Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

PEKERJA SAMBILAN

Pertamanya saya nak mintak maaf sebab belum sempat update untuk kursus sabtu lepas bersama Kolej Komuniti Kuala Langat. InsyaAllah saya cuba dalam minggu ni. Apa yang buat saya tak sempat-sempat balas emel dari pembaca blog saya, banyak kerja tertangguh, dan semuanya jadi kelam kabut ADALAH KERANA saya tidak lagi mempunyai pekerja di farm saya. Jadi saya amat-amat memerlukan pekerja yang berminat untuk bekerja membuat beg media sahaja kerana saya mempunyai tempahan beg yang agak banyak bulan depan. Kalau nak kerja lain boleh jugak. Macam bersihkan farm, cabut rumput, korek beg semuanya boleh. Kecuali suntik saya tak bagi orang lain buat. Saya sorang je boleh... :D Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya untuk tujuan itu. Takde temuduga dan tak payah bawa sijil. Saya terima siapa sahaja yang boleh membaca dan mengira... Terima kasih.. :D

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU ANJURAN KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT DENGAN KERJASAMA FAF

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar... Terima kasih atas semua.... Coretan akan ditulis malam ini..

Tarikh Kursus Akan Datang

Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu anjuran FAF yang akan datang akan diadakan pada 1- 2 Mac 2008 dan 29 - 30 Mac 2008 . Penyertaan kini dibuka dan yuran penyertaan adalah seperti biasa. Sila rujuk bahagian Kursus untuk maklumat lanjut. Selain tarikh ini, pada bulan ini dan juga bulan depan, FAF juga menganjurkan kursus yang sama tetapi anjuran bersama dengan 2 Kolej Komuniti iaitu anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat pada 23 Februari 2008. Tetapi pada tarikh ini penyertaan sudah penuh. Tetapi tuan puan boleh menghubungi pihak kolej untuk mendaftar bagi kursus yang akan datang pada tarikh yang belum ditetapkan. Seterusnya adalah bersama dengan Kolej Komuniti Hulu Langat iaitu pada 15 Mac 2008 (Penyertaan dibuka kepada orang ramai). Yuran penyertaan adalah RM50 sahaja dan sesiapa yang berminat menghubungi penganjur untuk tujuan pengesahan pendaftaran melalui Puan Noorazian Mohd Arshad penyelaras kursus dari Kolej Komuniti Hulu Langat melalui no telefon 0124647712 . Sijil akan

Catatan Kursus ke-4

Syukur alhamdulillah kursus kali ke 4 anjuran FAF berjalan lancar. Kali ini peserta yang mendaftar hampir 20 orang tetapi ramai yang terpaksa membatalkan penyertaan atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Peserta akhir adalah sejumlah 11 orang. Nisbah peserta wanita kepada lelaki hampir sama. 4 peserta wanita dan 7 peserta lelaki. 7 peserta menyambung kursus untuk hari ke 2. Peserta paling jauh dari negeri kelahiran saya, Terengganu iaitu En Engku Abdul Rahman Syed Hassan yang berusia 65 tahun. Kami juga tinggal di daerah yang sama, Marang. Kebetulan projek cendawan yang bakal beliau jalankan berdekatan juga dengan rumah saya di Bukit Payung. Beliau dihantar berkursus oleh anak beliau. Begitu juga dengan seorang lagi peserta saya dari Melaka, Hj Aris Mohd Yusof yang dihantar berkursus oleh anak beliau yang merupakan peserta kursus saya sesi yang pertama pada 5 - 6 Januari yang lepas. Lain-lain peserta datang dari sekitar Lembah Kelang dan juga Negeri Sembilan. Sesuatu yang menarik pada

Trip Balik Kampung - Terengganu Kiter!!!

Lama betul tak balik kampung... Hampir 2 bulan. Jadi saya ambil kesempatan raya cina untuk balik kampung dan seterusnya yang lebih utama ada agenda saya untuk membuat kursus kepada ayah dan adik-adik saya. Perjalanan saya agak panjang juga sebab biasa lah time raya ni jalan sesak teruk. Dari tol Gombak ke Genting Sempah dah ambil masa satu jam lebih dari masa biasa hanya 30 minit sahaja. Tetapi syukurlah sebab saya selamat sampai dengan kereta saya tu. Dengan muatan yang lebih seratus kilo sebab saya bawa balik ke kampung segala bahan mentah termasuk habuk kayu getah, beg media, dedak, kapur dan set penutup untuk keperluan di sana. Ingat nak cari kat Terengganu je tapi tak sempat dah. Saya balik sekejap je. Memang tak sempat buat apa-apa selain buat kursus untuk diorang. Saya bertolak jam 1 petang dari Kajang dan sampai di rumah kakak saya (partner FAF, Zarina) di Kemaman waktu maghrib. Saya hanya singgah sekejap di sana dan bermalam di rumah kakak saya seorang lagi (Bakal pelabur baru

Perhatian!!! Blog ini sedang di naik taraf..harap maklum..

Sekarang anda sudah boleh gunaka menu yang di sediakan. Bagi kemudahan anda butiran tentang kursus,produk,profile dan lain2 boleh di akses dari tab menu di sebelah atas. terima kasih di atas segala sokongan anda. diharapkan blog ini lebih user friendly bagi pembaca2 blog ini dengan kemudahan langgani RSSfeed dan email,chatbox,dan linker.Insyallah blog ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa

Coretan Kursus Ke-3 (2 - 3 Februari 2008)

Biasanya selepas kursus, hari isnin saya ambil sedikit masa untuk membuat catatan berkenaan perjalanan kursus. Tetapi minggu lepas saya teramat-amat lah sibuk. Hari ni saya ambil sedikit masa untuk itu. Alhamdulillah kursus kali ke-3 ini berjalan dengan lancar. Daripada 16 peserta yang mendaftar, 12 orang peserta telah menghadiri kursus kali ini dengan jayanya. 3 peserta berkursus untuk sehari sahaja dan 9 peserta meneruskannya untuk hari kedua. Ia adalah trend yang sama dengan kursus-kursus sebelum ini. Ada banyak manfaatnya ia disambung untuk hari kedua, kerana banyak ilmu-ilmu tentang cendawan terutamanya berkaitan dengan pengawalan kerosakan dan penjagaan yang lebih lajut diterangkan satu persatu pada hari tersebut. Peserta kali ini datang dari kawasan sekitar Lembah Kelang sahaja. Tidak seperti sebelum ni ada yang bermalam di rumah saudara mara di kawasan berdekatan dengan FAF kerana datang dari Kedah, Kelantan dan juga Johor. Tetapi peserta kursus kali ini ada yang berasal dari t

ULANG TAHUN PERTAMA - KISAH SUKA DAN DUKA

Hari ni 5 Februari 2008 bermakna genaplah setahun penubuhan syarikat Fatisha Agro Farm. Alhamdulillah syukur pada Allah yang masih menguatkan semangat saya... memberikan ketabahan kepada hati hati, jiwa saya dan juga segala-galanya... Mengajar saya tentang pahit maung dunia perniagaan ini yang saya ambil dulu tanpa memikirkan risiko yang akan saya tempuhi. Dulu saya hanya memandang positif dan itu yang makin menguatkan semangat saya untuk meneruskan perniagaan ini. Dan Alhamdulillah, setelah setahun inilah saya dan FAF yang anda lihat hari ini. Setahun saya jatuh bangun dalam dunia cendawan ni. Menangis, ketawa, suka dan duka. Saya pernah terduduk dan pernah terjatuh. Waktu itu betapa sukarnya saya untuk bangun. Kadang-kadang saya didatangi mimpi ngeri, saya takut untuk menempuh masa depan. Rasa seperti tidak mampu untuk bangun lagi. Saya banyak termenung melihat usaha saya lebur begitu sahaja. Beg-beg cendawan yang saya usahakan selama 3 bulan rosak sekelip mata. Sampaikan orang seke

PAKEJ KIT DAN E-BOOK

Pakej A: 29 Jan 2008 1. Fazliha Abd Razak - Muar, Johor. 31 Jan 2008 1. Norashikin Johar- Kluang, Johor 6 Feb 2008 1. Ahmad Fikri - Kemaman, Terengganu. Pakej B 1 Feb 2008 1. Mohd Farhannuden Mohamad Nasir - Kota Bharu, Kelantan. Pakej A + B 31 Jan 2008 1. Abd Samad Sulaiman - Pasir Gudang, Johor. Terima kasih atas pembelian...

E-BOOK PANDUAN LENGKAP MEMULAKAN PROJEK CENDAWAN

Setelah hampir 3 bulan saya bertungkus-lumus menyiapkan e-book ini dengan material yang saya kumpul selama setahun untuk penghasilan e-book pertama saya ini, hari ni 25 Januari 2008 ia siap juga akhirnya. Jadi jangan lupa untuk memiliki E-book ini yang bukan sahaja padat, lengkap dan juga penuh dengan ilustrasi bergambar bagi memudahkan pemahaman. KANDUNGAN E-BOOK - Pengenalan tentang cendawan dan EM. - Kaedah penanaman, pengukusan, penuaian hasil, dan pembungkusan. - Gambar semua contoh-contoh kulat perosak. - Gambar contoh serangan penyakit pada cendawan. - Pengawalan kerosakan. - Penjagaan. - Bajet memulakan projek cendawan secara kecil-kecilan. - Lebih tebal, padat dan lengkap. - 110 muka surat dengan ilustrasi yang jelas. Cara Mendapatkan e-book ini... 1. Bank in RM20 ke akaun CIMB atau Maybank saya. No akaun boleh didapati disebelah kanan blog ini. 2. Smskan atau emelkan saya info berkenaan dengan traksaksi pembayaran seperti masa dan jumlah pembayaran serta alamat emel. 3. E-boo

Kit Penanaman Cendawan

KIT DIY Kandungan adalah seperti berikut: 1. Beg media matang - 2 unit 2. Habuk Kayu - 2 kg 3. Dedak - 0.2 kg 4. Kapur - 0.02 kg 5. Benih - 1 beg 6. Plastik PP - 5 kpg 7. Penutup, penutup rehat & leher - 5 Set 8. EM - 500 ml 9. Manual penanaman cendawan KIT SIAP Kandungan bagi kit siap adalah seperti berikut: 1. Beg media matang - 6 unit 2. Penutup rehat - 6 unit 3. EM - 500 ml 4. Manual penanaman cendawan Harga bagi kedua-dua jenis kit adalah sama iaitu RM50 termasuk kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM15. KIT DIY telah selamat diposkan kepada: 14 Jan 2008 1. Mohd Zaini Naiserong - Kerteh, Terengganu. 21 Jan 2008 2. Azahari Dahari - Kerteh, Terengganu. 28 Jan 2008 3. Siti Shuhada Mustaffa - Kota Samarahan, Sarawak. 4. Laili Bustami - Shah Alam, Selangor. 5. Hasmizam Hamzah - Senawang, Negeri Sembilan. 31 Jan 2008 1. Redza Jihadi - Bayan Lepas, Pulau Pinang. 6 Feb 2008 1. Mr Lim Kok Ming- Kampar, Perak. KIT SIAP

Borang Penyertaan Kursus

Nama Penuh: Alamat Surat-Menyurat No Telefon No Kad Pengenalan: Alamat Emel: Tarikh Pilihan Kursus: Bank Pembayaran Deposit: Maybank Cimb Tarikh dan Masa Pembayaran: Jumlah Pembayaran: create web form