Skip to main content

Minggu Yang Sibuk & Penat

Sibuknya minggu ni... Dengan kerja-kerja di farm yang semakin bertambah dan juga persiapan kursus serta projek-projek saya yang akan datang yang semakin banyak hendak difikirkan. E-book saya masih belum siap-siap memandangkan setiap hari ada sahaja perubahan yang saya lakukan pada e-book tersebut. Saya menambah lebih banyak gambar agar mudah difahami semua pembaca. Projek-projek lain masih dalam perancangan. Kit penanaman cendawan dah dilancarkan. Kalau ada yang berminat boleh sms atau telefon saya untuk sebarang pertanyaaan.

Dua malam lepas, saya ke KLIA menghantar abang ipar yang berlepas ke Arab Saudi untuk bekerja di sana. Kerja-kerja saya di farm tergendala kerana dari tengahari saya membawa kakak-kakak, anak-anak saudara dan abang ipar membeli belah di Jusco Cheras Selatan. Takpelah sekali sekala saya kena juga berjalan. Tapi fikiran asyik fikirkan tentang farm saja.


Bawak kerja ke KLIA...:)
Photobucket

Sejak ada pekerja tetap mulai bulan januari inilah, banyak perkara yang dapat saya siapkan tanpa ada saya menangguh kerja-kerja saya yang lain. Dulu, masa buat sorang-sorang, ada kerja ni, terpaksa tangguh kerja tu. Sikap menagguh ni memang boleh bawa banyak masalah. Dah lama kan saya tak bercerita dalam blog ni. :) Ada banyak cerita sebenarnya tapi tak sempat nak menaip tentang cerita-cerita tu sebab cerita tentang bisnes sahaja dah makin bertambah. Tapi nanti saya akan cerita sesuatu tentang risiko mengambil pelaburan dari orang yang tidak dikenali tanpa perjanjian yang jelas dan nyata serta ada hitam putih. Tunggu di tulisan saya yang akan datang....

Peace... :)
Photobucket

Comments

P^LAN^TA said…
aaaaa
aamia said…
pelaburan!!?? he he.. leh cita lanjut skit yekk!! leh kongsi cerita... cam tak sabar nak dengar

Popular posts from this blog

KOS YANG TERLIBAT DALAM MENGHASILKAN 7000 BEG CENDAWAN

Mengapa saya memilih 7000 beg cendawan bagi mengira kos? Bukan 100.. bukan 500.. bukan 1000 dan juga bukan 5000?
Ia adalah kerana bagi menghasilkan 7000 beg cendawan, kita memerlukan 1 lori habuk kayu getah dari sebuah lori dengan muatan 3 tan. Bukan 3 tan habuk, tetapi lori 6 tayar dengan BTM adalah 3000 kg. Muatan habuk kayu bagi sebuah lori 3 tan hanya kira-kira 2000 kg sahaja.
Kos yang terlibat adalah seperti berikut  (harga bergantung lokasi) :
1. Habuk kayu getah (1 lori)                            : RM500.00 2. Dedak padi halus ( 200 kg)                          : RM240.00 3. Kapur pertanian  ( 1 guni)                            : RM30.00 4. Air                                                                 : RM10.00 5. VITAL (vitamin untuk cendawan 2 kotak)  : RM120.00 6. Plastik PP saiz 6'x11' (1.5 guni)                    : RM400.00 7. Set Penutup (7000 set)                                  : RM1400.00 8. Gas (12 tong gas)                                          : …

Kursus Intensif Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Fatisha Agro Farm

Tahukah anda, tanaman cendawan adalah antara salah satu jenis sayur yang boleh dikomersialkan walau hanya sekadar diusahakan di kawasan rumah anda? Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan.

 Setelah hampir 8 tahun berpindah ke Terengganu, kini Fatisha Agro Farm akan memulakan semula kursus cendawan secara intensif di Rantau Negeri Sembilan. Kursus akan dijalankan seperti di bawah.




Tarikh Pilihan: 8 Julai/ 15 Julai/ 22 Julai/ 29 Julai 2017

Tempat: AgroYin Mushroom Farm, Rantau, Negeri Sembilan

Yuran Penyertaan: RM300

Masa: 10 am - 5 pm

Sijil, beg @ bongkah cendawan, nota kursus dan makan tengahari disediakan.

Apa anda akan pelajari melalui kursus ini:

1. Cara membuat beg cendawan dari A - Z
2. Mengukus beg cendawan dengan menggunakan SOP yang betul.
3. Menyuntik benih.
4. Menjaga/menguruskan beg cendawan sewaktu proses penuaian hasil.
5. Merekod dan mengira purata hasil.

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp "KURSUS RANTAU" ke 0126221149

Whatsapp &q…

Penghantaran Beg/ Bongkah Cendawan Ke Seluruh Malaysia

Ramai yang menghubungi kami melalui telefon samada call atau mesej dan whatsap yang berminat mendapatkan beg cendawan dari kami. Walaupun lokasi kami nun jauh di Dungun Terengganu, pihak kami membekalkan beg ke seluruh Malaysia. Termasuk ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi.

Jika anda berminat untuk menjadi pengusaha cendawan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan, sila hubungi kami untu dapatkan harga terbaik. Kami bersedia membekal beg cendawan berkualiti dengan jaminan. 
Kami membekalkan 3 jenis cendawan iaitu: 1. Tiram Kelabu 2. Melati 3. Kukur/ Kulat Sisir