Skip to main content

Trip Balik Kampung - Terengganu Kiter!!!

Lama betul tak balik kampung... Hampir 2 bulan. Jadi saya ambil kesempatan raya cina untuk balik kampung dan seterusnya yang lebih utama ada agenda saya untuk membuat kursus kepada ayah dan adik-adik saya. Perjalanan saya agak panjang juga sebab biasa lah time raya ni jalan sesak teruk. Dari tol Gombak ke Genting Sempah dah ambil masa satu jam lebih dari masa biasa hanya 30 minit sahaja. Tetapi syukurlah sebab saya selamat sampai dengan kereta saya tu. Dengan muatan yang lebih seratus kilo sebab saya bawa balik ke kampung segala bahan mentah termasuk habuk kayu getah, beg media, dedak, kapur dan set penutup untuk keperluan di sana. Ingat nak cari kat Terengganu je tapi tak sempat dah. Saya balik sekejap je. Memang tak sempat buat apa-apa selain buat kursus untuk diorang.

Saya bertolak jam 1 petang dari Kajang dan sampai di rumah kakak saya (partner FAF, Zarina) di Kemaman waktu maghrib. Saya hanya singgah sekejap di sana dan bermalam di rumah kakak saya seorang lagi (Bakal pelabur baru FAF, Normaria) di Paka. Esok pagi baru bertolak balik. Sampai di rumah ayah hampir jam 11 pagi. Saya terus ke belakang tengok bangsal. Alamak... mananyer siap... net belum pasang lagi. Rak pun baru sebelah yang siap tu pun salah design. Ayah ni... dulu dah bagitahu macam mana... Takpelah... ayah saya lupa tu... Tak lama selepas saya sampai, Fikri dari Kemaman sampai. Beliau adalah pelanggan kit saya. Bila dia tahu saya nak balik ke Terengganu, dia mintak saya singgah di Kemaman jap untuk bincang apa-apa yang patut tentang penanaman cendawan dan sekaligus bagi kit yang ditempah. Tapi saya pun kurang pasti sebenarnya jadi tak balik ke kampung. Saya hanya buat keputusan untuk betul-betul balik rabu malam dan kit telah dipos siang tu. Bila sampai di Kemaman hari dah malam. Saya tak berani nak bertolak lewat malam ke Paka. Jadi saya bagitahu Fikri tak dapat jumpa dan apa kata beliau datang terus ke rumah saya di Bukit Payung untuk belajar buat media. Beliau setuju dan itulah yang bawa beliau sampai ke tapak projek saya di Terengganu.

Sian Fikri, kena tolong ayah saya pasang net. Maaf yer sebab menyusahkan. Lepas tu kitaorang ke tempat Lutfi untuk ambil plastik pp. Satu-satunya barang yang saya boleh lupa nak bawak pulang. Aduhai... canelah leh lupa benda yang paling penting tu. Pergi sana tak lama, kitaorang terus balik. Tapi dah sampai waktu solat jumaat jadi program di sambung selepas waktu solat.

Petang tu bermula lah aktiviti mengajar adik-adik dan juga ayah saya. Kebetulan kakak saya Normaria dan juga adik saya Zamani bersama suaminya iaitu adik ipar saya datang singgah ke rumah ayah dari Paka. Diorang baru balik dari kenduri kahwin. Jadi join lah sekali juga buat media ni. Tu yang nampak ramai je dalam gambar tu. Dah siap ajar ok lah takde masalah dah. Cuma tak boleh kukus lagi sebab ayah belum beli tong dram. Nak beli esok kata ayah. Dah pesan beli awal-awal tak beli. Esok pagi saya dah nak bertolak balik. Jadi malam tu saya tunjukkan kat lah kat ayah saya cara-cara pengukusan melalui E-BOOK saya. Ada gambar jadi lebih jelas dari bercakap.

Petang jumaat tu saya sempat ke Giant KTrg. Saja jalan-jalan bawak adik-adik. Bila lagi nak naik kereta saya kan... hehehe.... Kereta buruk je... Tapi selagi boleh bawak tu guna sajalah yang ada. Lepas tu kitaorang ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Agak letih juga sebab terpaksa letak kereta jauh dari TTI. Malam tu terlalu ramai yang datang. Harap-harap pada yang datang tu jangan datang saja-saja je. Ambil lah pelajaran. Selain dari monumen yang ada kat sana, ada tarikan lain kerana kebetulan Perkampungan Hadhari juga dibuat di sana. Jadi ada banyak pameran dan gerai jualan. Saya sempat juga jalan-jalan ke sana. Dan booth yang paling menarik perhatian adalah booth Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. Saja singgah bertanya. Dapatkan info yang boleh dikongsi bersama. Dan saya juga ke booth Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Dalam senarai kursus dan bengkel terkini, ada juga kursus penanaman cendawan. Tarikh nanti saya check balik pada borang penyertaan yang saya ambil. Jadi warga Terengganu jangan lupa sertai kursus tersebut. Tak silap saya bulan Mac ni.

Bercakap tentang pilihanraya, bahang pilihanraya di Terengganu agak terasa. Sepanjang perjalanan saya balik ke kampung, bendera-bendera sudah memenuhi setiap tiang dan juga jambatan. Hebat juga diorang ni. Semangat kuat dari orang bandar. Hari ni pembubaran parlimen telah dibuat. Dan tarikh mengundi akan diumumkan esok. Nampaknya saya kena balik kampung lagi ni. Jadi ada masa untuk merancang plan saya kat sana. Yang pasti saya sedang merancang untuk mengadakan kursus di Zon Pantai Timur pula. Tempat dah siap. InsyaAllah bulan 4 atau 5 nanti.

Tentang projek saya di Terengganu saya masih belum pasti macam mana bentuk perjalanannya memandangkan ayah saya sibuk dengan projek tanaman kelapa sawitnya. Dulu saya ingat, saya buat projek ini di Terengganu untuk beliau uruskan. Tapi sebaliknya pula berlaku. Ayah mintak saya balik untuk buat cendawan dan juga tolong dia untuk buat kelapa sawit tu sekali. Ayah dapat bantuan dari RISDA untuk tanaman sawit di tanah seluas 2 hektar. Sekarang ni dalam proses tolak tanah. Pagi sebelum saya bertolak balik, ayah ajak saya ke tapak projek. Tapi tak sempat sebab saya perlu sampai sebelum jam 6 di Bangi untuk hantar cendawan pada pelanggan saya. Tapaknya agak jauh dari rumah iaitu di Kuala Berang. Saya bagitahu ayah nanti sekali lagi saya balik saya singgah sana. Saya pun teringin nak tengok. Kalau ada rezeki saya balik ke Terengganu, saya akan selitkan juga tanaman cendawan antara kelapa sawit tu.. :)

Tu sahaja cerita saya di Terengganu. Tak puas sebab balik hanya sehari je. Tak sempat nak ajar sepenuhnya tentang cendawan pada ayah dan adik-adik. InsyaAllah nanti balik lain kali saya akan ajar lagi pada diorang semua.






Jejak juga BCW ni kat Terengganu....

Photobucket


Ayah tengah pasang netting di bantu oleh Fikri
Photobucket

Ayah la buat semua rak ni...

Photobucket

Ayah dan Fikri bancuh media...

Photobucket

Gotong royong hancurkan media yg berketul dan buang serpihan kayu kecik...

Photobucket

Bagging time!!!

Photobucket

Siap!!!

Photobucket

Seronok adik muna n izati belajar korek...

Photobucket

Rak yang masih banyak kosong... ayah saya buat single rack...

Photobucket

Singgah di Taman Tamadun Islam

Photobucket

Booth Jabatan Pertanian dan contact person

Photobucket

Photobucket


Perang bendera di Terengganu

Photobucket


Kan bagus kalau mereka sama-sama bersatu seperti bendera-bendera ni...

Photobucket

selamat tinggal Terengganu!!!

Photobucket

Comments

Anonymous said…
Wah dah ada cawangan T'ganu. Atau nak kena balik terus ?
Anonymous said…
hehehe.. tak tahu lagi. tgk keadaan dulu...
Anonymous said…
Abis, kalau balik terus, macam mana yang di Sg Ramal tu. Mungkin ada saudara/sahabat tolong uruskan tak?
Anonymous said…
dua2 on jer..satu tumpu pada production..satu tumpu R&D+Kursus..maju terus maju...hehehe
Anonymous said…
esamus...
belum pasti lagi cane.. tapi yg kat sunagi ramal akan berjalan tak kurang dari 3 tahun...

anony...
insyaallah ada plan gitu...
Anonymous said…
Kepada sesiapa yang ingin membeli tiket bas untuk balik ke Terengganu atau lain-lain destinasi seluruh semenanjung Malaysia kecuali ke negeri Kelantan, sila hubungi saya:

016-905 0556

Harga tiket adalah lebih murah berbanding di kaunter.
Bas adalah bas ekspress Maraliner (murah+selesa+selamat).

Harga istimewa kepada mereka yang berada di sekitar UPM Serdang, Uniten Bangi, UKM Bangi, KLIUC, Kajang dan Putrajaya.

Kami hantar tiket terus ke lokasi anda.

Maklumat lanjut dan tempahan hubungi:

016-905 0556

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi