Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Mencari Pengedar Dedak Gandum

Kepada sesiapa yang mengetahui di mana saya boleh dapatkan sumber atau tempat bagi mendapatkan dedak gandum di sekitar Bangi, Serdang atau Kajang harap dapat maklumkan pada saya. Kerjasama anda semua amat2 saya hargai. Terima kasih...

Lawatan Ke Ladang Cendawan

Dah lama saya tak buat lawatan ke tapak projek cendawan di luar Selangor. Kebetulan minggu lepas saya berkunjung ke rumah emak angkat saya di Felda Palong 12, Negeri sembilan. Jadi saya ambil kesempatan untuk melawat ke satu tapak projek cendawan milik kawan kepada partner baru FAF di Felda Lui Muda. Di bawah ni antara gambar-gambar di sekitar tapak projek beliau iaitu En Izwansyah. Bangsal beliau bersaiz 18'x30' boleh memuatkan lebih kurang 10,000 beg. Jangan terkejut seandainya anda mendengar fakta ini. Kos keseluruhan yang beliau habiskan untuk membina bangsal dan segala fasiliti yang ada hanya lebih kurang RM3,000 sahaja. Ini termasuk lah mini mixer dan juga bahan mentah. Semua ni kerana kayu yang beliau gunakan adalah kayu percuma dari rumah tinggal dan juga pembinaan dibuat oleh beliau sendiri. Setakat ini beg cendawan yang beliau ada masih kurang. Beliau sedang mengumpul modal untuk mengusahakannya secara sepenuh masa kerana sekarang beliau masih bekerja yang melibatkan