Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2007

Eksperimen EM

Kerja saya makin bertambah sekarang... nak-nak bila saya tengah dalam proses menaikkan balik farm saya sejak mengalami kejatuhan sebab kerosakan beg yang begitu tinggi. Alhamdulillah walau kerja banyak saya dah ada pembantu. Dah 4 hari berturut-turut minah indo si yanti bantu saya di farm. Dia baru berpindah ke Kg Sungai Ramal Dalam ni tak sampai 2 minggu pun. So masih takde kerja. Saya dapat dia pun sebab saya mintak minah indo yang penah kerja dengan saya dulu yang kerja kat Gerai Hijau bersebelahan farm saya tu carikan pekerja. Orangnya rajin... jadi mudahlah kerja saya... Dalam bangsal pun dah clear. Dia dah susun cantik-cantik dan saya sudah start penghasilan beg baru. Saya target dalam masa sebulan saya nak dapatkan 5000 beg. Sekarang saya sedang cuba guna EM dalam penghasilan beg. Nampaknya ada juga kesan. Saya buat 3 jenis beg. Satu tanpa em, dengan em dari pembekal 1 dan em dari pembekal 2. Nampaknya em dari pembekal 1 menunjukkan perkembangan positif dimana maisiliumnya lebih

Kisah 2 Hari...

Ayah... Hari rabu haritu, hari saya update blog yang terakhir sebelum ni, saya terima panggilan telefon dari kakak saya. Masa tu saya masih di rumah kawan saya. Baru lepas makan. Kakak tanya, "Dah tahu ke ayah kemalangan!!!???,". Saya kaget... Saya tanya lagi, " Siapa yang kemalangan??". Kakak jawab... "AYAH!!! Ayah kat icu sekarang. Aku dah nak balik kampung ni.". Talian diputuskan selepas tu. Badan saya terus menggigil. Hanya airmata yang mengalir. Terus saya berkejar pakai tudung ambil beg dan sambil menangis saya bagitahu kawan saya apa yang berlaku. Dia cakap dia boleh hantar. Saya jadi buntu apa yang perlu didahulukan. Tadi saya tinggalkan farm dalam keadaan yang tidak berkemas. Dapur kukus masih diluar. Saya minta kawan saya hantarkan saya ke farm dulu. Saya kemaskan apa yang patut, kunci kerata dan terus ke rumah makcik. Saya maklumkan pada makcik tuan tanah saya balik ke kampung. Minta dia tolong jenguk farm saya sepanjang ketiadaan saya. Makcik

Nak tulis pe yee....

Saya kat rumah kawan saya ni.Saya singgah rumah dia ni pun sebab dia terkunci dari dalam. Dia tak jumpa cari kunci dia. So dia mintak tolong dia belikan saya kunci gril dia. Nasib baik la kat kedai ada jual. Dah singgah ni, saya pun guna jap streamyx dia. Saya dah tulis apa nak update, tapi saya tak bawak la apa yang saya nak update tu sebab tak rancang pun nak update rini. Thanks pada pembaca blog yang sms saya tanya kenapa lama saya tak update. Ni saya update dah ni. Nanti saya publish pe yang saya dah taip tu. InsyaAllah dalam minggu depan atau 2 minggu lagi saya akan update kalau tak hari-haripun, 3, 4 hari sekali. Saya dah nak sambung streamyx saya. Modal pun dah ada sikit untuk saya start balik buat beg. Minggu ni saya start buat beg baru. Bangsal saya pun dah siap renovation. Ada la sikit-sikit lagi nak tambah. Nak letak gambar kamera takde. Minggu depan saya balik Terengganu. Gi Kemaman je. Rumah kakak saya kat sana. Saya nak balik ambil laptop dan digicam. nanti boleh la saya

Kisah Yang Panjang....

Maaf sekali lagi sebab lambat update. K lah saya bagitahu sebab pe saya jarang online.. Sebenarnya telefon saya kena potong.. hehehe… masuk bulan ni dah 4 bulan la saya tak bayar… Dulu saya tangguh-tangguhkan nak bayar sebab rasa nak dahulukan bayaran benda lain yang urgent.. Last-last bila bil dah melambung campur dengan internet lagi, saya dah tak mampu nak bayar lagi.. InsyaAllah tak lama lagi saya sambung balik sebab ada banyak benda dalam kepala saya sekarang fikir bila saya dah mula dapat internet balik. Semua tu untuk dapatkan modal lah. Nampaknya iklan RP saya menjadi juga. Ramai yang bagi respon untuk mendapatkannya. Tapi mungkin bayaran tu jadi bebanan bagi sesetengah orang. Tapi ada juga yang sanggup membayarnya. Dah beberapa orang yang membelinya setakat ni. Setiap kali saya jual, setiap kali tu juga saya update yang terbaru dalam RP tu. InsyaAllah saya akan perbaiki dari semasa ke semasa. Di masa akan datang saya akan buat secara detail yang tepati piawaian bank supaya say