Skip to main content

Mini Mixer

Hari ni cukup 35 hari usia mini mixer saya... :) Saya baru beli bulan lepas. Tapi sejak beli dah macam-macam jadi... Tali kipas (eh ke panggil tali pe?) tercabut lak, skru longgar la. Tapi nasib baiklah seorang peserta kursus saya yang datang ke farm membayar yuran kursus kerja membaiki mesin. Jadi dia la tolong baiki pe yang patut. Alhamdulillah dah ok. Tak ada masalah setakat hari ni.

Tapi bagi saya... Satu kekurangan mesin ini... Ia tidak berfungsi dengan baik seperti yang diharapkan. Dah la boleh isi maksimun haya 20kg sahaja. Saya fikir ia boleh ringankan beban kerja saya yang membancuh secara manual sejak sekian lama, tapi terpaksa juga guna manual untuk ratakan balik. Sebabnya ia memang tidak rata. Dulu Lutfi Terengganu, yang saya anggap sebagai mentor saya pernah bagitahu saya tentang mesin ni. banyak kali saya tanya dia. Bukan sekali. Jawapannya masih sama. Tidak rata... Tapi saya beli jugak sebab ramai yang kata ok. Dia yang ada dua mesin ni pun masih gaul secara manual.

Tapi saya banyak juga bertanya dan belajar dengan orang yang selalu menggunakan mesin ni. Jadi cara-cara untuk membolehkan ia menggaul secara rata boleh dipertingkatkan.

Ada sesiapa tahu cara-caranya? Mungkin setiap orang ada teknik tersendiri....

Ni la mesinnya... Kaler hijau.. last stok...
Photobucket

Kena cuci la pas guna...
Photobucket

Comments

ada caranya untuk bagi rata bahagian belakang tu...nanti saya pi sana ajar...saya boleh kacau 25kg habuk untuk 50 beg
lanchini said…
Fatisha,
Kat Chini Agro, kami gunakan senduk kayu besar(org guna utk kacau kawah, cam pengayuh sampan tu) utk ratakan habuk kayu time mesin sedang berputar. Satu lagi, mula-mula gaulkan habuk,dedak dan kapur dulu utk 2,3 minit utk kasi campuran tu rata. Then barulah letak air sikit demi sedikit..

Setakat ni kami takde masalah guna mixer ni..
fatisha said…
saya dah cuba banyak kaedah gak... macam2 org ajar saya... bila buat... memang boleh rata.. tapi penat jugak.. hehehe....

saya letak air dulu sket... citra mushroom ajar... then baru habuk kayu.. air lagi...

ada yang ajar eta air secara semburan... mcm2 la.. tapi letih gak kan seba 20kg je... nak 500 beg kena buat 10 kali... tapi takpelah.. ringan gak keje dari bancuh manual...
P^:AN^TA said…
mana mana pon bleh....janji ader sen nak beli mixer...
APEACE said…
saya ni baru nak belajar pasal cendawan ni. tahun ni dulu ada gak gi tanya2 seorang brader kat salak tinggi yang buat cendawan ni. dia pun gunakan mesin pengisar yang sama cam mesin kaler hijau tu, CUMA SAIZ MESIN DIA DENGAN MESIN AWAK TU SAYA TAK PASTI. YANG PASTINYA, DIA PESAN KAN SAYA, JANGAN GUNA MESIN BESAR, GUNA MESIN YANG KECIK, SO BARULAH RATA....
fatisha said…
oo... mcm tu lak yer,... say aingat mesin yang besar tu lagi rata.. yang bulat tu... macam kat upm...
ayne said…
nak rata & lebih, teknik saya, masuk semua media, habuk, dedak & air kapur kira2 3/4 penuh. tutup mulur mixer dgn guni atau sewaktu dgn nya. sambil dia pusing, gerak2kan ke atas & bwh secukup rasa
P^LAN^TA said…
guna jari pon bleh.....

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir