus.

Impian Mushroom - untuk tajaan benih dan juga penutup.

Kenangan Kursus Pertama

Lebih kurang 9 bulan yang lepas, FAF pernah menganjurkan kursus penanaman cendawan secara percuma. Lebih kurang 6 peserta yang menyertainya. Ada yang saya jemput, ada juga yang diperkenalkan kawan-kawan. Waktu tu farm saya di tapak sekarang di Sungai Ramal Dalam masih belum ada lagi. Tapi syarikat dah didaftarkan la. Saya masih beroperasi di rumah secara kecil-kecilan. Seronok juga dapat menganjurkannya. Dengan ruang yang sempit, berdiri dan tiada sebarang kemudahan yang selesa, ia berjalan lancar.

Di sini saya letakkan gambar-gambar sewaktu kursus itu berjalan.


Banyak ni je ada cendawan dulu... belakang rumah ni...


Sikit je habuk kayu...


Tengah timbang dedak...


Ni ha kapur lak...


Gaul jangan tak gaul...


Tambah air... ni kerja saya la...


Tambah lagi... sebenarnya masa kursus aritu terlebih air la... hehehe


Gaul lagi dik...


Dah siap dah... masa untuk bagging...


Peserta lelaki tunggal...oh ada sorang lagi tapi yang tu ikut mak dia...


Semua sibuk bagging tu...


Saya pun tolong sekali... duk kat lantai…

EM & Tanpa EM

Saya baru sahaja menggunakan EM dalam penghasilan beg-beg media. Beg pada batch yang pertama akan mencapai usia sebulan 16hb Disember ini. Iaitu hanya 2 hari lagi dari hari ini. Dalam tempoh itu, sudah ada beg yang sudah putih sepenuhnya, dan ada yang hanya tinggal sedikit lagi. Perbandingan antara EM dan tanpa EM juga saya lakukan dan ini contoh gambarnya. (Ni beg media yang saya simpan kat rumah untuk tujuan pemantauan. Gambar tu pun saya amik kat atas printer pixma saya :))



EM dikatakan mempercepatkan pertumbuhan maisilium antara 10% -15%. Dan ia terbukti melalui penyelidikan saya. Tapi dari gambar tu kita boleh nampak perbezaan tidak berapa ketara. Mungkin hasilnya akan membuktikan keberkesanannya. Hasilnya akan dketahui tidak lama lagi selepas beg mencapai tahap matang.

Sedikit penerangan mengenai EM yang saya petik dari blog bakteriabaik

Penggunaan Bio Teknologi EM dalam Cendawan telah diakui berkesan oleh Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kebanggsaan (LPP) majalah peladang…

Kembali...

Semalam jam 2 pm saya menaiki bas dari Hentian Puduraya untuk balik ke Kemaman Terengganu. Tujuannya satu je, ambil laptop untk memudahkan urusan projek saya yang agak banyak sekarang. Kakak saya baru berpindah ke sana. Dulu dia tinggal di Kuantan. Nasib baik saya sempat bas jam 2 tu. Kalau tak, tak mungkin lah pagi ni saya dah sampai kat Bangi semula. Hampir-hampir juga saya tidak sampai ke Kememan kerana banjir yang melanda pantai timur sekarang. Mula-mula bas melalui jalan biasa kerana khabar yang mengatakan Lebuh Raya Pantai Timur di tenggelami air. Bila sampai ke jalan lama Karak-Kuantan lain pula ceritanya. Di sini pun tenggelam. Bas terpaksa berpatah balik melalui LPT dan alhamdulillah, sebelah jalan masih boleh dilalui air.

Sampai di Taman Geliga sakti lebih kurang jam 8 lebih. Dan saya naik semula bas untuk pulang ke Bangi jam 1 pagi. Saya sampai ke FAF jam 6 pagi tadi. Lepas siram terus saya balik rumah. Saya pasang internet dan online sampai la sekarang.

Housemate saya ad…

Benih

Pemilihan benih yang baik adalah antara faktor yang perlu diambil berat oleh setiap penanam cendawan. Bukan hanya memilih pembakal itu atau pembekal ini, tapi sekiranya benih yang dijual itu sendiri sudah terlalu matang ia akan menyusahkan kita juga. Kisahnya... saya menggunakan benih yang terlalu matang untuk 400 beg yang saya kukus minggu lepas. Hari ni saya buat sedikit pemeriksaan pada beg-beg tersebut. Kulat hijau mula tumbuh pada bahagian atas beg iaitu berdekatan dengan leher beg. Kulat hijau itu datang dari benih-benih yang berada di situ. Jelas lah kenapa jadi begitu... memang dari benih... Rugi-rugi.. takpelah.. nanti saya kukus balik...

300 beg lagi yang saya suntik sehari sebelum batch 400 tu dah suku penuh! Saya tak sangka secepat itu. Harini cukup seminggu saya suntik. Penggunaan em mungkin antara faktornya dah juga benih yang baik yang saya beli dari Citra Mushroom... thanks yer.. nanti saya nak beli lagi..

Tentang kursus.. pendaftaran masih dibuka... masih banyak lagi ko…

Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU BERTEKNOLOGI EM

ANJURAN : Fatisha Agro Farm (001667017-P)
TARIKH : 5 – 6 Januari 2008
TEMPAT : Fatisha Agro Farm, Lot 6029 Jalan Masjid, Kg Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.
YURAN KURSUS: RM180 – 1 hari, RM250 – 2 hari termasuk makan dan minum (Sila bank in atas nama Rusila Yusof, BCB a/c: 12180086429524).
KANDUNGAN KURSUS:
1.Penananaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju) menggunakan kaedah biasa dan EM.
2.Starter Kit untuk dibawa pulang ke rumah (Beg media, habuk kayu, dedak, kapur, EM, benih, plastik, set penutup, leher dan tutup rehat).
3.Dua sampel rancangan perniagaan (RP)/ bussines proposal (BP).
4.Teknik-teknik pembungkusan dan penyimpanan untuk mengurangkan risiko kerosakan.
5.Demo penyediaan cendawan goreng (pelbagai jenis) dan sup cendawan (cream of mushroom).
6.Modul kursus yang padat dan lengkap. Sesuatu yang tidak dapat dipelajari di tempat lain akan diketahui di sini.
7.Sijil Penyertaan.

Sila hubungi Cik Rusila Yusof (01262…

Keefektifan EM

Nampaknya apa kata orang tentang em saya dah mula percayakannya.. :) Dulu saya tak pernah gunakan em, jadi saya tidak dapat bagitahu orang tentang keberkesanannya. Sekarang bila dah buat sendiri baru saya tahu la. Sekarang saya dah buat semua beg saya dengan menggunakan em. Dan hasilnya, dalam masa 2 minggu beg-beg media saya sudah mencapai separuh daripada beg putih! Jadi dalam sebulan ia akan putih sepenuhnya. Tapi jangan salah sangka. Ramai yang tertukar antara putih sepenuhnya atau matang. Beg-beg media saya dengan campuran em dijangkakan matang kurang dari 45 hari. Tidak seperti 2 bulan seperti beg-beg sebelum ni.

Ada beg yang tidak sampai seminggu suntik dah suku penuh. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri di farm saya lah. Saya dah ada bukti. hehehe... Saya nak letak gambar pun kabel takde lagi. InsyaAllah saya akan balik rabu ni untuk amik laptop dengan kabel. Semua ni persiapan untuk kursus dan juga ebook. Ebook saya dah siap cuma gambar belum masukkan lagi. Saya …