Skip to main content

Coretan Kursus Ke-3 (2 - 3 Februari 2008)

Biasanya selepas kursus, hari isnin saya ambil sedikit masa untuk membuat catatan berkenaan perjalanan kursus. Tetapi minggu lepas saya teramat-amat lah sibuk. Hari ni saya ambil sedikit masa untuk itu.

Alhamdulillah kursus kali ke-3 ini berjalan dengan lancar. Daripada 16 peserta yang mendaftar, 12 orang peserta telah menghadiri kursus kali ini dengan jayanya. 3 peserta berkursus untuk sehari sahaja dan 9 peserta meneruskannya untuk hari kedua. Ia adalah trend yang sama dengan kursus-kursus sebelum ini. Ada banyak manfaatnya ia disambung untuk hari kedua, kerana banyak ilmu-ilmu tentang cendawan terutamanya berkaitan dengan pengawalan kerosakan dan penjagaan yang lebih lajut diterangkan satu persatu pada hari tersebut.

Peserta kali ini datang dari kawasan sekitar Lembah Kelang sahaja. Tidak seperti sebelum ni ada yang bermalam di rumah saudara mara di kawasan berdekatan dengan FAF kerana datang dari Kedah, Kelantan dan juga Johor. Tetapi peserta kursus kali ini ada yang berasal dari tempat jauh seperti Kelantan, Perak, Johor dan juga Terengganu. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada peserta kerana menyertai kursus anjuran FAF. Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya buat Mybob yang memberi taklimat untuk hari kedua berkenaan dengan pemasaran menggunakan internet. Berkenaan dengan perkara tersebut, saya memerlukan alamat emel dari bekas peserta kursus saya sebelum ini untuk di emelkan E-BOOK yang telah ditulis oleh Mybob. Saya tidak mempunyai semua rekod emel peserta saya. Jadi sila tinggalkan emel saudara-saudari sekalian di bahagian komen posting ini.

Terima kasih buat semua yang terlinat secara langsung atau tidak langsung atas penganjuran kursus ke 3 ini. Tidak dilupkan buat Mentah Resources yang membuat tajaan untuk kit yang diberikan kepada peserta. Semoga segala ilmu yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan dan seterusnya dipraktikkan. Jangan tunggu lama-lama k...

Peserta kusyuk mendengar taklimat dari saya...
Photobucket

Macam biasalah, kena mengayak habuk kayu untuk hasil yang lebih baik...
Photobucket

Masa untuk bagging...
Photobucket

Kesemua peserta kursus kali ini. Petang tu hujan, jadi suasana agak kelam...
Photobucket

JUTAAN TERIMA KASIH PADA SEMUA!!!

Comments

syia said…
bile tengok pic2 ni teringat episod 'aksi murai' kat tv3.. ada artis kene buat penanaman cendawan :)
Anonymous said…
email kan e-book penggunaan internet dari En Bob ke rizal_siemens@yahoo.com...tq..

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi