Skip to main content

Benih

Pemilihan benih yang baik adalah antara faktor yang perlu diambil berat oleh setiap penanam cendawan. Bukan hanya memilih pembakal itu atau pembekal ini, tapi sekiranya benih yang dijual itu sendiri sudah terlalu matang ia akan menyusahkan kita juga. Kisahnya... saya menggunakan benih yang terlalu matang untuk 400 beg yang saya kukus minggu lepas. Hari ni saya buat sedikit pemeriksaan pada beg-beg tersebut. Kulat hijau mula tumbuh pada bahagian atas beg iaitu berdekatan dengan leher beg. Kulat hijau itu datang dari benih-benih yang berada di situ. Jelas lah kenapa jadi begitu... memang dari benih... Rugi-rugi.. takpelah.. nanti saya kukus balik...

300 beg lagi yang saya suntik sehari sebelum batch 400 tu dah suku penuh! Saya tak sangka secepat itu. Harini cukup seminggu saya suntik. Penggunaan em mungkin antara faktornya dah juga benih yang baik yang saya beli dari Citra Mushroom... thanks yer.. nanti saya nak beli lagi..

Tentang kursus.. pendaftaran masih dibuka... masih banyak lagi kosong... saya blum sempat ke UKM sebab Prof saya bagitahu ada yang tanya pasal kursus. Saya dah janji nak bagi broucher kursus pada beliau. Tentang broucher kursus, nanti boleh di muat turun dari sini mungkin esok.. Dah siap tapi ada sedikit perubahan lagi. terima kasih pada yang sudah mendaftar.

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir




PROMOSI BEG @ BONGKAH CENDAWAN KUKUR

Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda permintaan cendawan meningkat 100% sewaktu bulan puasa???

Inilah peluang mencari duit raya dengan menjual cendawan kukur @ kulat sisir. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang menggamit nostalgia masa kecil di kampung dan sungguh menyelerakan.

Dengan harga promosi terendah di pasaran. Sila whatsap untuk mendapatkan harga promosi ini.

0126221149

0126962114