Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Solat Raya
Saya tak balik beraya kat kampung di Terengganu walau ayah ada buat kenduri pindah rumah baru. Buka sengaja tapi banyak sangat kerja kat sini. Pagi tadi sempat juga saya pergi solat hari raya walau terlepas rakaat yang pertama. Pas solat, sempat lagi ambil gambar tu. Lepas tu baru pergi beraya rumah tuan tanah dah pergi ke farm saya buat kerja dalam keadaan berbaju kurung! Ramai datang solat beraya walau Bandar Baru Bangi lengang harini. Kan bagus kalau setiap hari macam tu masjid penuh.. betul tak?

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua... maaf segala salah silap....

Dah balik dah....
Photobucket

hehehe...
Photobucket

member.. tumpang umah tak balik raya... kalau tak sorang2 saya kat umah...
Photobucket

Plastik PP Baru Yang Lama
Saya dah beli plastik pp ni dah lama. Tak silap bulan 6. Tapi saya tak pernah gunakannya. Kenapa? Sebab plastik ni takde tapak. Plastik biru ni lebih tebal. Dan harganya juga lebih murah. Sebab tempat beli pun jauh. Kawan saya kat Johor yang tolong belikan. Semalam saya kehabisan plastik yang biasa tu. So guna la plastik ni. Tengok bezanya. Walau pendek tapi lebih berat dari beg biasa. Sebab ia gemuk sket. Sebelum ni saya memang pernah guna plastik biru ni. Tapi tau untuk apa? Pek cendawan. Ia tebal sama macam plastik pek cendawan tu.

beza tinggi...
Photobucket

tapi yang takde tapak ni beratnya 1000 gram atau 1 kg. Tak isi penuh ni. Pendek je.
Photobucket

yang biasa ni lak 900 gram je.
Photobucket



Technorati Profile

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi