Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Friday, March 28, 2008

Benih Kelapa Sawit Dikehendaki & Minyak Masak Untuk diJual

PERHATIAN....

Kepada sesiapa yang mempunyai benih kelapa sawit yang tingginya 3 kakinya, sila hubungi Cik Rohaida ditalian 0126649301. 500 pokok diperlukan setiap 2 hari. Beliau juga memerlukan pemborong minyak kelapa sawit.

Thursday, March 27, 2008

PERHATIAN BUAT PESERTA KURSUS PADA 15 MAC (ANJURAN KKHLA)

Berlaku sedikit kekeliruan pada hari kursus. Kit sepatutnya diberikan kepada semua peserta. Jadi buat peserta yang terlibat, sila datang ke farm saya untuk mengambil kit tersebut. Terima kasih...

SALAM UNTUK SEMUA...

Maaf lah sebab terlalu lama menyepi... Sejak menguruskan FAF bersendirian masa didepan komputer menjadi kurang. Tetapi dah hampir seminggu saya mempunyai 2 orang pekerja yang berdedikasi. Sehinggakan steamer dan 4 tong dram saya sekarang jem sebab beg terlalu banyak nak dikukus. Bilik peram saya yang dah kosong minggu lepas dan terisi separuh dalam masa seminggu je. Ini perkembangan yang baik buat FAF. Nak menunggu saya seorang susah la nak penuh. Saya nak target nak penuhkan dalam masa seminggu dua lagi.

InsyaAllah perkembangan 3 kursus yang belum diupdate ke blog akan dipaparkan secepat mungkin. Hari sabtu ni kursus kali ke 6 saya sendiri dan masuk ke 8 termasuk kursus anjuran kolej komuniti. Semoga perjalanan kursus saya berjalan dengan jayanya. Minggu ni saya tengah nak uruskan penghantaran sijil untuk kursus kali ke 3 iaitu kursus pada 16 - 17 feb yang belum diberikan sijilnya pada peserta kerana masalah printer haritu. Biasanya sijil diberikan pada hari kursus. Itulah satu-satunya hari sijil tidak disampaikan pada hari kursus tamat. Saya memohon ribuan kemaafan atas kelewatan. Teringat dulu masa saya join kursus pertama saya anjuran syarikat swsata seperti saya la. Kebetulan saya join kursus batch pertama syarikat tersebut. Sijil tak dapat pun sebab masa nak join pun tak diberitahu adanya sijil. Tapi sejak saya mendapat sijil semasa berkursus di UPM, saya terus minta sijilnya. Dan saya hanya mendapatnya selepas hampir setahun. hehehe... Saya join bulan Januari 2007 saya dapat sijil tersebut bulan November 2007. Lama kan? Tapi saya takde la niat nak buat macam tu. yang pasti sijil dah disiapkan dan tunggu unuk diprint dan dipos sahaja. Itu kerja saya semalam la.

Saya ada beberapa pengumuman untuk pengusaha cendawan yang berdekatan dengan tapak projek saya. Bukan apa-apa un just nak bertanya, kalau sekiranya mereka ada stok cendawan. Saya amat-amat memerlukannya. Anggaran minimun 10 - 20 kg sehari. Boleh la hubungi saya dan saya akan ambil sekiranya harga menepati apa yang saya nak sebab saya pun nak jual balik. Lagi apa yer, lupa lak saya... Nanti dah ingat saya bagitahu.. :) .

Satu lagi... Sesiapa yang memerlukan beg media cendawan, boleh la membuat tempahan atau hubungi saya untuk tujuan tu. Ada beberapa rakan pengusaha yang meminta jasa baik saya untuk menjualnya. Saya sendiri sekarang boleh hasilkan lebih kurang 8k beg sebulan. Jadi tak perlu menunggu lama sekiranya memerlukan beg media.

Itu sahaja dari saya harini. dah lama tak menulis ni biasala, selain pembaca yang tegur, big boss akan tegur juga. Jadi biasanya kalau dah kena tegur tu memang laju la saya update. hehehe.... Jadi, tegur-tegurlah saya... :)

Sebelum saya terlupa.... terima kasih yang tak terhingga buat BOB JUTAWANTANI kerana telah menukar rupa blog saya ni. Dah lama nak buat dedikasi tapi tak sempat. jadi sekiranya ada sesiapa yang memerlukan khidmat menukar rupa blog boleh la hubungi beliau. Pasti harganya berpatutan.. :)

Sekian terima kasih...

Monday, March 17, 2008

LEMBU BETINA (KK) DIKEHENDAKI SEGERA

Sesiapa yang mempunyai stok lembu betina jenis KK dengan berat antara 180-210 sila hubungi Cik Anga di talian 0126649301 dengan segera. 600 ekor diperlukan.

Monday, March 10, 2008

Catatan Kursus Ke-5

Kursus kali ke - 5 anjuran FAF telah dijalankan pada 1 - 2 Mac 2008. Terdapat 8 orang peserta yang telah menyertai kursus pada kali ini. Kali ini semua peserta yang terlibat adalah lelaki dan seorang dari peserta berketurunan India. Selain itu, pihak FAF juga menerima penyertaan dari seorang pensyarah dari UITM Dungun, Terengganu. Jauh datang semata-mata nak belajar tentang cendawan. Beliau mendapat tahu kursus anjuran FAF ini adalah dari salah seorang bekas pelajar UITM yang menyertai program Tunas Mekar iaitu kawan yang saya kenali melalui Forum Bicara Jutawan hasil sembang-sembang mengenai cendawan sejak setahun yang lepas. Sampai sekarang jadi kawan baik dan dia juga membantu FAF pada kursus kali ni.

Kursus berjalan lancar dan 3 orang peserta telah menyambung ke hari kedua. Oleh kerana kursus kali ini hampir-hampir dengan pilihanraya, topik sembang-sembang sewaktu rehat pun pasti tentang pilihanraya. Gempak jugak... Pada semua peserta diharapkan dapat mempraktikkan ilmu yang telah dikongsi bersama di sini. Selamat Berjaya Untuk Semua!!!

Gambar kenangan sepanjang kursus....


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

PILIHANRAYA, RUSILA & ABANG

Pilihanraya dah berakhir… Gelombang baru bakal menanda Malaysia merujuk kepada keputusan mengejut pilihanraya kali ke 12 ni. Saya tak mahu memberi banyak ulasan tentang keputusan pilihanraya kali ni. Yang penting Malaysia terus aman dan makmur dan keputusan ini akan memberi impak yang baik kepada perkembangan sosio ekonomi Malaysia bagi segenap lapisan. Yang paling saya ingin lihat Pertanian lah. Lebih-lebih lagi di negeri Selangor ni. Harap-harap senang la nak mohon tanah nak buat projek pertanian.. :)

Malam pengiraan undi tiba-tiba saya atau RUSILA… heheheh… Glamer kejap...jadi topik utama di TV3. Jangan keliru ia adalah sebuah nama kampung di Marang Terengganu. Negeri dan juga daerah kelahiran saya. Dan tiba-tiba semua orang luar dari Terengganu yang merupakan kenalan saya mula bertanya dan menyedari yang nama saya berasal dari nama kampung tersebut. Yang pasti ayah saya je yang tahu dari mana asal usul nama saya. Saya sendiri kurang pasti walau sudah banyak bertanya waktu kecil dulu. Dah besar ni malas nak bertanya lagi. Kes yang berlaku di Rusila juga berlaku di tempat saya. Di depan mata saya sendiri dan saya banyak mengambil gambar-gambar tersebut. Nak tgk ke? hehehe...

Beberapa bas ekspres yang lalu di jalan berhadapan rumah lama ayah saya yang kebetulan di sebenlah pusat pengundian iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa banyak yang pecah cerminya. Masa lalu sudah pecah bukan dilempar batu oleh penduduk kampung saya tapi orang lain. Tak pasti lah kat mana. Pada pilihanraya kali ni, saya datang berkereta bersama adik-beradik dari Bukit Payung kerana ayah sudah berpindah ke sana. Kalau sebelum ni hanya berjalan kaki kerana rumah saya sebelah sekolah sahaja. Kebanyakan adik beradik saya balik mengundi tapi banyak juga yang tidak. Lagi-lagi kerana abang saya yang tinggal di Johor sedang sakit tenat. Dua orag abang saya yang bekerja di sana tidak pulang. Abang di Melaka juga tak. Habis cerita tentang pilihanraya. Macam kata DJ kat ERA ke Hotfm saya lupa tentang suatu lagu tu. Yang sudah tu sudah lah. Takkan yang sudah tu belum kan? Hehehe…

Saya sampai di Bangi semalam jam 10 pagi setelah bertolak dari Paka jam 5 pagi dengan berkereta. Saya sepatutnya menaiki bas jam 11.30 malam di Paka tetapi sesuatu yang berlaku pada abang mengubah plan asal. Abang saya sakit tenat dan sekarang berada di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kakak yang paling sulong minta kami bawa balik abang ke kampung untuk berubat secara kampung. Abang sudah tak boleh berjalan dan bercakap. Kami adik beradik sudah memohon kepada hospital agar transfer abang ke hospital KT ataupun terus bawa ke rumah ayah tapi tak dapat. Diorang minta kami bawak balik sendiri. Jadi sebagai adik yang berkerja sendiri saya ambil tanggungjawab tu. Adik-beradik yang lain semua kerja makan gaji. Saya ke Bangi dulu menyelesaikan sedikit kerja. Bersama saya adik perempuan saya yang bekerja sendiri juag menjahit di rumah dan adik lelaki saya. Tengahari ni saya akan bertolak ke JB untuk misi membawa abang saya pulang ke kampung. Semoga perjalanan saya selamat. Risau juga sebab JB – Trg bukannya dekat. Tapi itu sajalah yang termampu.

Jadi sepanjang minggu ni saya sibuk dan apa yang saya sempat lakukan hanya persiapan untuk kursus pada sabtu ini bersama Kolej Komuniti Hulu Langat. Perancangan lain lebur tapi itulah namanya pengorbanan untuk adik beradik sendiri. Hari ni mereka susah dan perlukan kita, esok lusa kita susah mungkin kita juga perlukan mereka. Saya akui adik beradik saya tidak berapa rapat, tapi alhamdulillah bila tiba suatu perkara seperi ini mereka bersatu. Sorang bagi saya kereta, bagi duit saku, adik korbankan masa dan macam-macam lagi. Cerita masih panjang untuk dicoretkan semua. Apa-apa pun semoga yang baik-baik saja untuk abang saya. Semoga Allah panjangkan umurnya dan cepat sihat.

Sekian

Thursday, March 6, 2008

PEMBETULAN

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN ANJURAN KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT DI FAF ADALAH SELAMA SATU HARI SAHAJA IAITU PADA 15 MAC 2008... SILA HUBUNGI PUAN NOORAZIAN (0124647712) UNTUK KETERANGAN LANJUT. HARAP MAKLUM...

2, 3 Minggu Yang Terlalu Memenatkan....

Sekarang saya di Terengganu. Tahu-tahu sajalah tujuan saya balik kampung. Sabtu ni hari mengundi jadi saya balik. Kalau tak balik nanti ayah marah. Kena tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Jadi balik sajalah. Kerana kehabisan tiket saya balik awal. Sekarang saya ada banyak masa nak menulis panjang walaupun seharian harini saya habiskan dengan tidur dan duduk dalam rumah sahaja. Tak kena matahari langsung saya harini. Putih sket. Hehehe…. Lama betul tak menulis panjang-panjang. Menulis tentang sesuatu yang saya lalui. Menulis itu hobi saya. Tajuk harini agak panjang. Banyak perkara yang ingin diceritakan. Banyak cerita yang tak tercoret di sini. Dua kursus yang terakhir pun saya tak sempat untuk buat ulasan. Semua ni kerana saya tiada pekerja lagi.

Hidup saya makin sibuk. Penat. Terlalu penat!!! Sms yang saya terima kadang-kadang tak terbalas. Begitu juga dengan emel. Juga panggilan telefon. Quotation, invois dan macam-macam benda saya tak sempat buat. Rasa bersalah yang amat sangat. Takut juga dikatakan sombong sedangkan saya ni nak berniaga. Sejak saya uruskan seorang semula farm saya, saya balik setiap hari dari farm 2,3 pagi. Kadang-kadang 4, 5 pagi. Nasib baik belum berkeluarga. Kalau tak nanti marah sang suami. :) Cendawan pun dah lama saya tak sempat hantar ke restoran. Saya hanya utamakan pada pelanggan yang sedia mengambil di farm dan pelanggan yang confirm amik tiap-tiap hari. Peristiwa yang terbaru, saya dimarahi pemilik restoran kerana kejap hantar kejap tidak. Kalau dulu saya hanya dengar je perkara ni dari kawan-kawan pengusaha cendawan yang lain. Sekarang saya alaminya sendiri. Lepas ni takutnya saya nak hantar balik. Dah dua minggu saya membisu je tak hantar kat restoran.

Sekarang ada juga yang datang kerja sambilan. Itu sedikit meringankan kerja saya. Saya nak mencari pekerja tetap. Nak ambil adik-beradik sendiri kalau boleh tapi diorang lebih senang memilih untuk kerja di kampung. InsyaAllah bulan April ni saya ada pembantu bahagian pentadbiran. Jadi saya boleh tumpukan pada penghasilan beg. Minggu depan bilik peram saya bakal kosong. Dah ada pembeli yang akan memborongnya. Dia nak banyak lagi tapi itu sahaja yang saya ada. Kalaulah saya boleh buat beg macam dulu. Saya sorang pun paling kurang dengan kudrat saya 3000 beg sebulan. Tapi untuk bulan Februari je rasanya seribu beg pun belum tentu sampai.

Saya ada banyak perancangan yang belum tercapai. Nak pindahkan tempat simpan habuk kayu dan nak buat bangsal baru. Dengan duit simpanan yang ada sekarang insyaAllah dah boleh buat satu bangsal lagi. Untuk peram je. Jadi saya boleh tambahkan beg untuk penuaian. Sekarang tuaian saya masih sedikit di bawah 10kg sehari. Sejak saya guna EM dan juga sejak orang kampung membuat laporan pada Jabatan Alam Sekitar dan JAS memberi amaran pada tuan tanah kerana melakukan pembakaran terbuka, beg-beg saya tidak banyak rosak lagi seperti suatu ketika dulu. JAS pun lembab. Masa JAS datang kebetulan saya ada. Saya tanya kenapa. Diorang bagitahu ada laporan dari orang kampung. Dah banyak sangat laporan. Yelah sejak hampir setahun saya di tapak tu, sejak itu lah ada pembakaran. Dan baru sekarang baru diorang datang ambil tindakan??? Memang tak boleh harap. Ada ke tunggu sampai setahun baru nak ambil tindakan? Dan akhirnya saya dituduh oleh tuan tanah yang saya yang buat laporan walaupun bukan saya sebenarnya. Pernah juga terlintas dihati untuk berbuat sedemikian tapi saya tak berbuat demikian yang pastinya. Seorang peserta kursus saya pun pernah memberikan saya cadangan agar berbuat demikian sebab pada hari kursus pun diorang sanggup bakal sampah depan peserta kursus saya. Kalau dulu asap berkepul-kepul masuk ke bangsal saya, dan baju saya berbau seperti baru keluar dari kawasan pembakaran sampah sekarang tak lagi. Syukurlah….

Saya berniat untuk berpindah sebenarnya. Tapi untuk berpindah saya perlukan modal yang besar. Perlu cari tapak yang benar-benar sesuai. Jadi kadang-kadang ia memberi sebab kepada saya untuk menangguhkan pembinaan struktur baru di tanah tu. Tapi ruang habuk kayu tetap akan saya pindahkan ke tepi jauh sedikit dari bangsal tuaian. Tanah saya sempit dan itu juga yang agak menyusahkan saya. Ruang yang ada pun belum tentu boleh dipakai kerana struktur tanah yang tidak sesuai. Dah tiba masa saya membuat pinjaman. Saya rancang sebelum 2009 saya akan berpindah ke tapak baru. Saya nak pastikan segalanya di tapak sekarang selesai dahulu.

Saya sentiasa harap yang saya akan lebih tabah, lebih kuat…. Saya ingin kejayaan yang lebih besar untuk FAF… Buat masa sekarang mungkin orang lain ia sudah cukup untuk dibanggakan tapi pada saya belum lagi. Mungkin kerana juga saya usahakannya seorang diri jadi ia begitu mengujakan orang lain. Saya sendiri pun terfikir bagaimana saya boleh lepas ke tahap ini dengan kudrat saya. Semua ni juga berkat pertolongan dari rakan-rakan pengusaha yang lain. Yang membantu dari jauh juga. Tak kira cendawan, kambing atau apa-apa bidang pertanian yang lain, ia memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan FAF. Dunia internet ni banyak membantu. Jadi nasihat saya pada pengusaha dan juga bekas-bekas peserta anak didik saya, gunakanlah saluran ini dengan sebaiknya.

Sekian…

p/s: Pada peserta kursus sesi ke 4 yang belum mendapat sijil saya akan bagi dalam masa yang terdekat. insyaAllah bulan ni. Juga berkenaan dengan e-book panduan usahawan tani yang belum sempat lagi saya emelkan akan saya cuba emelkan kalau tidak bulan ni paling lewat bulan 4.


Merenung masa depan... Semoga segala baik-baik sahaja untuk masa depan FAF..
Photobucket