Skip to main content

Kursus Bersama Kolej-Kolej Komuniti

Sabtu dan ahad yang lepas telah selesainya dua kursus yang berlainan anjuran Kolej Komuniti. Pada hari Sabtu adalah kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHLA) dan pada hari ahad adalah kursus fasa 2 anjuran Kolej Komuniti Kuala Langat(KKKLA). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ramai peserta yang telah mendaftarkan diri tetapi tidak memunculkan dirinya pada hari kursus tersebut.

Kursus anjuran KKHLA disertai seramai 15 orang peserta daripada 23 orang yang telah mendaftar. Manakala bagi kursus anjuran KKKLA pula, sepatutnya 30 orang peserta kursus fasa 1 dulu menyertai semula kursus untuk fasa dua ini, hanya 13 orang peserta yang kembali untuk menyambung sesi kursus. Saya pasti 13 orang inilah yang bersungguh-sungguh untuk memulakan projek ini kerana kebanyakan peserta yang hadir adalah peserta yang membeli beg pada kursus pertama dulu.

Yang agak melucukan ialah, kerana sesi pembelajaran dulu belum habis, dan beg sudah dibeli, maka bermacam-macam lah kisah yang dibawa untuk kursus fasa dua ni. Cendawan tak keluar lah dan macam-macam lagi. Selepas kursus fasa dua ini, saya yakin peserta tidak lagi keliru dengan proses yang perlu dilakukan terutamanya dalam hal-hal penjagaan beg dan juga pengawalan kerosakan.

Semoga pada kursus-kursus akan datang, lebih ramai peserta dapat menyertai kursus ini bagi menambahkan pengetahuan tentang penanaman cendawan. Selain itu pengajaran berharga pada penganjur kursus ialah kepentingan deposit yuran kursus bagi mengelakkan pembaziran dari segi makanan kerana tempahan perlu dibuat sekurang-kurangya sehari sebelum kursus.

Terima kasih pada semua yang terlibat...


PESERTA KKHLA

Photobucket


Photobucket


PESERTA KKKLA

Photobucket

Photobucket

Comments

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi