Skip to main content

Setahun Dalam Kenangan

27 April 2008 genapnya setahun saya bertapak di Lot 6029 Kg Sungai Ramal Dalam. Ia tarikh bangsal saya dimulakan pembinaannya. Segala suka duka dah saya tempuh di situ. Jatuh, bangun dan segala-galanya. Itulah pengalaman paling berharga sepanjang hidup saya. Menguruskan sebuah perniagaan bersendirian, dari tanah kosong sehingga terbinanya FAF dalam bentuk yang saya impikan walau tidak sepenuhnya ia dapat dilaksanakan kerana tanah yang terlalu kecil. Tapi sebagai satu permulaan ia merupakan sesuatu yang amat-amat saya kenang dan sayang. Walau saya seorang tetapi saya amat-amat bersyukur di belakang saya ada seorang kakak yang mengambil risiko yang besar untuk mengeluarkan wang poketnya untuk merealisasikan projek ini. FAF terbina bukan dari usaha saya seorang. Tapi dari penat jerih kakak selama ini bekerja untuk mengumpul simpanan demi masa depannya dan juga dari ayah yang saya sanjung dan sayang walau setelah setahun saya di sini ayah masih belum melihat lagi hasil usaha saya dari pinjaman saya buat dari beliau. Mungkin cerita dari jauh sudah cukup untuk dia percaya. Syukur saya panjatkan sekali lagi pada Yang Esa...

Saya tak banyak masa untuk bercerita seperti dulu. Tapi saya ingin benar menulis panjang-panjang seperti dulu tetapi masa belum mengizinkannya. Alhamdulillah setelah setahun bergiat dalam bidang ini, saya mula melihat potensi yang amat cerah walau pada permulaan yang saya nampak hanya cahaya yang malap. Malap bukan kerana ia gelap, tiada harapan, tetapi sikap saya yang tidak cuba mengkaji peluang yang ada di depan mata. Peluang terlalu banyak, tetapi saya mengambil masa yang terlalu lama untuk merebutnya. Saya kadang-kadang selalu memberi alasan yang saya sendiri, saya seorang, saya tiada siapa-siapa tanpa saya sedar di belakang saya banyak yang menyokong, banyak yang membantu. Saya ada ramai kawan rapat, yang sanggup menolong hingga mencuri masa sendiri. Ada yang selalu datang membantus aya di FAF. Tetapi saya masih beralasan. Alasan yang diberi memang sekadar alasan sedangkan saya sebenarnya mampu lakukannya. Tapi itulah saya, mengambil masa yang terlalu lama dan itulah yang selalu merugikan saya. Jadi pada sesiapa sahaja, rebutlah peluang yang ada. Jangan menunggu peluang datang, tetapi kita mencipta peluang itu.

Sekarang saya sudah boleh menarik nafas lega. FAF sekarang mengorak langkah baru. Meneroka peluang yang ada. Menggunakannya sebaik yang mungkin. Apa yang penting, saya kini tidak lagi sendiri kerana sudah mempunyai staf dan rakan kongsi baru yang membantu dari segi pentadbiran dan juga operasi. Ia melicinkan lagi perjalanan FAF untuk masa depan. Saya masih ada banyak lagi perancangan yang belum tercapai. Dalam setahun dua saya berharap saya dapat capai matlamat yang diharap-harapkan selama ini.

Buat semua pembaca setia blog Siswazah Tani, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan semangat yang anda berikan kepada FAF. Juga kepada peserta kursus FAF atau kolej komuniti yang sudah mencecah hampir 200 orang, saya berharap segala ilmu tentang penanaman cendawan yang telah dikongsi bersama dapat dimanfaatkan seterusnya. Jangan patah semangat bila ditimpa apa-apa dugaan kerana ia adalah satu langkah menuju kejayaan. All the best...

"Pertanian Adalah Perniagaan"

Comments

Unknown said…
Mane gambar peserta kursus pada 12 April 2008

Popular posts from this blog

Cendawan - Bisnes Modal Rendah

Projek Cendawan adalah salah satu projek pertanian yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Bukan hanya sebagai hobi, ia adalah salah satu cabang bisnes yang boleh dimulakan dengan membayar YURAN KEBODOHAN yang rendah. Seperti kata seorang guru perniagaan yang terkenal, Puan Ainon Mohd, mulakan bisnes dengan modal atau yuran kebodohan yang kurang dari RM2000.00 sahaja.... Mengapa? Nanti kami terangkan sebabnya. Tidak seperti projek pertanian yang lain memerlukan tanah yang luas, projek ini boleh dimulakan dari rumah anda. Tidak kira jenis rumah yang anda duduki. Kami pernah menghantar beg atau bongkah cendawan di sebuah rumah Flat di Pandah Indah!!!  Seperti saya sendiri iaitu Founder Fatisha Agro Farm (M) Sdn Bhd, projek pertama bermula di sebuah rumah teres di Bandar Baru Bangi kira-kira 11 tahun yang lalu. Dengan hanya modal kurang dari RM500.00, projek ini berkembang sehingga sekarang bernilai lebih RM500,000 di tapak baru di bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Ter

Cara Mengira Kos Penghasilan Beg Cendawan Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama saya tidak menulis artikel mengenai kos menghasilkan beg @ bongkah cendawan. Walaupun sudah ada artikel mengenainya sebelum ni, sekali lagi saya ingin menulis tentang kos penghasilan beg cendawan dalam 2 kaedah yang berbeza. Kaedah 1. Kaedah yang pertama adalah melibatkan kos-kos asas. Kos - kos asas ini adalah keperluan utama untuk membuat bongkah cendawan iaitu kos bahan mentah. Kos bagi setiap tempat adalah berbeza mengikut harga lokasi. Ini kerana sesetengah projek cendawan berada jauh dari lokasi pembekal bahan mentah utama. Tempat yang dekat dengan pembekal biasanya boleh menghasilkan kos beg cendawan yang lebih rendah antara 10 - 20%. Oleh yang demikian juga yang membawa kepada faktor harga jualan yang berbeza- beza. Nanti akan saya terangkan dalam artikel yang lain mengenai situasi ini. Bahan mentah yang terlibat adalah seperti berikut (Kos yang ditunjukkan adalah untuk 1 unit bongkah cendawan)

KHASIAT CENDAWAN KUKUR ATAU KULAT SISIR

PENGENALAN Cendawan Kukur atau juga dikenali sebagai kulat sisir adalah sejenis cendawan yang amat terkenal dikalangan orang kampung. Nama siantifik bagi cendawan ini adalah  Schizophllyum commune.  Cendawan sisir mudah ditemui hidup pada batang kayu pokok getah yang mati. Ia juga sering tumbuh pada batang kayu pokok lain yang mati atau reput. Di kalangan orang tua-tua, ia adalah antara cendawan yang amat digemari. Cendawan kukur atau kulat sisir yang tumbuh di pokok-pokok reput biasanya dikutip dan dikeringkan sebelum dijual. Oleh kerana kulat sisir ini mempunyai kandungan air yang sangat rendah berbanding cendawan tiram kelabu yang mempunyai kandungan air sehingga 80%, kulat sisir amat mudah mengering sekiranya diletakkan di bawah sinaran matahari. Kulat sisir amat ringan dan harganya agak mahal mencecah RM80 sekilogram sekiranya di jual di pasar-pasar tempatan. MASAKAN Sebelum dimasak, kulat sisir  direndam di dalam air bagi membolehkannya mengembang dan menjadi