Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

Projek Di Terengganu - Plan Besar Di Masa Depan

Beberapa minggu yang lepas, saya menerima panggilan telefon dari kampung. Tetapi saya tak sempat menjawabnya. Saya hubungi balik dan bercakap dengan adik. Rupanya ayah nak bertanya pada saya, bila mahu pulang ke kampung? Bangsal di sana sudah siap. Hanya menunggu saya balik. Bukan balik sekejap.. Balik terus ke sana... Ayah kata, nanti ayah akan tolong marketkan.. nak masuk Giant ke, nak masuk Mydin ke... boleh.. boleh.. Nanti ayah akan tolong carikan jalan nak masuk ke sana... Saya hanya senyum....hehehehe... Saya sendiri tak dapat berikan kepastian.

Saya ingat sangat pulang ke kampung. Sebenarnya dah lama saya tak balik ke kampung. Sejak ayah berpindah ke rumah baru di kampung kelahiran ayah, saya belum pernah lagi jejakkan kaki ke situ. Ayah dah sediakan saya satu bilik di rumah tu memandangkan hanya saya dari 14 orang adik beradik kandung satu mak dan satu ayah yang masih tinggal dan singgah di rumah keluarga sekiranya balik ke kampung dan satu-satunya adik beradik perempuan yang …

PERHATIAN...

Nombor telefon maxis 0126221149 sudah boleh digunakan seperti biasa. No maxis 017 tu no kawan saya. Sila sms atau hubungi saya melalui nombor maxis 012 saya seperti biasa. Terima kasih.

KURSUS TERBARU

Selain di FAF, rakan-rakan yang lain juga ada menganjurkan kursus penanaman cendawan. Contoh rakan di e-cendawan dan juga chini agro. Sila rujuk website untuk keterangan yang lebih lanjut.



Di Mana Sharlinie?

Bila bercakap tentang kehilangan, saya juga pernah alami peristiwa ini dulu. Saya pernah kehilangan seorang abang yang agak nakal dan pernah diiklankan di akhbar Utusan Malaysia berbelas tahun yang lepas. Sehingga kami sekeluarga pernah mendapat banyak surat yang juga membuat tuntutan-tuntutan karut yang membuatkan kami sekeluarga ketawa terbahak-bahak membaca surat-surat tersebut. Nasib baik lah sehari selepas diiklankan terus ada panggilan telefon dari orang yang jujur yang memberitahu di mana abang saya berada. Dan yang menyusul selepas itu hanya surat-surat yang dikarang oleh orang yang tak bersekolah agaknya.

Diri saya sendiri juga pernah hilang. Nasib baik tak diculik tapi hilang sebab gara-gara melihat barang permainan di kedai yang begitu menarik perhatian. Akhirnya saya hilang mak, abang dan kakak yang turut bersama-sama pada awalnya di Bandar Kuala Terengganu untuk membeli beg sekolah abang saya. Waktu tu usia saya lebih kurang 7 atau 8 tahun. Saya kurang ingat tahunnya. Saya…

Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Kedua Anjuran FAF 19 - 20 Januari 2008

Syukur alhamdulillah saya panjatkan pada Yang Esa kerana perjalanan kursus penanaman cendawan tiram kelabu yang kedua anjuran FAF berjalan dengan lancar. Ada banyak perkara yang ingin dikongsi bersama pembaca dan saya biasanya memilih hari isnin untuk membuat catatan sepanjang kursus kerana hari isninlah saya biasanya mengambil cuti berehat setelah penat melakukan persiapan kursus. Tetapi hari ini saya bekerja seperti biasa dan malam ni baru saya ada masa mengadap laptop.

Pagi-pagi lagi saya sudah ke farm dan siapkan barang untuk pembeli kit penanaman cendawan dan juga peralatan menanaman cendawan lain yang ditempah oleh pelanggan FAF. Kit biasanya saya pos dan barang-barang seperti cap, benih dan lain-lain diambil sendiri oleh pelanggan. Tetapi hari ni saya dengan baik hati menghantarnya di KL Sentral terus kepada pembeli. Kit sahaja yang saya pos kerana pembelinya berada jauh nun di Terengganu. Dan yang terbaru, saya dapat tempahan kit dari Sarawak. Cap dan benih yang ditempah sepatu…

PERHATIAN!!!

TELEFON BIMBIT SAYA DENGAN TALIAN MAXIS0126221149 HILANG BARU SEKEJAP TADI SEWAKTU DALAM PERJALANAN KE CHERAS MENGAMBIL BARANG... HANDPHONE SAYA DENGAN TALIAN CELCOM 0136241412 HANYA BOLEH MENERIMA DAN MEMBALAS SMS SAHAJA. UNTUK HUBUNGI SAYA, SILA TELEFON 0389261961 ATAU (0126624083)-no ini silap, harap maaf. (0176624083)-ni no yang betul BUAT SEMENTARA WAKTU... MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN
_________________
YANG KEDUA BLOG INI SEDANG DINAIK TARAF. JIKALAU KESULITAN DIHADAPI HARAP MAAF!
(ADA PERUBAHAN THEMES)

Penanda ke Fatisha Agro Farm

Untuk memudahkan peserta, saya bagi penanda ini.... Untuk petang ni saya bagi dari jalan belakang... jalan depan saya update malam ni...

Dari jalan belakang....

Dari Tol Kajang ada 3 simpang utama. Ke kanan ke Putrajaya, Puchong melalui LDP. Kiri ke Kajang, Semenyih melalui SILK. Terus pula naik ke flyover adalah ke arah Bandar Baru Bangi. Ikut ke Bandar Baru Bangi...

Selepas lampu isyarat, terus sahaja dan anda akan jumpa Mobil dan Shell ini di sebelah kanan...



Di sebelah kiri, anda akan nampak papan tanda Poliklinik ni, itu tandanya sudah dekat. Simpang kecil di sebelah kiri selepas papan tanda ini sebelum lampu isyarat adalah jalan belakang ke FAF...


Ini jalannya.. Naik bukit...


Ini kedai makan yang selalu saya panggil kedai hijau yang anda akan nampak sebaik sahaja mendaki bukit tu. Hari sabtu dan ahad, akan terdapat banyak kereta singgah makan di kedai yang agak terkenal ini... Masuk jalan di sebelah kanan kedai makan ini. Jalan itu menuruni bukit...


Rumah pertama di sebelah kanan yang …

Minggu Yang Sibuk & Penat

Sibuknya minggu ni... Dengan kerja-kerja di farm yang semakin bertambah dan juga persiapan kursus serta projek-projek saya yang akan datang yang semakin banyak hendak difikirkan. E-book saya masih belum siap-siap memandangkan setiap hari ada sahaja perubahan yang saya lakukan pada e-book tersebut. Saya menambah lebih banyak gambar agar mudah difahami semua pembaca. Projek-projek lain masih dalam perancangan. Kit penanaman cendawan dah dilancarkan. Kalau ada yang berminat boleh sms atau telefon saya untuk sebarang pertanyaaan.

Dua malam lepas, saya ke KLIA menghantar abang ipar yang berlepas ke Arab Saudi untuk bekerja di sana. Kerja-kerja saya di farm tergendala kerana dari tengahari saya membawa kakak-kakak, anak-anak saudara dan abang ipar membeli belah di Jusco Cheras Selatan. Takpelah sekali sekala saya kena juga berjalan. Tapi fikiran asyik fikirkan tentang farm saja.


Bawak kerja ke KLIA...:)


Sejak ada pekerja tetap mulai bulan januari inilah, banyak perkara yang dapat saya siapkan …

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog saya... Semoga masa depan industri cendawan dan para pengusaha cendawan di seluruh Malaysia semakin cerah dan terbentang luas di tahun 1429 Hijrah ini... Marilah sama-sama kita berusaha memajukan bidang pertanian ini... Doakan kejayaan buat kita semua...

"TIADA HALANGAN... HANYA PELUANG..."

Coretan Sepanjang Kursus 5 - 6 Jan 08

Bismillahirrahmanirrahim....

Pertamanya saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH YANG MAHA ESA kerana selesainya kursus pertama anjuran FAF pada 5 - 6 Januari 2008...

Persiapan untuk kursus pertama FAF mengambil masa yang agak lama. Hampir sebulan memandangkan kudrat saya menguruskan FAF secara bersedirian. Saya bersyukur kerana mendapat bantuan kawan-kawan dari jauh, Pahang dan Melaka untuk urusan-urusan lain yang tidak berkaitan dengan kerja-kerja di farm. Seorang uruskan hal-hal sijil, poster, brosur dan seorang lagi kawan menguruskan rekod nama, pendaftaran dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan penaja-penaja yang menyiapkan barang tajaan berjaya memberikan saya ruang menguruskan bangsal FAF bagi persediaan kursus. Alhamdulillah ia berjalan lancar dengan sedikit kekurangan yang akan saya atasi di masa akan datang insyaAllah.

5 Januari 2008
Seawal jam 5.30 pagi, saya bangun untuk membuat persiapan bagi sesi pendaftaran. Bersiap itu dan ini, saya mula bersedia memulakan kursus yang pertam…