Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Monday, January 7, 2008

Coretan Sepanjang Kursus 5 - 6 Jan 08

Bismillahirrahmanirrahim....

Pertamanya saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH YANG MAHA ESA kerana selesainya kursus pertama anjuran FAF pada 5 - 6 Januari 2008...

Persiapan untuk kursus pertama FAF mengambil masa yang agak lama. Hampir sebulan memandangkan kudrat saya menguruskan FAF secara bersedirian. Saya bersyukur kerana mendapat bantuan kawan-kawan dari jauh, Pahang dan Melaka untuk urusan-urusan lain yang tidak berkaitan dengan kerja-kerja di farm. Seorang uruskan hal-hal sijil, poster, brosur dan seorang lagi kawan menguruskan rekod nama, pendaftaran dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan penaja-penaja yang menyiapkan barang tajaan berjaya memberikan saya ruang menguruskan bangsal FAF bagi persediaan kursus. Alhamdulillah ia berjalan lancar dengan sedikit kekurangan yang akan saya atasi di masa akan datang insyaAllah.

5 Januari 2008
Seawal jam 5.30 pagi, saya bangun untuk membuat persiapan bagi sesi pendaftaran. Bersiap itu dan ini, saya mula bersedia memulakan kursus yang pertama ini. Peserta yang tiba paling awal adalah En Mohd Sabri yang datang dari Perlis. Kesungguhan beliau amatlah saya hargai dan kagumi kerana sanggup turun dari jauh menaiki bas untuk menyertai kursus anjuran FAF. Pendaftaran beliau saya rasmikan seawal jam 8 pagi. Mula-mula saya ingat pemandu teksi mana yang ingin berkursus ni, rupanya si Sabri. Lupa bertanya, bas yang beliau naiki berhenti dia hentian Kajang atau Pudu. Mungkin teksi beliau terus dari sana. Ada juga yang datang dari Pontian dan Kota Tinggi, Johor iaitu En Mohd Syafiz & En Shahrul serta peserta paling dekat datangnya dari Seksyen 5 Bandar Baru Bangi iaitu En Mohd Asri.

En Sabri... datang dari Perlis...
Photobucket

En Asri juga tiba awal... Dari BBB je...
Photobucket

Sepatutnya taklimat bermula jam 8.30 pagi, tetapi kerana tiada penanda yang sesuai menuju ke FAF ramai yang terlambat untuk sampai. Masalah ini saya akan atasi dengan peta yang lebih lengkap di masa akan datang. Sebelum jam 9 pagi hampir kesemua peserta telah mendaftar kecuali peserta yang datang dari Serting, Kuala Pilah dan Gemencheh, Negeri Sembilan yang agak terlewat tiba. Urusan pendaftaran dibuat oleh Cik Pink, kawan saya dari Alor Gajah Melaka. Berkenaan tentang usia peserta pula, peserta yang paling muda adalah 23 tahun iaitu En Shahrul dan yang paling veteran 59 tahun, En Hadzrami peserta yang paling aktif bertanya :)(Anak beliau yang berada di Jepun yang mendaftarkan untuknya). Kursus 19hb ni saya ada peserta yang berusia 18 tahun dari Mersing. Tak sabar bertemu dengan beliau.

Taklimat saya mulakan lebih kurang jam 9.15 pagi. Dan kesemua 22 peserta tiba sewaktu taklimat sedang berjalan. 20 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta wanita Hapizah dan Faeizah. Bagi yang banyak terlepas maklumat saya mohon maaf kerana tidak dapat menunggu lebih lama. Taklimat yang saya buat tidak mengambil masa yang panjang. Saya lebih suka mendedahkan kepada peserta secara praktikal agar nanti bila kursus sudah selesai, balik ke tempat masing-masing peserta dapat memulakan projek ini dengan jayanya.

Peserta khusyuk membaca nota sebelum taklimat dijalankan...
Photobucket

Photobucket

Saya pun khusyuk bagi taklimat... :)
Photobucket

Jurugambar rasmi kursus adalah Cik Along saya import dari Muadzam Shah, Pahang. Sepatutnya Along adalah kawan yang saya ajak untuk berkursus, tapi kerana kekurangan staf saya melantik beliau menjadi urusetia. Along adalah kawan baik saya sewaktu bersekolah di sekolah teknik dulu. Selepas 10 tahun kami bertemu semula di blog cendawan ni!!! Sekarang jadi pembantu saya menyiapkan segala yang berkaitan dengan brosur, poster, sijil dan juga banner. Brosur yang lawa tu beliau yang buat. Juga untuk sijil. Memang hasil tangan beliau amat saya berpuas hati. Kalau berminat untuk membuat yang berkaitan seperti yang saya sebutkan, boleh la hubungi beliau di talian 0123870419. Along juga adalah seorang jurugambar amatur.

Bersedia untuk sesi praktikal...
Photobucket

Belajar kenal bau habuk kayu getah...
Photobucket

Sedikit penerangan tambahan tentang EM.. Tadi ada yang datang lambat...
Photobucket

Photobucket

Lebih kurang jam 10.30 praktikal dimulakan. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan yang berkursus selama 2 hari dan dan satu kumpulan lagi untuk yang berkursus selama 1 hari. Bancuhan dibuat secara manual. Jadi para peserta agak keletihan. Letih-letih pun ada yang bersemangat kuat. Ada juga yang tengok sahaja. Nanti balik kalau tak dapat buat kan... Takpe boleh telefon saya tanya k... :)

Masukkan EM ni...
Photobucket

Gaul jangan tak gaul... (kumpulan 1)
Photobucket

Photobucket

Gaul sampai rata... (kumpulan 2)
Photobucket

Photobucket

Dah siap bancuh, masa untuk mengisi media di dalam plastik. Masa ni lah saya memberi sedikit panduan kepada peserta tentang tips-tips untuk mengetahui air sudah cukup atau tak. Yang agak melucukan bila tiba bab-bab menghentak. Ada yang hentak tak padat, sampai plastik tu terlalu longgar. Mungkin nanti tak sampai sebulan dah boleh penuh dah. Tapi takpe... kita semua baru belajar kan... Nanti balik dah start projek buat sederhana padat. Cukup 2,3 kali hentak. Kumpulan 1 siap menghentak lebih awal dengan 18 tong habuk kayu berjumlah 180kg. Kumpulan 2 dengan 10 tong tak sempat nak siapkan. Takpelah, Agus ada kan...

Sesi mengisi... (kumpulan 1)
Photobucket

Photobucket

Photobucket

E tolong sumbat span...
Photobucket

Kumpulan 2 tak amik kerusi kecik kat dalam. Sampai terpaksa mencangkung...
Photobucket

Photobucket

Ish..ish... sedapnya melepak... :)
Photobucket

Setelah siap, pertama 30 bakul dimasukkan ke dalam steamer besar untuk dikukus. Dan selepas itu di dalam tong dram. Gambar masa masuk ke dalam steamer besar, Along tak ambil. Dia tengah printkan sijil waktu tu. Kalau ada peserta yang ada gambar tu tolong emelkan pada saya boleh... :) Lepas tu beg media di masukkan ke dalam tong dram. Part ni mencabar sikit lah. Dengan beg yang panjang pendek, longgar padat, susunan menjadi tidak serasi dan tidak kemas. Baru belajar, takpelah...

Tengah susun beg media dalam tong dram...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Sesi membancuh, mengisi, dan mengukus mengambil masa yang agak lama. Sepatutnya saya ada sesi untuk menyuntik benih tetapi ia di sambung selepas makan tengahari. Masing-masing keletihan. Selepas ni, saya akan buat bancuhan untuk 10 tong sahaja bagi setiap kumpulan. Ringan sikit kerja kan... Jam 1 pm lebih masa untuk makan tengahari, solat dan rehat. Saya sediakan nasi ayam yang ditempah dari pelanggan saya. Dia adalah pelanggan cendawan saya yang tetap. Dan rahsia dia mendapat RM100 bagi 1kg cendawan itu saya dedahkan pada peserta yang datang pada hari kedua. Jadi untuk peserta akan datang, akan tiba juga masanya nanti. Gambar waktu makan pun saya tak ada.

Selepas sesi rehat, perjalanan kursus disambung jam 2.30 petang. Ia bermula dengan proses suntikan benih. Selepas sesi demonstrasi menyuntik, peserta diajak untuk melakukan sendiri. Saya telah sediakan lebih kurang 700 ratus beg untuk mereka suntik. Yang sempat dibuat lebih kurang separuh. Selepas itu semua beg yang telah disuntik, dletakkan di rak. Cara susunan beg di atas yang betul diterangkan juga. Ini untuk mengelakkan beg yang disusun tumbang ke bawah. Nanti malang tak terbau kita yang tertimpa beg.

Sesi penerangan kaedah menyuntik...
Photobucket

Masing-masing sibuk menyuntik...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Proses menyusun beg di rak...
Photobucket

Program di sambung semula bagi sesi penuaian hasil dan pembungkusan. Penjagaan beg sedia tuai juga diterangkan. Macam mana nak korek, nak tutup, nak buka, nak rehat. Semua itu perlu diajar secara praktikal. Kebetulan cendawan-cendawan yang keluar banyak yang besar-besar sebab terlebih hari, para peserta agak teruja melihatnya. Ada yang siap bergambar dengan cendawan di kiri dan kanan tangan. Seronok saya tengok. Lagi satu peserta-peserta saya memang lucu orangnya. Saya tak habis-habis tersenyum melihat karenah peserta-peserta saya yang sporting dan kelakar.

Sesi menuai...
Photobucket

Masing-masing sibuk pilih cendawan untuk di bawa pulang...
Photobucket

Jam 5 kursus tamat. Saya buat sesi jualan, pemberian kit dan penganugerahan sijil bagi peserta untuk 1 hari. Selepas itu sesi bergambar. Jam 5.30 peserta bersurai. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar untuk hari pertama. Saya perlu bersedia untuk hari kedua pula.

Kesemua peserta hari pertama...
Photobucket

6 Januari 2008
Pagi-pagi lagi saya bangun untuk siapkan sup cendawan untuk peserta. Sepatutnya ia dimasukkan dalam modul kursus tetapi masa tidak mencukupi untuk sesi ini dibuat. Sekiranya ada permintaan untuk kursus akan datang, saya akan masukkan semula dengan bajet masa yang lebih lama. Kursus akan bermula jam 8 pagi sekiranya ada yang ingin belajar membuat sup cendawan ni. Bagi peserta yang inginkan resepi, boleh emelkan pada saya. Pagi ni agak kelam kabut. Sepatutnya kursus bermula jam 8.30 pagi tetapi ia dilewatkan sedikit ke jam 9 pagi. Maaf saya pohon pada peserta yang datang awal. Di lain masa ia akan diperbaiki.

Demonstrasi membuat 2 jenis cendawan goreng dijalankan. Sambil mengoreng, sambil itu juga saya menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya yang pernah berniaga cendawan gorang di pasar ramadan yang lepas. Sejurus selepas sesi ini, masa untuk minum pagi dengan menu air tea o panas, sup cendawan (cream of mushroom) dan cendawan goreng.

Demo cendawan goreng...
Photobucket

Minum pagi... menu ni saya sediakan....
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Penerangan bagi penjagaan bangsal, pengawalan kerosakan, dan pengurusan beg-beg rosak dijalankan selepas minum pagi. Segala jenis kerosakan diterangkan kepada peserta. Macam mana nak tahu beg itu rosak terus, rosak tapi boleh guna lagi, rosak tapi boleh kukus semula dan segala jenis kulat ditunjukkan kecuali kulat oren yang tidak menyerang sewaktu kursus dijalankan. Kalau ada boleh saya tunjuk. Tapi boleh tengok diblog untuk lihat contohnya.

Penerangan tentang beg-beg rosak...
Photobucket

Photobucket

Di akhir kursus, saya terangkan sedikit tentang jadual tuaian, buka dan tutup beg yang selalu menjadi persoalan kepada peserta. Ramai yang masih tidak faham tentang pusingan ini.

Sesi penerangan tentang pusingan beg...
Photobucket

Peserta sibuk mencatat apa yang diajar...
Photobucket

Dan atas permintaan peserta, saya menunjukkan bagaimana menggunakan mini mixer untuk membancuh media. Umum diketahui, membancuh media menggunakan mini mixer atau pembancuh simen mini tidak rata. Tetapi ada teknik-teknik yang boleh digunakan untk membolehkannya menjadi rata. Bahagian itu saya serahkan kepada rakan pengusaha saya, En Nor Azman dari Tunas Alam Agrotech untuk membuat demonstrasi. Hasilnya, bancuhan memang rata dari mengaul secara manual menggunakan penyodok.

Demo cara meratakan bancuhan bagi yang ingin menggunakan mini mixer... Eksklusif dari En Nor Azman (Tunas Alam Agrotech)...

Photobucket

Photobucket

Jam 5 sesi penyampaian kit dan sijil di jalankan. Sebelum itu sesi pembacaan doa selamat dilakukan yang telah diimankan oleh En Hadzrami. Terima kasih atas doa dan semoga ia diberkati oleh Allah. Selepas itu diadakan sesi jualan dan bergambar untuk kesemua peserta hari kedua. Kursus berakhir jam 1 petang & peserta mula bersurai menjelang jam 2 petang.

Bacaan doa selamat dari En Hadzrami...
Photobucket

Kesemua peserta hari kedua...
Photobucket

Para peserta bersalaman tanda terakhir sebelum pulang ke tempat masing-masing...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Masa untuk pulang....
Photobucket


Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta pada 5 - 6 Januari 2008 yang menjadi peserta batch pertama saya. Segala kekurangan saya pohon ribuan kemaafan. Semoga segala persoalan telah terjawab dengan penerangan dari saya selama 2 hari. Bagi yang masih ingin bertanya, boleh emelkan pada saya. Dan soalan-soalan diluar jangka akan saya jawab insyaAllah bila saya sendiri membuat kajian yang lebih mendalam tentang cendawan semasa PhD yang tak tahu bila lagi nak diambil. Kalau PhD tu saya dapat dari kajian sendiri pun apa salahnya kan. FAF yang bagi sendiri. Saya tidak pernah jemu membuat penyelidikan tentang cendawan dari semasa ke semasa di FAF dari dulu sehingga sekarang. Dan ia yang akan menjadikan kita lebih banyak belajar dari pengalaman sendiri.

Juga terima kasih yang tidak terhingga buat urusetia yang datang dari jauh untuk menolong saya. Buat Pink terima kasih banyak-banyak kerana saban minggu turun ke Bangi untuk menolong saya membuat persiapan. Pada Along, terima kasih kerana mencari saya setelah 10 tahun tak berjumpa. Dan blog ini juga yang ketemukan semula 2 orang kawan lama 3 bulan yang lepas dan akhirnya beliau menjadi pembantu saya untuk kursus yang FAF akan jalankan. Tak lupa buat E, yang dalam-dalam keletihan banyak juga membantu apa-apa yang patut sampai tersesat nak cari balik farm saya pada pagi 6hb tu sebab saya pergi mintak belikan gula.

Tidak lupa kepada penaja utama kit Mentah Resources, Nature Agro dan Impian Mushroom serta Bob Jutawantani untuk iklan percuma di blog beliau. Juga buat teman-teman seperjuangan dalam penanaman cendawan, Nor Azman dari TAA, Am dari Saifulam Agrofarm, Izwan Projek Cendawan, Azahari e-cendawan, Seed dari Seed Agro World, Nizam Cendawan Global, Info Cendawan, Manklmy Mycendawan dan teman-teman lain yang tidak disebutkan nama di sini kerana menolong saya mengiklan kursus yang saya anjurkan ini. Tanpa iklan-iklan tersebut, pasti kursus ini tidak tersebar begitu luas. Segala pertolongan, bantuan dan juga tajaan yang diberikan sekali lagi saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. Semoga selepas ini, satu jalinan yang lebih erat dapat dimeterai bagi manfaat bersama. Terima kasih juga buat kawan-kawan yang selalu memberi galakan kepada saya untuk membuat kursus ini terutamanya buat P^lan^ta, pembaca-pembaca blog saya, dan juga Sifu saya Lutfi Trg dan teman-teman seperjuangan seperti En Zul Puchong, Lanchini dan lain-lain yang banyak berkongsi ilmu pengetahuan bidang penanaman cendawan untuk kebaikan bersama.

Akhir kata dari saya, untuk kursus yang akan datang, segala kekurangan akan saya atasi dengan sebaik mungkin. Begitu juga dengan permintaan dari peserta untuk mendapatkan video kursus kerana dikhuatiri apa yang diajar lupa. Itu juga dalam perancangan saya. Ebook saya sudah siap. Saya akan lancarkan dalam minggu depan. Ia lebih lengkap dan padat dari nota kursus. Setiap teknik saya terangkan dengan ilustrasi bagi memudahkan kefahaman.

Saya hilang suara pada hari kedua kursus. Sejak petang hari pertama lagi sebenarnya. Nasib baik masih mampu bercakap lagi dengan panjang lebar untuk hari kedua. Tapi takpelah... seronok dah puas kerana dapat berkongsi ilmu penanaman cendawan dengan semua peserta...

Senarai peserta kursus akhir (5 - 6 Jan 2008)
1 AHMAD FAIZAL B. MOHD RASHDI
2 A. HAMID B. JASIM
3 MUHAMMAD SHUKRI B. ABDUL JALIL
4 READWAN JALIL B. SALIM
5 MOHD RIDHA B. JOHAN
6 MOHD IMRAN B. ALUWI
7 RAFIEE B. ISMAIL
8 AHMAD JEFRI B. JAAFAR SIDEK
9 AZLEE B. MD YUSOP
10 MOHD FAIRUS B. ARIS
11 SUPAAT B. BASRIN
12 MOHD ASRI B. YUSOF
13 MOHAMMAD ILHAM B. MATALI
14 HADZRAMI B. SANIP
15 MOHAMAD SYAFIZ B.
16 MOHD SABRI B. YAHAYA
17 SHAHRUL B. JULI
18 HAPIZAH BT. ABD KADIR
19 FAEIZAH BT. ABU HASSAN
20 AZEMUDDIN B. HUSMAN
21 WAN RUHAILAN B. WAN ISMAIL
22 ZULHADI B. MOHAMAD


-TERIMA KASIH BUAT SEMUA-

3 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH KEPADA FATISHA AGRO FARM KERANA BERJAYA MENGANJURKAN KURSUS PENANAMAN CENDAWAN DENGAN JAYANYA...
XLUPA JUGA TAHNIAH KEPADA PESERTA-PESERTA KURSUS...
SEMOGA APA YANG DIPELAJARI DAPAT DIPRAKTIKKAN...

aamiashitake (sabri yahaya) said...

Thank You cikgu Rusila, mmg best kursus ni.. Siap ada catatan lagi.. Erkk.. PLANTA tu sapa cikgu..?

nizamsky said...

Tahniah, tahniah, tahniah! Anda berjaya selangkah lagi dalam memajukan usaha bisnes cendawan. Seronok tengok orang kita berjaya dan ada progress!