Skip to main content

Modem Meletop... dan Tanah Baru

Servis internet kat rumah takde dah hampir seminggu. Semua ni gara-gara kena petir minggu lepas. Belum sempat nak pegi tukar lagi. InsyaAllah nanti ada berita terbaru saya nak nyatakan di sini. Sekarang saya guna di cc.

Sabtu lepas saya dah pergi tengok 2 tapak tanah yang difikirkan sesuai untuk projek saya ni. Satu di Daerah Kuala Langat satu lagi di Hulu Langat. Sama macam kolej yang anjurkan kursus bersama saya lak. hehehe... Dekat Kuala Langat tu rasanya tak berapa sesuai. Dekat Hulu Langat nampak macam ok. Sebelah je dengan IKBN Dusun Tua. Harga sewanya pun ok lah. Di Hulu Langat tu 1 1/2 ekar saiznya. Kalau nak amik semua besar. Saya sedang fikir-fikirkan pelaksanaan projek di sana nanti.

Sejak seminggu dua ni saya terima lawatan dari Pegawai Mardi dan juga Jabatan Pertanian. Orang Jabatan Pertanian dah mintak saya usulkan bantuan untuk FAF. Katanya nak senang gi la jumpa Pengarah terus. Sebab pengarah tu suka bantu belia. Kawan dia pun dah dapat RM20k. InsyaAllah saya akan cuba untuk projek di tapak baru. Tapi nak pindah pun saya nak kena fikir panjang-panjang ni. Nak modal yang besar juga walau seorang kakak saya yang satu lagi tu dah bagi persetujuan untuk bagi modal kat saya paling kurang RM20k.Tapi mana cukup kan. Saya perlukan paling kurang RM50k untuk pindah ni. Nak buat projek besar terus. Kecik-kecik ni tak berbaloi. Pe2 pun tunggu lah sebulan dua lagi. Lagipun saya tengah nak siapkan beberapa projek kecik saya.

Bagi sesiapa yang nak start projek di rumah secara kecil-kecilan, dengan permulaan beg sebanyak 1000 beg, boleh la hubungi saya untuk bantuan membuat mini projek. Kosnya lebih kurang RM3500 siap dengan fasiliti - mengukus, bangsal muat 1 ribu beg, tong dram, ruang penyediaan dan juga termasuk 1000 beg media. Sekarang satu tengah buat di Sungai Ramal Luar. Minggu depan insyaAllah projek di Hulu Langat lak. Yang ni besar la. Setengah ekar tanah. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Comments

Anonymous said…
salam fatisha...
buat permulaan saya nak ucapkan tahniah sbb telah berjaya mengusahakan tanaman cendawan nih... & menjadi usahawan tani :D

saya ada satu persoalan... saya adalah buat research kat internet berkenaan tanaman cendawan nih.. & saya dapati sudah ramai juga siswazah yg dah mula berjinak-jinak ngan tanaman cendawan nih... tp yg menjadi kemusykilan saya ialah.. bagaimana you pasarkan produk-produk tersebut...

sekiranya saya mulakan tanaman nih secara kecil-kecilan.. camner saya nak pasarkan ia nanti...

& satu lagi.. you tak berminat ker menjadikan bisnes you nih sbg franchise... sekadar pandangan..

ok.. salam & all the best.. smoga bisnes you success..
AMIN
ummutasneem said…
wah bagusnya usaha ni. dulu ayah saya pernah buat jugak bisnes cendawan ni. Tp yg amik hasilnya kalau tak silapnye FAMA. hm.. cendawan mmg ada harga.ciput je dah mahal kan? adik saya sdg ikut program usahawan tani jugak. tp dia bhgn fertigasi. saya nk amikla blog awak ni masuk dlm link saya, ok?awak dulu blaja kelulusan apa yek?
Anonymous said…
alahhhhhh..... hasil ko bagi kursus separuh masak tu takkan tak dpt tampung pindah tempat baru?

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi