Powered By

Sila "bookmark" blog ini menggunakan Social Bookmark kegemaran anda:

Powered by Blogger

Wednesday, April 30, 2008

PENGUMUMAN:kambing jamnapari

Mencari KAMBING JAMNAPARI sila berhubung dengan Cik Rohaida ditalian 0196416251.

jenis: Jamnapari baka jantan, umur : 15-18 bln dengan berat 45-55kg

kuantiti diperlukan:64 ekor

jenis: Jamnapari betina, umur 12-15 bln, berat 25-40kg

kuantiti diperlukan :640 ekor

SILA quote termasuk harga dari ladang, insurans, transportation ke terengganu

Monday, April 28, 2008

Setahun Dalam Kenangan

27 April 2008 genapnya setahun saya bertapak di Lot 6029 Kg Sungai Ramal Dalam. Ia tarikh bangsal saya dimulakan pembinaannya. Segala suka duka dah saya tempuh di situ. Jatuh, bangun dan segala-galanya. Itulah pengalaman paling berharga sepanjang hidup saya. Menguruskan sebuah perniagaan bersendirian, dari tanah kosong sehingga terbinanya FAF dalam bentuk yang saya impikan walau tidak sepenuhnya ia dapat dilaksanakan kerana tanah yang terlalu kecil. Tapi sebagai satu permulaan ia merupakan sesuatu yang amat-amat saya kenang dan sayang. Walau saya seorang tetapi saya amat-amat bersyukur di belakang saya ada seorang kakak yang mengambil risiko yang besar untuk mengeluarkan wang poketnya untuk merealisasikan projek ini. FAF terbina bukan dari usaha saya seorang. Tapi dari penat jerih kakak selama ini bekerja untuk mengumpul simpanan demi masa depannya dan juga dari ayah yang saya sanjung dan sayang walau setelah setahun saya di sini ayah masih belum melihat lagi hasil usaha saya dari pinjaman saya buat dari beliau. Mungkin cerita dari jauh sudah cukup untuk dia percaya. Syukur saya panjatkan sekali lagi pada Yang Esa...

Saya tak banyak masa untuk bercerita seperti dulu. Tapi saya ingin benar menulis panjang-panjang seperti dulu tetapi masa belum mengizinkannya. Alhamdulillah setelah setahun bergiat dalam bidang ini, saya mula melihat potensi yang amat cerah walau pada permulaan yang saya nampak hanya cahaya yang malap. Malap bukan kerana ia gelap, tiada harapan, tetapi sikap saya yang tidak cuba mengkaji peluang yang ada di depan mata. Peluang terlalu banyak, tetapi saya mengambil masa yang terlalu lama untuk merebutnya. Saya kadang-kadang selalu memberi alasan yang saya sendiri, saya seorang, saya tiada siapa-siapa tanpa saya sedar di belakang saya banyak yang menyokong, banyak yang membantu. Saya ada ramai kawan rapat, yang sanggup menolong hingga mencuri masa sendiri. Ada yang selalu datang membantus aya di FAF. Tetapi saya masih beralasan. Alasan yang diberi memang sekadar alasan sedangkan saya sebenarnya mampu lakukannya. Tapi itulah saya, mengambil masa yang terlalu lama dan itulah yang selalu merugikan saya. Jadi pada sesiapa sahaja, rebutlah peluang yang ada. Jangan menunggu peluang datang, tetapi kita mencipta peluang itu.

Sekarang saya sudah boleh menarik nafas lega. FAF sekarang mengorak langkah baru. Meneroka peluang yang ada. Menggunakannya sebaik yang mungkin. Apa yang penting, saya kini tidak lagi sendiri kerana sudah mempunyai staf dan rakan kongsi baru yang membantu dari segi pentadbiran dan juga operasi. Ia melicinkan lagi perjalanan FAF untuk masa depan. Saya masih ada banyak lagi perancangan yang belum tercapai. Dalam setahun dua saya berharap saya dapat capai matlamat yang diharap-harapkan selama ini.

Buat semua pembaca setia blog Siswazah Tani, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan semangat yang anda berikan kepada FAF. Juga kepada peserta kursus FAF atau kolej komuniti yang sudah mencecah hampir 200 orang, saya berharap segala ilmu tentang penanaman cendawan yang telah dikongsi bersama dapat dimanfaatkan seterusnya. Jangan patah semangat bila ditimpa apa-apa dugaan kerana ia adalah satu langkah menuju kejayaan. All the best...

"Pertanian Adalah Perniagaan"

Friday, April 25, 2008

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU- MUTAKHIR BULAN APRIL

Tarikh: 26-27 April 2008
Tempat : Fatisha Agro Farm, Lot 6029 Jln Masjid, Kg Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor.
Bayaran; RM180 (sehari), RM250 (2 hari)
Hubungi : Rusila - 0126221149, 0136721141

Wednesday, April 23, 2008

Baja Tahi Kuda

Kepada sesiapa yang memerlukan baja tahi kuda, sila hubungi saya di talian 0126221149. Terima kasih...

Pembekal Cendawan Tiram Kelabu di Pulau Pinang

Kepada sesiapa yang mempunyai bekalan cendawan segar dalam kuantiti 2 - 3 kg sehari, sila hubungi Cik Hazirah di talian 0174807271. Beliau berada di sekitar USM Penang. Terima kasih...

Monday, April 21, 2008

Kursus Bersama Kolej-Kolej Komuniti

Sabtu dan ahad yang lepas telah selesainya dua kursus yang berlainan anjuran Kolej Komuniti. Pada hari Sabtu adalah kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHLA) dan pada hari ahad adalah kursus fasa 2 anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat(KKKLA). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ramai peserta yang telah mendaftarkan diri tetapi tidak memunculkan dirinya pada hari kursus tersebut.

Kursus anjuran KKHLA disertai seramai 15 orang peserta daripada 23 orang yang telah mendaftar. Manakala bagi kursus anjuran KKKLA pula, sepatutnya 30 orang peserta kursus fasa 1 dulu menyertai semula kursus untuk fasa dua ini, hanya 13 orang peserta yang kembali untuk menyambung sesi kursus. Saya pasti 13 orang inilah yang bersungguh-sungguh untuk memulakan projek ini kerana kebanyakan peserta yang hadir adalah peserta yang membeli beg pada kursus pertama dulu.

Yang agak melucukan ialah, kerana sesi pembelajaran dulu belum habis, dan beg sudah dibeli, maka bermacam-macam lah kisah yang dibawa untuk kursus fasa dua ni. Cendawan tak keluar lah dan macam-macam lagi. Selepas kursus fasa dua ini, saya yakin peserta tidak lagi keliru dengan proses yang perlu dilakukan terutamanya dalam hal-hal penjagaan beg dan juga pengawalan kerosakan.

Semoga pada kursus-kursus akan datang, lebih ramai peserta dapat menyertai kursus ini bagi menambahkan pengetahuan tentang penanaman cendawan. Selain itu pengajaran berharga pada penganjur kursus ialah kepentingan deposit yuran kursus bagi mengelakkan pembaziran dari segi makanan kerana tempahan perlu dibuat sekurang-kurangya sehari sebelum kursus.

Terima kasih pada semua yang terlibat...


PESERTA KKHLA

Photobucket


Photobucket


PESERTA KKKLA

Photobucket

Photobucket

Tiba Masanya...

Photobucket


Mungkin dah tiba masanya saya mempercepatkan proses perpindahan ke tempat baru. Apa yang berlaku 2,3 hari ini agak merungsingkan saya. Tuan tanah sudah mula menutup pili air utama agar saya tidak dapat menggunakannya. Semua ni gara-gara bil airnya yang naik mendadak sejak sebulan dua ni. Tapi saya dah berjanji pada beliau, saya akan membayar lebihan air tersebut. Saya hanya mendapat air apabila dia mula membuka pili tersebut sewaktu airnya tangkinya mula kering. Sedangkan saya tiada air tangki. Nasib baik kebelakangan ni hujan. Ada juga saya menadah air tersebut sebagai persediaan memnghadapi apa-apa kemungkinan.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang tidak menyenangkan saya. Hendak pergi bekerja pun saya rasa tidak selesa setiap kali melalui jalan yang perlu melalui rumah beliau. Bayaran sewaan dh pasti juga bertambah untuk bulan ni. Dengan tanah seluas tu saya tak mungkin dapat embesarkan projek saya. Hendak pindahkan ruang habuk kayu saya ke tanah sebelah tu pun dia dah tak bagi. Hmm... Memang saya perlu segerakan mencari tapak baru...

Friday, April 18, 2008

Pakej RM3500

Ramai yang telefon saya bertanya tentang pakej ni. Jadi di sini saya bagi sedikit info. Harganya boleh berubah bergantung kepada tempat. RM3500 adalah bajet yang terendah. Biasanya tidak lebih dari RM4000.

Ia adalah bergantung kepada tempat yang ada. Pakej ni untuk projek kecil-kecilan di rumah. Bangsal kecil yang boleh memuatkan 1000 beg akan dibina. Saiznya bergantung kepada tempat juga. Tapak yang diperlukan paling kurang adalah 10'x6'. Ruang penyediaan media juga dibina dan juga tempat kukusan bersama set tong dram yang boleh memuatkan 120 beg media siap dengan penutup, tapak kukusan, kayu lapik dan getah pengikat. 1000 beg media separuh matang juga termasuk dalam pakej ini.

Sekiranya berminat boleh hubungi saya untuk melihat tapak dan membuat anggaran bajet. Terima kasih.

Ingin Memulakan Projek di Terengganu? Pakej Bangsal Cendawan dan Rumah Kedai

Selepas berbincang dengan ayah, bangsal saya di Bukit Payung, Terengganu perlu disewakan memandang saya belum pasti akan balik selepas projek cendawan saya di sini semakin menunjukkan tanda-tanda yang positif dan begitu menggembirakan orang yang banyak membantu dari segi kewangan kepada FAF. Saya sedang merancang untuk berpindah ke tapak lebih besar untuk meningkatkan lagi hasil keluaran cendawan FAF yang menjadi 'main reason' saya memulakan perniagaan ni.

Bagi yang berminat untuk memulakan projek di Terengganu terutamanya bagi warga Terengganu yang tinggal berhampiran dengan rumah saya di Kampung Binjai Bongkok saya ingin menawarkan pakej penyewaan untuk memulakan projek cendawan di sana. Mungkin ramai yang tak punya modal yang besar untuk memulakan sesuatu projek memandangkan untuk bermula, sekurang-kurangnya kita memerlukan modal lebih kurang RM20 ribu untuk menyiapkan fasiliti seperti bangsal cendawan, bilik suntik, tempat bancuh, ruang habuk kayu, bilik peram, stor dan lain-lain.

Kebetulan di hadapan bangsal cendawan yang bersaiz 20'x20' tersebut ada satu pintu rumah kedai kepunyaan ayah saya yang baru sahaja siap diubahsuai dari sebuah rumah kayu. Rumah kedai bersaiz 20'x50' dan terdapat sebuah bilik. Kedai tersebut boleh la digunakan sebagai tempat bancuh, suntik benih, stor dan juga peram. Manakala bangsal cendawan di belakang kedai tersebut sebagai tempat penuaian. Jadi tak perlulah memikirkan untuk mencari modal yang besar bagi memulakan projek. Hanya keluarkan sedikit modal untuk sewaan dan juga membeli bahan mentah.

Pada sesiapa yang merancang untuk memulakan projek cendawan berhampiran kawasan tersebut boleh la hubungi ayah saya , En Yusof B. A Rahman di talian 0139039329.

Pakej Bangsal Cendawan dan Rumah Kedai.
Bangsal - saiz 20' x 20' dengan rak dan beratap nipah.
Kedai - saiz 20' x 50' dengan satu bilik.
Sewaan - RM500 sebulan.

Thursday, April 17, 2008

Mencari Tanah Untuk Disewa

Saya mencari tanah di sekitar Bangi, Kajang, Semenyih atau sekitar daerah Hulu Langat untuk disewa. Sekiranya ada info, boleh la tolong maklumkan pada saya. Terima kasih.

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TERKINI

KURSUS CENDAWAN DI KEDAH

Masa : 9am- 6.30am (sehari)
Tarikh :26 April 2008 @ 3 Mei 2008
Tempat : No 121 Kampung Paya Semambu 14200 Relau Kedah.
Anjuran :ZD sinar Impian bersama Pengusaha Relau.
WEB: www.ahzago.blogspot.com

Hubungi: 012- 4537864 (hadi zainudin)
: 017- 4705532 (hadi majid)
: 012- 4703609 (rose)


KURSUS CENDAWAN DI PERAK


Photobucket

KURSUS CENDAWAN DI PAHANG

Photobucket


KURSUS CENDAWAN DI JOHOR

ANJURAN : SAIFULAM-AGROFARM
TARIKH : 26 APRIL 2008 (SABTU)
27 APRIL 2008 (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
LOKASI : KG PT HASSAN,82200,
BENUT,PONTIAN,JOHOR.
PAKEJ A : RM 180 (SABTU SHJ) PAKEJ B : RM250 (SABTU & AHAD)
TERHAD KEPADA 1O PESERTA SAHAJA
TEORI DAN PRAKTIKAL (MAKANAN DISEDIAKAN)
SILA HUBUNGI : AM-0137501589

Kursus Penanaman Cendawan Anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat - 19 April 2008

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus tersebut sila hubingi Puan Noorazian Mohd Arshad di talian 0124647712. Bayaran kursus adalah sebanyak RM50 sahaja.

Tuesday, April 8, 2008

Bangsal Cendawan Siap Untuk Disewa Di Terengganu

Sesiapa yang berminat untuk menyewa bangsal cendawan saya di Terengganu iaitu di Kg Binjai Bongkok Bukit Payung Marang Terengganu boleh la hubungi saya di talian 0126221149 atau 0136721141. Bangsal bersaiz 20x20 berbumbung nipah, dengan rak yang boleh memuatkan hampir 7000 beg.

Saya memang dah tak dapat nak usahakan di sana sebab banyak sangat kerja kat sini. Jadi kalau ada yang berminat menyewa, saya akan menyediakan khidmat konsultansi dan juga membekalkan segala keperluan penanaman di sana. Harga sewa boleh dibincang. Fasiliti yang lengkap termasuk api dan air. Berdekatan pekan Bukit Payung. Sekian terima kasih.

Kursus Terkini

Sila rujuk bahagian kursus untuk jadual terkini. Sabtu dan ahad ni adalah kursus seterusnya. Pendaftaran dibuka.

Untuk kursus anjuran Kolej Komuniti, Sila rujuk www.kkhla.edu.my dan www.kkkla.edu.my

Modem Meletop... dan Tanah Baru

Servis internet kat rumah takde dah hampir seminggu. Semua ni gara-gara kena petir minggu lepas. Belum sempat nak pegi tukar lagi. InsyaAllah nanti ada berita terbaru saya nak nyatakan di sini. Sekarang saya guna di cc.

Sabtu lepas saya dah pergi tengok 2 tapak tanah yang difikirkan sesuai untuk projek saya ni. Satu di Daerah Kuala Langat satu lagi di Hulu Langat. Sama macam kolej yang anjurkan kursus bersama saya lak. hehehe... Dekat Kuala Langat tu rasanya tak berapa sesuai. Dekat Hulu Langat nampak macam ok. Sebelah je dengan IKBN Dusun Tua. Harga sewanya pun ok lah. Di Hulu Langat tu 1 1/2 ekar saiznya. Kalau nak amik semua besar. Saya sedang fikir-fikirkan pelaksanaan projek di sana nanti.

Sejak seminggu dua ni saya terima lawatan dari Pegawai Mardi dan juga Jabatan Pertanian. Orang Jabatan Pertanian dah mintak saya usulkan bantuan untuk FAF. Katanya nak senang gi la jumpa Pengarah terus. Sebab pengarah tu suka bantu belia. Kawan dia pun dah dapat RM20k. InsyaAllah saya akan cuba untuk projek di tapak baru. Tapi nak pindah pun saya nak kena fikir panjang-panjang ni. Nak modal yang besar juga walau seorang kakak saya yang satu lagi tu dah bagi persetujuan untuk bagi modal kat saya paling kurang RM20k.Tapi mana cukup kan. Saya perlukan paling kurang RM50k untuk pindah ni. Nak buat projek besar terus. Kecik-kecik ni tak berbaloi. Pe2 pun tunggu lah sebulan dua lagi. Lagipun saya tengah nak siapkan beberapa projek kecik saya.

Bagi sesiapa yang nak start projek di rumah secara kecil-kecilan, dengan permulaan beg sebanyak 1000 beg, boleh la hubungi saya untuk bantuan membuat mini projek. Kosnya lebih kurang RM3500 siap dengan fasiliti - mengukus, bangsal muat 1 ribu beg, tong dram, ruang penyediaan dan juga termasuk 1000 beg media. Sekarang satu tengah buat di Sungai Ramal Luar. Minggu depan insyaAllah projek di Hulu Langat lak. Yang ni besar la. Setengah ekar tanah. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.