Skip to main content

Chiller

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mungkin dah tiba masa saya mencari chiller. Bukan mungkin lagi... wajib... Masalah juga kalau asyik menumpang peti sejuk orang lain. Terpaksa... Kalau ikut hati memang tak nak lah menyusahkan orang. Tapi bila dah jadi isu, baik saya bertindak dari sekarang.

Saya nak mencari chiller yang macam ni. Second hand je lah dulu. Ada sesiapa tahu kat mana saya boleh mencarinya? Satu, dua kedai tu saya tahu ada. Tapi harganya agak mahal. Saya nak mencari yang harganya kurang dari RM1000. Senang sikit nak simpan cendawan kalau kebetulan haritu tiba-tiba je cendawan keluar banyak. Dan kita boleh simpan stok untuk esok atau hari-hari seterusnya. Dengan kaedah pembungkusan yang betul, seminggu lebih dalam chiller pun boleh tahan lagi.

Atau ada sesiapa yang rasa nak jual peti sejuk yang pakai kat rumah tu kat saya pun boleh. Sementara tu baik saya pakai mana yang ada. Haritu Dah ada yang nak jual peti sejuk second hand kat saya dengan harga RM100 je. Model lama, agak buruk, tapi masih berfungsi dah kira ok la. Kawan si Aripin la. Diorang dah nak balik Indonesia. tapi tak sempat lak saya belinya. Dah jual kat orang lain. Rugi betul.

Ada sesiapa tahu??? Maklumkan pada saya ye. Terima kasih daun keladi...

Comments

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir